21 Disember 2009

Mari belajar.

Assalamualaikum. Zaman moden ni kita banyak didedahkan dengan pelbagai medium pembelajaran. Dari cd, video, internet dan lain lain lagi. Kat blog ni pun saya ada masukkan video dari youtube. Walaupun video ni dari luar negara tapi banyak yang boleh dipelajari terutama dari segi teknik dan cara. Banyak juga teknik yang saya amalkan dan berjaya menghasilkan tangkapan yang baik. Contohnya teknik bancuhan umpan ada ditunjukkan dalam video tersebut. Cara mencambuh juga ada bermacam-macam. Dan ia selalunya bergantung kepada kedalaman air dan kederasan arus. Banyak yang boleh anda pelajari daripadanya. Teknik merasuah juga ada disertakan. Apa yang penting anda sendiri mahu belajar atau tidak. Terpulang kepada anda. Forum juga adalah salah satu cara bertukar pandangan dan idea antara pemancing. Forum seperti www.fishing.net.my/forum dan pancing.net sangat membantu. Apa yang anda perlukan hanyalah mendaftar sebagai ahli dan selepas itu boleh la bersembang dengan para otai-otai kat forum tu. Silap hari bulan boleh turun memancing sekali. Ada bermacam lagi cara seperti menonton video pancing, membaca majalah majalah pancing juga dapat meberikan ilmu yang bermanafaat. Yang penting diri kita sendiri sama ada mahu belajar atau hanya mahu berada di takuk lama. Sekian

16 Disember 2009

memancing kerana apa?

asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. memancing kerana apa? apa sebernarnya tujuan anda memancing ni? adakah kerana bagi mendapatkan ikan. atau adakah kerana hadiah atau kerana untuk mendapatkan sesuap nasi? bagi saya segala tu sangat penting. sama macam kita beerja. apa yang kita mahukan? wang? kebergantungan semua itu terletak pada niat anda.

contohnya kalau anda menyertai pertandingan memancing, semestinya hadiah yang lumayan yang anda kehendaki. jangan jadi pemancing yang hanya berniat untuk suka-suka sahaja. kalau anda hanya berniat untuk suka-suka, sukarlah untuk berjaya. jika anda perhatikan pemancing yang berjaya selalunya ada matlamat. 'aku nak dapatkan patin besar hari ni" jika berniat sebegitu pasti pemancing ni akan menggunakan segala ilmunya untuk mendapatkan ikan idamannya. dari umpan hinggalah peralatan pastinya akan disediakan dengan sebaik mungkin.

usaha tangga kejayaan. ada seorang rakan yang gila pertandingan memancing. kepakaran beliau dalam memancing pernah menghasilkan puluhan ribu ringgit. sungguh berbaloi. jika dilihat pada perkakasan dan peralatan yang beliau gunakan semuanya yang terbaik bagi beliau. katanya jika hendak berjaya mestilah gunakan yang terbaik. dan jangan kedekut ilmu. moga-moga murah rezeki.

renung-renungkan

14 Disember 2009

Kuih muih kenduri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Maaf la dah lama tak update. Maklum la sekarang ni cuti sekolah dan musim orang mengadakan kenduri kahwin dan berkhatan. Sibuk sikit. Masa sibuk dalam kenduri tu, kita boleh jumpa bermacam macam kuih muih tradisional termasuk la yang moden. Memang sedap. Ada bermacam-macam warna dan bau. Selalunya kita akan tertarik dengan warna dan kemudian bila makanan sudah hampir ke mulut hidung pula memainkan peranan. Peranan bau sangat penting, jika satu satu kuih tu nampak sangat sedap tapi baunya sangat busuk sudah pasti kita tak jadi nak memakannya. Saya adaptasikan semua ni dalam umpan yang saya gunakan semasa memancing. Warna dan bau digabungkan. Jika baunya sedap ikan sudah pasti datang menyiasat. Warna pula bagi memudahkan ikan mendapatkan umpan di dalam air atau di dasar kolam yang berlumpur. Cerita bab kuih dan ikan ni bagi saya memang ada kaitannya. Ada juga umpan yang saya gunakan, menggunakan beberapa bahan untuk membuat kuih. Perisa-perisa seperti pandan dan pisang sudah lama digunakan oleh pemancing air tawar. Mungkin buah badam, biji gajus dan lain lain boleh dijadikan umpan yang best. Oh ya. Saya pernah mendapat 25kg rohu dalam 4jam memancing menggunakan serbuk koko+dedak. Cubalah. Mana tau berhasil.

09 Disember 2009

e book

asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. saje je saya nak bagitau ni yang e book saya akan berada dalam pasaran januari tahun hadapan. dalam ebook tu saya akan muatkan teknik dan taktik kolam air tawar. jadi ianya sesuai untuk semua peminat kolam air tawar. saya juga akan sertakan senarai umpan yang saya gunakan dan cara-caranya. harga saya belum tetapkan lagi buat masa ni.

harap kepada semua yang berminat silalah email kepada saya.

08 Disember 2009

Cuti-cuti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Harap anda semua sihat. Maaf la masuk ni dah hampir seminggu saya tak update blog ni. Dah dekat 2bulan saya tak turun memancing. Bukan merajuk tapi banyak perkara yang hendak di selesaikan. Kadangkala terasa nak pergi jugak memancing tu tapi memandangkan ada perkara yang lebih penting saya tangguhkan dulu memancing ni. Kedai tempat saya menjual ikan tak tau la macam mana keadaannya sekarang ni. Pemancing cari makan yang selalu menelefon saya kalau ada ikan masuk pun dah tak dengar berita sekarang ni. Tak tahulah mana perginya diorang tu sekarang ni.
Harini saya dapat info dari kawan, ikan rohu di kolam pancing seri cheeding dah start makan. Ikan pun agak besar skala 1~1.5kg. Saya diberitahu yang ikan disana suka makan umpan berminyak. Ada seorang otai semalam yang menggasak lebih dari 20ekor rohu. Kalau ingin turun kesana sila la. Kalau anda dah pernah kesana pastinya anda tahu lubuk mana yang perlu anda pilih. Sama macam kolam lain dikolam ni ikan makan dalam satu-satu kawasan sahaja. Kolam yang besar begini dan keadaan air yang bersih pastinya umpan yang berbau sederhana akan lebih mendapat sambutan dari ikan. Mungkin esok saya akan mula memancing lagi. Dah gatal tangan dah lama tak merasa tarikan ikan.

30 November 2009

nak beli umpan

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. terkejut gak saya bila ada beberapa pemancing dan pembaca setia nak membeli produk dari saya. tapi tak tau macammana nak membeli.
senang aje caranya
layari http://topmaxpower.blogspot.com
hantar email ke izhar_umi@yahoo.com
sms ke 0132529741
nyatakan
nama
alamat lengkap
produk yang hendak dibeli dan jumlah
butir pembayaran seperti masa, tempat dan kod transaksi

pastikan anda menghantarkan alamat yang lengkap dan terkini
kalau tak susah nak hantar umpan-umpan tu
saya akan sertakan sekali cara bancuhan umpan tersebut.

26 November 2009

selamat menyambut hari raya aidiladha

asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. esok kita umat islam akan menyambut hari raya aidiladha. hari raya aidiladha adalah sempena memperingati pengorbanan nabi Ibrahim A.S yang sanggup berkorban kerana Allah.
dalam kisah nabi ibrahim, beliau merupakan yang paling penyabar dengan ujian Allah. dari kesakitan yang dialami hinggalah suruhan untuk membuat pengorbanan dengan anaknya nabi Ismail. beliau turutkan juga.

bacalah kisah nabi ibrahim disini
http://www.e-bacaan.com/sudut_pn06.htm

sebagai pemancing ada kalanya kita jiga harus berkorban. ada kalanya kita perlu korbankan masa tinggalkan keluarga demi mencari rezeki dan memancing. ada kalanya juga kita perlu berkorban dan mengetepikan kepentingan kita demi keluarga. banyak cara pengorbanan dan salah satunya adalah dengan bersedekah. tak salah kalau ikan yang dipancing disedekahkan kepada golongan yang lebih memerlukan. kadangkala kita tak mampu nak menyembelih lembu mahupun kambing. sedekahkan hasil tangkapan pun dah kira berkorban juga.

apa-apa pun saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. bagi yang ballik ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya. anda mampu mengubahnya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN

25 November 2009

Umpan gula-gula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Pernahkah anda terfikir yang gula-gula boleh dijadikan umpan untuk memancing. Ini resepi saya untuk anda. Pernah dapat patin dan tongsan. Caranya. Beli gula-gula fruit plus strawberry rm1. Masukkan dalam gelas berisi air. Bila dah cair campur kat roti potong dadu. Tambahkan power bait kuning sikit. Cubalah. Gunakan dua mata dan cucuk umpan pada matakail sebelum kepal besar. Saya selalu gunakan untuk memancing ikan patin dan tongsan

20 November 2009

petua

assalamualaikum dan selam sejahtera kepada semua. maaf la dah lama saya tak update blog ni. untuk pengetahuan saya agak kurang ke kolam sejak saya kehilangan nenek kesayangan saya batu-baru ni. rasanya macam tak lengkap je bila dia takde. maklumlah saya dibesarkan oleh beliau. al fatihah
disini saya nak kongsikan petua yang pernah diberikan oleh beliau kepada saya
1.membaca bismillah dan selawat keatas nabi sebelum baling umpan
2.jangan bising semasa memancing
3.jangan hebahkan kalau anda hendak pergi memancing, cukuplah sekadar memberitahu kepada rakan dan ahli keluarga
4.jangan membangga diri dengan hasil tangkapan tapi bersyukurlah
5.jika mendapat hasil yang sedikit atau ikan kecil bersyukurlah kerana itu rezeki yang diberikan kepada kita.
6.jangan lupa bersedekah dengan hasil yang kita dapat
7.hasil tangkapan yang didapat hendaklah dihormati sebagaimana mahluk bernyawa yang lain
8.jangan menzalimi haiwan
9.niat memancing kerana untuk mencari rezeki
10.jangan pergi memancing jika orang tua mahupun isteri tak merestui kerana restu sangat penting dalam memperolehi keberkatan.

jangan lupa mengamalkannya. semoga kita memperolehi keberkatan bersama

17 November 2009

Bila dah boring

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pernah tak anda boring semasa memancing? Saya pernah alaminya dan masa tu saya berhenti memancing selama setahun lebih. Anda pula bagaimana. Apa yang anda akan lakukan bila dah boring memancing.

06 November 2009

tongsan berpelampung







hasil memancing selama 3 jam dengan teknik berpelampung


tongsan 4.4kg bersama pelampung. kecil nampak pelampung tu. ikan besar.


tongsan 7.8kg dengan teknik pelampung

teknik memancing menggunakan pelampung sangat praktikal dilakukan di kolam bayar. asalkan ia tak menyalahi undang-undang kolam. saya biasanya menggunakan pelampung hidup sepanjang 1.5kaki hingga 4 kaki. bergantung kepada kedalaman kolam dan lokasi ikan.






umpan pada perambut spring, cangkuk pallet dan gunakan pelampung.

04 November 2009

Variasi umpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umpan umpan dan umpan. Umpan bergantung kepada tempat dan spesis yang ingin di pancing. Tapi pernahkah anda terfikir umpan yang telah lama anda gunakan tu perlukan perubahan. Seperti mana memancing di kolam kalau ingin mendapatkan spesis ikan seperti rohu dan tongsan pastinya kita akan menggunakan umpan dedak dan palet. Untuk spesis patin pula kita akan gunakan umpan roti. Tak boleh ke kalau kita gunakan roti untuk memburu rohu dan dedak untuk memburu patin. Bukan tak pernah ada pemancing yang mendapat patin dengan dedak dan rohu dengan roti. Kadangkala kita masih terikut dengan apa yang telah di setkan dalam minda kita. Sukar rasanya untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut mencuba dan takut gagal. Pasti anda pernah tertanya kenapa orang lain boleh dapat tangkapan yang banyak sedangkan anda tidak. Mereka yang mendapat tangkapan yang banyak pun sama menggunakan umpan, matakail dan tali serta joran dan mesin. Tapi kenapa mereka yang selalu dapat banyak? Apa bezanya antara mereka dan kita. Selalunya variasi umpan perambut dan matakail yang membezakannya. Takkan orang yang berusaha lebih dari kita akan dapat hasil yang sama dengan kita. Pastinya usaha mereka lambat laun akan berhasil. Baru baru ni saya turun memancing dan ada seorang pemancing yang menggunakan tepung untuk memancing patin. Hasilnya beliau pernah mendapat jackpot bulanan rm2000+ dan pada hari tersebut beliau telah mendapat seekor patin 5kg. Fikirkanlah

03 November 2009

Apakah tandanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar para pemancing semua. Harap dalam keadaan sihat dan sejahtera. Apakah tandanya? Sabtu saya turun memancing. Segalanya menjadi. Saya mendapat 2ekor tongsan dan 4ekor rohu termasuk 1pacu hampir 3kilo. Tiap kali balingan pasti akan ada sambutan dari ikan. Tapi kerana dah mendapat pada hari sabtu, saya turun lagi pada hari ahad. Tapi segala yang dirancang tak menjadi. Tiada seekor pun ikan yang sudi menjamah umpan saya sedangkan ramai pemancing yang sedang menggasak. Saya cuba membancuh umpan lain pula tapi jawapannya tetap sama. Cukup masa 3jam saya pun pulang dengan tangan kosong. Tanpa ada sebarang jamahan dari ikan. Pelik betul rasanya. Bisikan hati asyik mengajak saya pulang. Saya pulang dengan hati yang tertanya-tanya. Apa yang tak kena. Sampai dirumah rupanya ada perkara besar yang tak dijangka berlaku. Ada kalanya allah memberikan kita peringatan tapi adakah kita mengendahkannya. Sama seperti kejadian alam yang saban hari semakin rakus melakukan kemusnahan hasil dari kerakusan manusia itu sendiri. Kejadian seperti gempa bumi dan tsunami adalah peringatan kepada kita. Adakah kita mengendahkannya. Tapi saya masih tertanya lagi. Apakah tandanya.

29 Oktober 2009

atas dan bawah

asslamualaikum dan salam sejahtera. dah beberapa hari saya tak update dan dah 2 hari saya memancing saya hanya dihadiahkan dengan 2 ekor ikan sahaja. bukan rezeki saya agaknya. masa memancing yang tak kena. kawan-kawan mengatakan yang ikan makan malam tapi saya pergi memancing disebelah siang. saje nak cuba. sepanjang masa memancing saya terfikir. memang benar kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita akan berada di bawah. semasa kita berada diatas janganlah kita leka dan semasa kita berada di bawah hendaklah kita berusaha agar boleh berada diats semula. segala ketentuan datang dari Allah. kita hanya berusaha dan bertawakkal.

hari ni pun kesihatan saya tak berapa baik. nak memancing lama pun malas. apa pun saya gagahkan juga demi mencari rezeki. tapi apakan daya kita tak selalunya berada diatas.

cuba anda lihat pemancing yang selalu memancing dalam pertandingan memancing. mereka ni antara pemancing yang paling tabah dan sabar. dugaan semasa pertandingan memang banyak. tali tersimpul, ikan tak makan, orang sebelah je yang dapat dan lain-lain lagi. tapi mereka jarang mengalah dan kalau ada pertandingan lagi pasti mereka akan pergi. tak kiralah tujuannya sama ada ingin mendapatkan hadiah, mencari ilmu atau kawan.

yang penting apa pun yang kita lakukan niat tu yang penting. kalau niat baik pasti dibalas baik dan kalau niat jahat paham-paham aje la.
apa la yang saya merepek ni. fikir-fikirkanlah

25 Oktober 2009

Rohu kini


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Anda perasan tak yang kolam pancing sekarang ni terutamanya yang di sekitar selangor banyak memasukkan ikan rohu. Ada yang sampai bertan tan sekali masuk. Yang saya dengar ikan rohu sekarang dah ada stock. Ada yang mengatakan diimport dari negara jiran. Harganya jauh lebih murah berbanding harga penternak dalam negara. Stock ikan juga banyak. Gaya pemakanan juga agak berbeza. Ikan ni sekarang kurang sikit nak makan umpan yang berminyak. Tak tau la nak kata. Orang kata lain kolam lain umpan. Saya selalu gunakan palet 6353 dan power bait hijau. Ada juga kadangkala saya gunakan power bait yang lain. Hasilnya lebih kurang sama. Tapi kalau guna minyak kurang sikit ikan menjamah. Cuba buat umpan gunakan biskut marry, nestum power bait dll. Mungkin akan berhasil. Minyak tu tinggal dulu. Sekian

23 Oktober 2009

Gelombang kedua h1n1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dengar je nama H1N1 rasanya semua orang tahu. Sebagai pemancing juga kita perlu peka. Kalau yang selalu bertandang ke kolam perlu lebih berhati-hati. Sifat penyakit ni yang boleh merebak melalui udara dan sentuhan membuatkan semua orang boleh terdedah dengannya. Baru-baru ni kita diingatkan supaya berwaspada dengan gelombang kedua penyakit ni. Cuba anda layari internet dan search pada google "1918 spanish flu" anda pasti terkejut. Ataupun search wikipedia 1918 influenza. Setiap penyakit ada penawar. Setiap bala yang diturunkan adalah sebagai peringatan. Bukan saya nak menakutkan tetapi sebagai peringatan kepada semua. Ambil la langkah berjaga-jaga. Basuh tangan anda. Sebagai umat islam kita harus yakin dengan ketentuan Allah. Saya berharap agar kita di malaysia akan bebas dari wabak ini.

21 Oktober 2009

Jadual kemasukan ikan 21/10/09

Semalam dapat sms dari kolam batu bata yang mengatakan kolam batu bata ada masukkan rohu malam tadi. Jumlah tidak diketahui

Umpan keras sangat la.

Masa saya memancing haritu ada seorang pemancing lewat usia yang memancing disebelah saya. Bila dia nampak banyak ikan yang saya naikkan beliau pun terus labuhkan umpan. Saya perhatikan sahaja. Kemudian saya berjaya menaikkan lagi beberapa ekor ikan tapi umpan pakcik ni tak mengena pulak. Bila saya tengok beliau menarik pancing umpan masih ada lagi. Selepas 3balingan umpan masih cantik lagi melekat pada matakail. Patut la umpan keras sangat. Tak berani pula saya nak tegur takut beliau kecil hati. Umpan yang lembut atau peroi sangat penting bagi memudahkan ikan terkena matakail. Jika umpan keras matakail akan terikut sekali dengan umpan. Dan lebih teruk jika umpan terlalu keras hinggakan bahagian yang tajam pada matakail tertanam pada umpan.

20 Oktober 2009

mesin@reel lama

sape2 yang berminat utk mengumpul atau mendapatkn mesin2 lama @ legend dgn harga yang tak masuk akal,sila layari blog mesinlegend.blogspot.com. kat bawah ni ade contoh2 mesin @ reel yang boley anda dapatkn.. berminat??sila email flo_sal19@yahoo.com.. Untuk makluman mesin mesin ni diimport dari luar negara. Siapa cepat dia dapat. Stock terhad cepat-cepat












Abu Garcia Cardinal 664 GT









DAM Quick 440













Abu Garcia Cardinal 4X













ABU Cardinal 77 2.Version

19 Oktober 2009

Patin makan palet

Pelik juga semalam bila patin makan umpan palet rohu. Besar pulak tu 5.35kg. Tapi maafkan saya sebab lupa nak ambil gambar. Patin tu makan dan terus menuju keatas. Seronok juga dapat lawan dengan patin besar ni. Bukan senang nak dapat patin guna umpan dedak. Pernah juga sekali saya dapat patin 5kg+ dengan dedak tapi sangat jarang berlaku. Umpan yang saya gunakan tu peroi je. Mungkin tu yang patin suka.

Ikan dah makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini update kat kolam seri cheeding. Ikan rohu yang masuk 1.4tan tu dah start makan. Semalam saya turun memancing. Tapi ikan makan pagi dan petang. Pagi sampai jam 12 dan petang dari jam 3hingga lewat petang. Semalam juga ikan makan kurang galak. Main tali beberapa minit lepastu baru makan umpan. Mainan tali tu menandakan yang ikan dah banyak berkumpul. Best bila ikan dah berkumpul. Sekejap je lepas labuhkan umpan ikan makan.

16 Oktober 2009

umpan baru


ni la umpan yang saya gunakan masa memancing di seri cheeding semalam.

Lain dicari lain yang muncul


pallet ni sebenarnya berwarna merah. tak tau la macammana boleh bertukar warna

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semalam saya dapat sms dari tauke kolam seri cheeding. Beliau masukkan 1.4tan rohu pada 13/10. Anggaran berat dalam sekilo seekor. Saya pun saje nak cuba manalah tau rohu dah start makan. Sampai kat kolam pukul 12 tengah hari. Terkejut jugak bila tengok 70ekor rohu dalam kereta sorong. Rupanya ikan mati. Dan separuh lagi dah nyawa nyawa ikan. Dah sampai kolam apa lagi mancing jugak la walaupun tahu rohu takkan makan. Saya gunakan umpan rohu biasa. Dan gunakan perambut spring. Matakail pula letak pallet sahaja. Umpan lebih kurang sebesar penumbuk pada 3balingan pertama untuk menarik ikan. Rasuah cara baik. 15minit tiap balingan. Lepas balingan kedua ikan mula menjamah. Rasuah mula menampakkan hasil. Ikan pertama dan kedua dari spesis keli. Lepas tu barulah pacu yang makan umpan. Lepas pacu dan pacu dan pacu sampai pacu yang keenam. Lepas solat zohor saya teruskan memancing. Yang menghairankan, 1jam langsung tiada ikan yang menjamah. Tiba- tiba terlihat satu kelibat hitam ditengah kolam menuju ke tebing. Pada awalnya saya sangkakan ikan bermain air. Rupanya biawak besar meronda di dalam kolam. Patutla semua ikan lari. Hasil usaha dari pihak kolam menghalau biawak tu. Akhirnya ikan makan semula. Dan saya mendapat lagi 3tarikan dari pacu. Balingan terakhir mendapat perlawanan yang agak hebat. Tapi ikan terlucut kerana terlalu cepat saya mengangkat joran. Saya berpuas hati walaupun spesis yang diidamkan tak muncul. Saya pulang dengan 9pacu dan 2keli. Alhamdulillah

15 Oktober 2009

Jadual kemasukan ikan

Rabok bay 9/10/09 rohu 700+kg 13/10/09 pacu 200+kg kolam pancing danau tooba seri cheeding 13/10/09 rohu 1000kg lepas kolam 400kg masuk sangkar

Panjang dan pendek

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca semua. Terutama yang ada menghantarkan komen. Terima kasih banyak. Kerana komen anda pastinya akan memberikan inspirasi kepada saya. Tentang komen ni ada yang komen penulisan saya ni terlalu panjang. Mungkin juga. Tapi saya seronok menulis begini. Tapi maaflah kalau semua ini menyusahkan anda untuk membaca. Saya akan tambahkan lagi gambar. Maaflah selama ni saya update blog guna handphone cap ayam je. Tak boleh nak masukkan gambar. Apa pun saya akan jadikan blog ni sebaik mungkin. Terima kasih semua.

14 Oktober 2009

Masalah teknikal.

Baru-baru ni saya kehilangan handphone saya. Dan yang tak best tu sim kad broadband saya pun sama-sama hilang. Jadi saya terputus hubungan dengan dunia web. Selama 3hari mencari dan akhirnya saya menjumpai semula handphone saya. Rupanya handphone saya berada di dalam laci almari. Mungkin anak saya yang letak disitu. Alhamdulillah segalanya masih dalam keadaan baik. Dalam 3hari tu saya terfikir bagaimana agaknya dunia saya tanpa internet. Mungkin saya masih pemancing yang dulu. Dan sudah pasti saya tak dapat nak berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda semua. Pemancing alaf baru memang perlukan alat bantuan seperti internet ni. Forum terutamanya banyak membantu. Ramai sifu-sifu yang sudi berkongsi ilmu. Terima kasih semua. Semoga murah rezeki.

Papan jackpot.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemancing dan pembaca setia blog ni. Apa khabar. Maaf la agak lama saya tak update blog ni. Ada masalah teknikal sikit. Ok la Harini saya nak cerita tentang papan jackpot ni. Sape yang tak tahu pasal jackpot kat kolam-kolam pancing ni. Rata-rata kolam pancing ada mengenakan bayaran jackpot. Dan wang terkumpul tu la yang akan dibahagikan kepada para pemenang. Tapi apa rahsia di sebalik papan buruk bertulis ni. Bagi saya papan jackpot menyimpan banyak rahsia. Biasanya tauke kolam akan menulis berat ikan dan masa ikan dinaikkan. Tak lupa juga nama pemancing. Inilah aset yang paling penting bagi pemancing. Pasti anda pernah mengalami masalah kumpau di kolam pancing. Bila di selidik rupanya ikan makan malam bukan siang dan sebaliknya. Disinilah gunanya papan jackpot. Masa ikan dinaikkan akan menentukan waktu ikan makan. Kalau kat papan jackpot tu rata-rata ikan makan malam mengapa anda perlu membazirkan wang dan masa anda menunggu ikan membuka mulut pada waktu siang. Lagi bagus kalau ada kawan-kawan yang tinggal berhampiran kolam. Boleh la jadi peninjau. Bantu kawan-kawan. Jangan lupa pulak kasi duit minum atau minyak. Lagi satu papan jackpot akan menulis berat ikan yang dinaikkan. Bagi pemancing yang sudah biasa memancing pasti info ini berguna. Berdasarkan pengalaman saya ikan kecil dan besar makan umpan yang agak berlainan. Waktu ikan makan pun menentukan umpan yang digunakan. Kalau malam bisanya saya akan gunakan umpan yang berbau agak kuat sedikit berbanding memancing pada waktu siang. Ini kerana pada waktu malam ikan akan hanya menggunakan deria bau sahaja. Kalau siang deria pengelihatan dan bau akan aktif. Jadi tak perlu la umpan yang terlalu kuat baunya. Rahsia papan jackpot ni adalah berdasarkan pengalaman saya dan kadangkala ianya tak la tepat. Cuma boleh dijadikan panduan. Rezeki di tangan tuhan dan yang penting kita berusaha dan bertawakkal. Sekian

08 Oktober 2009

Ikan makan malam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua hari lepas saya ada meninjau kolam rabok bay pada sebelah malam. Tu pun kerana nak kena ambil umpan. Umpan tu saya suruh rakan tolong belikan tapi saya tak sempat nak ambil siang sebab bekerja. Saya sampai kat kolam lebih kurang jam 8malam. Kebetulan masa tu ikan baru nak start makan. Ada beberapa orang yang sedang menaikkan ikan. Ikan makan makan detik hati saya. Ikan yang masuk carta Papan jackpot pun semuanya dinaikkan pada waktu malam. Jadi kalau anda ingin ke kolam ni pada minggu ini silalah datang pada waktu malam. Aman sikit dari gangguan anak-anak ikan dan malam tak la panas macam siang. Sekian

04 Oktober 2009

kolam pancing jugra sport fishing

assalamualaikm dan salam sejahtera kepada para pembaca dan peminat blog ini. semalam atas ajakan rakan-rakan saya pun bertandang di kolam pancing air masin ni. saya baru nak belajar memancing di kolam air masin. langsng takde pengalaman. yang saya tahu pemancing air masin lebih mementingkan ternik. tak kirala sama ada dari perambut hinggalah cara mendaratkan ikan. dah beberapa hari saya buat persiapan untuk memancing. biasala. tak pernah mancing air masin tapi kali ni pergi jugak. saya gunakan kekili banax zest dipadankan dengan joran daiwa megaforce. tali utama tali sulam fireline 14paun dan perambut seahawk florocarbon 30lb. saya gunakan umpan udang pasar yang saya gulung dengan kertas surat khabar bagi meluruskan umpan. ada seorang otai pancing mengatakan, udang hendaklah lurus semasa dikarau barulah siakap akan menjamah umpan. saya sebagai orang baru banyak melakkan pemerhatian sahaja. tak berani nak tanya banyak-banyak dengan otai-otai kat sana. saya perhatikan betul-betul perambut dan teknik yang mereka gunakan. otai kat sini menggunakan umpan udang pasar sahaja yang dibuang kulit. bukan semua kulit dibuang, mereka akan meninggalkan kulit pada bahagian sayap ekor dan pangkal kepala. saya rasa tujuannya adalah mengelakkan umpan dari mudah tercabut. pada bahagian inilah mereka akan cangkukkan matakail. tapi yang membuat saya muyskil bagaimana mereka ni boleh membuat udang kopek tu berenang lurus dan cantik semasa dikarau. memang benar, gaya persembahan umpan sangat penting. otai yang memancing betul-betul disebelah saya mendapat 6 strike dalam masa 2jam dan dapat menaikkan 5 ekor siakap. tapi umpan saya langsung tak dijamah. kecewa betul saya. 4strike yang pertama terjadi tak sampai 1 jam pun!!! mungkin belum rezeki saya. selepas lebih 3 jam casting udang kopek tanpa ada yang menjamah saya bertukar pula kepada pancingan dasar. saya sangkutkan beberapa ekor udang kopek baling kearah tiang. tapi apa boleh buat takde juga yang nak menjamah. 4 orang rakan yang datang memancing bersama saya mendapat sorang seekor ikan. 2 ekor siakap,1 kaci dan 1 kerapu. siakap yang 2 ekor tu mereka dapat dekat dengan kincir air. balingan tak sampai 5 kaki dari tebing dan kerapu dapat diantara tiang-tiang pvc. saya perhatikan pemancing yang casting akan lebih tertumpu kesangkar ditengah kolam. yang memancing dasar pula akan lebih tertarik kepada kawasan yang berstruktur. lebih kurang lagi 15 minit sebelum tamat masa, ada seorang pemancing otai yang duduk disebelah saya mendapat satu tarikan kuat dari ikan. ikan menekan tanpa henti dan beliau dengan yakin mengetatkkan drag lagi bagi mengekang larian ikan. lepas 10 mminit berhempas pulas macam menarik anak lembu, ikan mula kelihatan. saya anggarkan ia adalah siakap 5kg++ ada seorang pemancing lain yang ingin membantu menarik perambut dengan tangan, dan akhirnya tali perambut terputus kerana tak berhati-hati. kan lebih baik jika menggunakan playar atau tangguk. terlepas ikan jackpot penjaga kaunter akan bertanya tentang jumlah ikan dan jenis ikan yang anda dapat. yang menariknya jumlah ikan mengikut jenis akan ditambah mengikut jumlah ikan yang berjaya dinaikkan. maknanya stock ikan didalam kolam takkan berkurangan. patut la ramai yang suka memancing disini. syabas saya ucapkan kepada tauke kolam pancing jugra sport fishing, dan dah pasti saya akan bertandang lagi ke sini. -topangler81-

03 Oktober 2009

Hari ni kolam tanjung rabok bay masukkan tongsan sisik halus 900+kg. Rohu 30/9/09 600++kg

02 Oktober 2009

cuba-cuba baitcaster


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. anda pasti pernah mendengar tentang kekili baitcaster atau kekili menegak kan? kekili menegak ni lain sikit dari kekili spinning. cara pengendalian dan penjagaan pun tak sama. saya pun berminat nak mencuba. yang saya tahu kekili jenis ni memang mahalagak mahal. tapi ciri-ciri yang diberikan adalah lebih menarik. sampaikan dalam MFN ada thread yang bertajuk Giler baitcaster. dari forum ni jugak la saya kenal beberapa model yang diperkenalkan oleh otai-otai kat situ. saya pernah juga menggunakan kekili menegak dari jenama okuma 250 dan abu garcia c3, tapi saya tak pernah menggunakan kekili low profile jenis baitcaster ni.
dua hari lepas dah teringin sangat nak cuba kekili jenis ni saya bertandang ke kedai pancing. ada beberapa jenama yang ditunjukkan. seahawk, banax dan shimano. budget saya tak la tinggi sangat. jadi saya memilih banax zest sahaja. saya dapat beli dengan harga rm110. boleh kira murah la tu. saya juga muatkan dengan braided fireline 14lb. tali 100 meter dimasukkan, tak la penuh sangat spool tu. begaineer macam saya ni sepatutnya menggunakan tali tangsi. tapi tak apa la.

sampai kat rumah saya padankan kekili tu dengan joran daiwa megforce 8-17lb. memang padan nampaknya. dan lepas tu apa lagi saya mula la memancing di laman rumah. saya mula menggunakan soft plastik mino yang terpakai. bila mula-mula cast saya dapati kekili jenis ni membolehkan saya melontar dengan baik. rasa ngam-ngam kat tangan je. kalau guna kekili yang dulu ibu jari mesti diletakkan pada spool semasa membaling umpan. tapi kekili jenis ni tak perlu pulak. baling dan lepas sahaja. semasa umpan jatuh atau sebelum umpan jatuh ibu jari akan tahan spool untuk elak tali kusut.
dalam 20 balingan terjadi 3 kali kusut. kusut yang pertama saya mememrlukan 30 minit untuk meleraikannya.

saya dapati kekili ni ada beberapa ciri yang lain dari multiplier saya sebelum ni. di sebelah kiri ada tombol 1-10. tapi yang lain tu seakan sama sahaja. bila diletakkan pada no 1 spool akan ikut setting magnetic drag yang sebelah kanan. bila dinaikkan kepada 5 spool akan menjadi lebih berat. lagi tinggi lagi berat. memang bagus ciri ni. boleh cast semasa ada angin tanpa perlu ubah magnetic brake.

apa pun saya berpuas hati dengan kekili ni. walaupun belum di cuba dilapangan pancing, saya pasti ia boleh menjalankan tugasnya dengan baik. mungkin boleh cuba casting haruan lepas ni

28 September 2009

Jalan jalan cari ilmu di kolam air masin sea lion

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman saya semalam. Semalam saya try gi casting siakap kat port klang kat tanjung harapan. Dah lama betul saya tinggalkan casting gewang sampai nak cast guna reel multiplayer pun dah tak pandai. Akhirnya saya terpaksa gunakan reel spinning je. Casting di muara lebih bergantung kepada nasib. Kalau betul kena masa dan ketikanya parti ikan akan menyambar gewang. Tapi kali ini nasib tak menyebelahi saya dan adik saya. Tiada sambaran. Dan tak nampak langsung ikan menyambar anak-anak ikan. Dan lebih malang lagi tiada langsung anak ikan yang bermain air. Saya perhatikan ada tompokan minyak. Bau diesel agak kuat. Mungkin itulah yang menyebabkan ikan lari. Selepas beberapa jam tanpa sebarang sambaran, kami bergerak melawat kolam pancing air masin sea lion. Kolam ni terletak dekat je dengan tanjung harapan. Kami mulakan dengan kolam satu. Kolam yang paling murah. Rm53 masuk dan 12/jam. Ada lebih kurang 30 orang pemancing. Pemancing kolam air masin mempunyai teknik yang berbeza. Rata-rata menggunakan tali sulam berwarna merah sebagai tali utama. Mungkin dari jenama powerpro. Pemancing ada yang memancing dasar dan ada juga yang menggunakan pelampung. Yang memancing dasar biasanya akan gunakan perambut 1/2meter. Batu ladung diletakkan di tengah perambut dan matakail 1/0. Kalau yang guna pelampung pula, perambut lebih kurang sedepa. Pelbagai teknik digunakan. Ada yang menggunakan teknik tarikan perlahan dan ada yang parking sahaja. Saya perhatikan pemancing yang rajin lebih banyak mendapat tarikan. Mereka menggunakan teknik tarikan yang perlahan. Caranya. Lepas cast, bail arm masih terbuka, tarik perlahan-lahan tali menggunakan tangan. Lebih kurang 2inci tarikan tali sesaat. Sambil tangan merasakan jika ada getuan dari ikan. Bila kelihatan tali dah agak panjang ditarik gulung tali masuk kedalam spool. Ulangi langkah tadi. Saya dapati ada beberapa orang yang menggunakan teknik ni dan hasilnya boleh tahan. Ada yang mendapat 3 ekor jenahak. Pemancing yang menggunakan pelampung biasanya lagi rajin. Balingan tepat kearah sangkar ikan di tengah kolam. Pelampung akan digerakkan sekali sekala. Bila pelampung bergerak tanda ada getuan. Saya dapati ikan akan makan macam cara tongsan makan jika menggunakan pelampung. Pelampung akan ditarik kebawah dan selepas itu pelampung akan ditarik oleh ikan kearah kiri atau kanan depan atau belakang dan pada masa ini pemancing akan segera menegangkan tali sedikit. Lepas lebih kurang 5 hingga 7 saat baru sentapan dilakukan. Pemancing kolam air masin biasanya akan menggunakan cara keras lawan keras. Jadi perambut tali dan peralatan memancing mestilah yang tahan lasak. Apa yang menarik saya lihat pemancing disini sangat memahami pemancing yang lain. Bila seorang pemancing terkena ikan pemancing lain akan cepat cepat gulung pancing sehinggalah ikan di naikkan. Dan jika salah seorang pemancing mendapat ikan pemancing lain akan baling ke tempat pemancing yang dapat ikan tadi. Dan hasilnya kadangkala kita boleh lihat beberapa pemancing mendapat tarikan pada masa yang sama. Jika tali berbelit pun takde pun pemancing yang naik berang. Macamana kalau semua ni berlaku di kolam air tawar kita? Mungkin keharmonian ni boleh di guna pakai di kolam air tawar pula. Mesti best kan kalau macamtu.

26 September 2009

Kolam batu bata kemuning

Hari ni kolam batu bata rohu start makan. Jumlah masuk 600+ kg.

23 September 2009

matakail murah vs mahal

asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. salam lebaran buat pembaca semua. sempena bulan yang baik ni saya ucapkan
SELAMMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN

saya nak cerita sikit. tadi saya ada ke kedai pancing. TCE tackle di lunas kedah. kebetulan pula saya pulang ke kampung isteri saya. masa kat kedai tu saya pun membelek mata kail. perancangan saya masa kat rumah saya nak test carp hook terbaru keluaran fire eagle. carp hook ni berbentuk pelik sedikit. lubang tali menghadap kearah hadapan. kalau tengok video memancing mat saleh selalunya mereka gunakan matakail yang berbentuk macam ni untuk ikan yang menyedut umpan terutamya spesis carp. saya nak uji pulak keberkesanan matakail ini dalam pancingan air tawar di negara kita. memang tak biasa tengok matakail macam ni. lepas tu saya jumpa pulak matakali jenama blue eyes. murah je matakail tu sepeket baru rm1. macam tak percaya je. lepas beberapa ujian, ujian ketajaman dan ketahanan menggunakan playar, saya yakin dengan kekuatan dan ketajamannya. tapi dari segi tahan karat saya tak tahu lagi. saya akan lakukan ujian lapangan nanti. saya gunakan 2 playar bagi membengkokkan matakail tapi tak berjaya. katanya ada campuran titanium. jurujual kat kedai tu tengok semacam je masa saya buat ujian tu. mungkin dia tak pernah tengok orang buat macamtu. ada juga beberapa jenama lain yang berjaya saya bengkokkan dengan menggunakan jari sahaja. tak nak la pula ceritakan dalam blog ni.
ok la. saya akan updatekan eksperimen saya dalam blog ni nanti. kalau anda ada apa-apa cadangan tentang matakail, tali perambut, umpan silalah email kepada saya. boleh saya uji nanti. ook!!!
sekian
-topangler81-

19 September 2009

Mancing dan raya.

Siang tadi saya ada pergi memancing. Hari terakhir puasa pun boleh memancing. Semalam pun ikan kuat makan. Sangat kuat makan. Tiap kali cast mesti ada sambaran. Sampaikan saya tak sempat nak pasang umpan. Saya hanya gunakan palet sebagai umpan cangkuk kat matakail dan umpan dedak saya kepal pada cili klip sahaja. Bila ikan makan kuat cara ni paling senang nak dapat tangkapan yang banyak pada masa yang singkat. Dalam masa 2jam sahaja saya berjaya menaikkan 15ekor rohu. Itu tak termasuk 5kali ikan lepas dan 2kali perambut putus. Macam tak percaya je. Saya gunakan pelampung berperambut 2jengkal sebab saya lihat ikan bermain dipermukaan air. Permainan pelampung juga memerlukan ketepatan balingan. Perlu juga meneliti permukaan air. Penggunaan palet sangat membantu. Sewaktu ikan makan umpan, rohu akan menarik pelampung kebawah. Kerana kepantasan dan tekanan palet akan terlepas dari matakail. Palet ini lah yang akan timbul di permukaan. Anak-anak ikan dan udang akan memakan palet tadi. Anda akan dapat lihat palet di kerumuni oleh anak ikan. Ini adalah penanda yang tepat. Lagi satu saya perhatikan rohu akan sama sama berkumpul dengan anak ikan yang memakan palet. Ini akan menyebabkan anak ikan dan udang bertempiaran lari bila di langgar oleh rohu. Kalau air kolam jernih fenomena ini sangat mengujakan. Itu juga boleh dijadikan tanda bahawa ikan ada disitu. Pemerhatian sangat penting bagi pemancing. Semoga para pembaca sekalian mendapat rahmat dan rezeki yang lebih. Sekian -topangler81-

18 September 2009

Selamat hari raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramadhan al mubarak dah hampir menutup tirai. Kenangan bulan puasa tahun ni berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Diharapkan kita tabah menghadapi cabaran yang akan datang. Semoga kita akan berjumpa dengan ramadhan tahun datang. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

16 September 2009

Jadual kemasukan ikan. Tanjung rabok bay spesis rohu 14/9 jumlah 900kg

15 September 2009

Batu dan bata

Assalamualaikum. Sabtu lepas saya ada pergi memancing kat kolam batu bata kemuning. Dah lama sangat saya tak mancing kat kolam ni. Sekarang ni tauke kolam pun dah tukar. Alhamdulillah sekarang tauke kolam melayu yang mengambil alih. Kadar bayaran masuk pun dah murah. Rm25/3jam. Termasuk jackpot rm5. Bangunan kantin dan kaunter pun dah berubah. Terkejut juga saya bila kaunter bayaran dah menghadap ke pemancing. Nampak kemas sikit sekarang. Saya memancing lebih kurang bermula pada jam 12tengah hari. Masuk-masuk kolam je tengok ada member yang tengah menggasak kat pondok depan. Dia sorang je yang dapat ikan banyak. Mungkin rezeki dia agaknya. Saya gunakan resepi baru. Tak tau la nak bagi nama apa resepi ni. Tapi ia terdiri dari dedak bomb, power bait, dan palet. Pada jam pertama saya dapat 3tarikan dari sang rohu, tapi dari 3tarikan cuma 2ekor sahaja yang berjaya dinaikkan. Seekor berjaya meloloskan diri dengan memutuskan tali. Tak sangka tali sufix extra strong boleh putus sekali rentap sahaja. Ini pertama kali berlaku. Mungkin matakail tersangkut pada tali utama dan menyebabkan tali terputus. Saya memancing bersama dengan geng cari makan dan ternyata umpan yang mereka gunakan sangat berkesan. Tiap kali balingan pasti ada yang menjamah. Apa yang saya dapat tahu mereka gunakan kerisik sebagai umpan. Yang lain tak tau la apa yang dicampurkan. Boleh dikatakan tiap 3ekor yang mereka dapat saya baru dapat seekor. Syok juga tengok ikan galak makan. Ikan-ikan di kolam ni memang terkenal dengan kekuatannya. Jika nak dibandingkan dengan rabok bay ikan disini seakan 3x lebih kuat. Bayangkan ikan 3.4kg memerlukan 13minit untuk dinaikkan menggunakan set 10-20lb dan tali 12lb. Jika di rabok sudah tentu ikan akan mengikut sahaja kalau drag diketatkan. Tapi disini tidak. Lagi ketat lagi kuat ikan melawan. Perlawanan menyebabkan saya terpaksa bergerak ke kiri kolam sejauh 25meter dari tempat saya memancing. Terpaksalah mengganggu pemancing lain. Tapi mereka semua sporting. Malah ada yang tolong menaikkan ikan menggunakan playar. Dah lama tak main ikan besar lenguh juga tangan dibuatnya. Saya puas melayan rohu besar. Tarikan pertama yang mendebarkan menghabiskan lebihkurang 50meter tali dalam masa seminit. Lepas tu barulah ikan berhenti. Petang. Ikan lagi kuat makan. Hinggakan tak sempat nak pasang umpan pada matakail. Selang beberapa minit ikan makan selepas umpan di baling. Seronok betul. Melihatkan geng cari makan yang tak cukup tangan saya cukup cemburu. Perbezaan ketara pada umpan dan perambut menyebabkan saya kalah. Tapi memang susah nak korek rahsia mereka ni. Kalau betul-betul kawan baru mereka bagitau. Itupun kadangkala tak cukup syarat. Kalau campuran umpan tu 5bahan mungkin mereka akan beritahu 4sahaja. Tapi tak semua yang begitu. Ada juga yang tak lokek ilmu. Saya pulang dengan 7ekor rohu. Paling berat 3.4kg seekor. Bila ditimbang jumlah berat ikan adalah 13.5kg. Tapi geng cari makan tu dapat 48kg. Perbezaan yang sangat ketara. Cukuplah untuk dapatkan balik modal dan duit umpan. Alhamdulillah. -topangler81-

08 September 2009

ekstravaganza siakap 11.2kg



salam sejahtera semua. pernahkah anda dengar tentang siakap air tawar? mungkin ada yang pernah dan ada yang tidak. siakapa air tawar ni macam siakap air masin juga tapi ia hidup di kawasan air tawar. sabtu lepas saya pergi memancing lagi di kolam yang sama. kali ni saya gunakan pelampung pula. masa saya meninjau kawasan kolam ni saya dapat lihat banyak ikan yang bermain di permukaan kolam. jadi saya hanya gunakan pelampung sepanjang 1 kaki sahaja. kat kolam ni kalau pelampung terlalu dalam ikan agak kurang menjamah. kadangkala lagi pendek pelampung yang saya gunakan. saya masuk memancing dah agak petang. lebih kurang pukul 3.30 petang. macam biasala persiapan di buat sebelum bayar. nak jimatkan masa. umpan pertama saya labuhkan. dan umpan kedua. umpan yang ketiga barulah ikan nak menjamah. terkejut juga saya bila ikan ni melompat selepas terkena pancing. guna pelampung selau tak lompat tapi kali ini ia melompat pulak. bunyi percikan air yang agak kuat dan ikan lebih kurang 2.5 kg berjaya dinaikkan. bila masa saya naikkan ikan tu ada seorang pakcik yang dah lama saya kenal kat kolam parking kat sebelah saya. katanya dia nampak ikan melompat dan terus ketempat saya. saya pun tak kisah. ada la kawan nak berborak. kami gunakan pelampung nak dipendekkan cerita, masa tu memang banyak ikan yang bermain di permukaan sampaikan pelampung pun dilanggarnya. rohu ke dua dan seterusnya melomppat lepas terkena pancing. memang best. macam mancing siakap kata pakcik tu. lepas beberapa minit ikan keempat saya, pelampung pakcik tadi bergerak macam kena tarik pemancing lain. pelampung tak tenggelam tapi bergerak je. lepastu apa lagi, angkat joran dan sentap. kami tekejut besar. saya agak tongsan yang makan tapi siakap!!!! saiznya memang sangat besar. ikan lemah gemalai bila di tarik ketebing. matakail ada yang tersangkut pada perut ikan menyebabkan ia berenang terbalik dan inilah faktor yang melemahkan ikan. saya capai playar panjang dan kepit pada sayap bawah perut ikan. beratnya bukan main. bola di timbang ia seberat 11.2kg!!!! lepastu ikan dah tak menjamah umpan. masa nak berbuka pun dah hampir. akhirnya saya pulang dengan 4 ekor rohu dan seekor tongsan sisik halus. masa perjalanan pulang hati saya berdetik "bila agaknya saya nak dapat siakap sebesar tu" sekian
-topangler81-

02 September 2009

Tragedi september

Salam sejahtera kepada para pembaca semua. Maaf la dah agak lama saya tak update blog ni. Macammana bulan ramadhan ni? Larat tak pergi memancing. Cerita tentang memancing ni memang ada suka dan duka. Langit tak selalunya cerah. Semalam saya pergi la memancing kat kolam kegemaran saya, mana lagi kalau tak di tanjung rabok bay. Cuaca satu hari ni memang sejuk dan hujan gerimis tak berhenti. Umpan 3dalam1 saya gunakan. Ada variasi sikit. Boleh la dikatakan umpan baru. Hati macam was-was je nak pergi ke taknak. Tapi memandangkan ikan masuk banyak dan semalam dah start makan. Untuk makluman, kolam 2 tanjung rabok dah di keringkan. Ikan kolam 2 dimasukkan ke kolam 1 anggapan jumlah berat ikan adalah 4tan. Umpan pertama dilabuhkan tepat jam 12.30 tengah hari. Tak sampai beberapa minit, ikan merentap joran. Tak sempat saya capai joran tali dah mengendur. Tali sufix 12pound putus sekali rentap sahaja. Habis 2set perambut baru menjadi tukun. Tak sempat nak berjasa. Saya tarik joran dan cuba meneliti apa silapnya. Drag tak lah ketat dan tali pulak semalam baru check. Takde luka pun. Kemungkinan ikan ni besar dan libasan ekor semasa ia berenang melarikan diri menyebabkan tali terputus. Tapi saya pasti tarikan tu adalah dari spesis rohu buat tongsan sisik kasar. Tak berpuas hati, saya labuhkan umpan di tempat yang sama. Agak lama takde ikan menjamah. Lepas 20minit baru lah ikan berani menjamah umpan. Ikan rohu pertama lebih kurang 1kg lebih. Masa perlawanan dengan ikan kesilapan berlaku. Tali dalam kelili tak tersusun dengan kemas. Tali juga ada yang kusut. Dengan ikan masih di dalam air, saya buka spool dan keluarkan tali sehinggalah tali kusut dapat dikeluarkan. Berhempas pulas juga saya dengan menahan asakan ikan dan cuba melepaskan tali yang kusut. Lepas tu adik saya datang menemani saya memancing. Masa tu hujan gerimis. Lepas tu ikan makin galak makan. Saiz pulak boleh tahan. Sekilo lebih semuanya. Ada jugak yang lebih dari 2kg. Bila hujan renyai ikan makin galak. Tiap balingan mesti ada yang menjamah. Cuma yang berbeza cepat dan lambat sahaja. Ikan makan lagi. Tarikannya kuat dan laju menandakan rohu besar yang makan. Saya ketatkan sikit drag untuk menambahkan tekanan pada ikan. Joran diangkat agak tinggi tapi ikan masih tak mengalah. Ikan memecut kekiri. Dan setelah beberapa ketika kepala ikan mula timbul. Adik saya cepat-cepat mengambil playar untuk menaikkan ikan yang dah terkulai kat tebing kolam. Saya sedar ikan masih kuat sebab perlawanan tak berapa lama dan ikan pula besar. Tapi tak kisah la ikan dah naik. Masa adik saya cuba membuka matakail tiba-tiba ikan melompat. Saya pun terkejut. Tapi adik saya mengerang kesakitan. Mata kail terpacak di jari tengah tangannya. Tusukan matakail makin dalam bila ikan melompat lagi. Saya pun cuba membantu dengan memegang ikan tapi lendir yang terdapat pada badan ikan menyebabkan saya gagal memegang ikan dengan kemas. Dan ikan melompat lagi sekali. Kali ini saya terkam dengan lebih kuat. Ikan dah berhenti melompat. Saya suruh adik saya tu pegang ikan dengan kuat dan saya cuba mengambil gunting untuk memotong tali perambut. Mujur ikan tak melompat lagi. Saya potong perambut dan matakail masih tertanam di jari adik saya. Kesakitan terkena mata kail ni memang lain macam. Saya juga pernah terkena tapi agak bernasib baik kerana masa matakail tertanam di jari ikan melompat dan mata kail terkeluar mengakibatkan kulit dan isi terkoyak sedikit. Memang ngeri. Tapi itulah asam garam dunia hanyir ni. Berbalik kepada cerita tadi. Saya stop kad dan terus ke klinik. Tapi sempat pulak hantar ikan di kedai. Hari tu saya pulang dengan 10kg rohu dan pengajaran yang tak ternilai harganya. Sekarang saya dah tak guna playar pendek lagi. Playar berhulu merah sepanjang 4inci tu saya gantikan dengan playar berhulu kuning sepanjang 12inci. Dulu pernah seorang rakan menegur saya tentang bahaya penggunaan playar pendek ni tapi saya tak endahkan sangat dan sekarang dah terkena baru nak berubah. Diharapkan para pembaca dapat pengajaran dari pengalaman ngeri saya dan adik saya ni. Sediakan la modal sikit untuk keselamatan sebelum terkena. Anda mampu mengubahnya. -topangler81-

26 Ogos 2009

ombak,angin,hujan dan ikan

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. saya nak berkongsi pengalaman sikit. semalam saya memancing lagi. entah la bulan puasa ni makin kerap pula saya pergi memancing. masa kat rumah tu saya tengok awan dan cuaca memang macam tak mengizinkan untuk menggasak ikan. tapi saya pergi memancing juga. dah namanya pemancing tegar kan. bukan boleh duduk diam kat rumah. kalau ada masa memang nak ke kolam je. sampat kat kolam lebih kurang pukul 2 petang. saya releks dulu sambil meninjau kawasan yang best. tapi dalam hati asyik berkata-kata. "tak payah memancing la hari ini". tapi akhirnya saya kalah. saya melabuhkan umpan juga. umpan masih umpan yang sama macam dalam eksperimen yang lalu. "hari ni mungkin aku boleh test bab cuaca pulak".
nak di pendekkan cerita hari tu angin memang kuat. seluruh kawasan kolam berangin je. ombak air pulak jangan cerita la. kadangkala tu macam kat pantai pulak. saya start labuhkan umpan pada jam 2.30 petang. angin masih kuat. tapi sekali sekala berhenti dan pada masa angin berhenti tu la ikan menjamah umpan. pada mulanya pacu yang menjamah. oleh kerana saya lupa nak beli radar (plastersin dah habis) saya gunakan pelampung kecil sebagai radar. tapi saya tak rasa ia membantu kerana keadaan angin yang kuat macam tu menyebabkan radar melayang-layang. nasib kurang menyebelahi saya, semasa perlawanan dengan pacu yang pertama matakail yang saya gunakan patah digigitnya. kecewa betul. nampak kelibat pacu tu memang agak besar. kolam yang selalu saya datang memancing ni memang ada pacu yang besar. ada pernah seorang pemancing menaikkan pacu seberat 14kg. besar tu....
masa angin berhenti je ikan makan umpan. dan yang kedua saya dapat tarikan dari rohu. tapi tak besar. anggaran 1.5kg sahaja. tarikan ikan masa angin kuat ni pun lain macam. rohu makan macam talapia makan. tali tegang dan kendur beberapa kali. dah lama macamtu saya pun angkat joran. ingatkan pacu yang kena rupanya rohu. pelik tapi benar. kalau ikut pengalaman yang lalu rohu ni memang tak pernah tak tarik terus. kalau tak tarik pun ia akan makan kebelakang. tapi lepastu terus pecut. tapi kali ni lain macam pulak.
lepas tu saya dapat lagi 2 ekor pacu dengan umpan dedak dan ikan-ikan ni menggayakan daya tarikan yang sangat perlahan. sama macam rohu tadi. mungkin ini caranya ikan megutis umpan. tau-tau je bila ankat joran ikan tak kena. ada kemungkinan tali yang membuai ditiup angin akan memudahkan ikan melepaskan diri. ada kemungkinan juga ikan menjadi takut kerana kocakan air yang berlaku semasa angin bertiup dan jadi tak berminat nak menjamah umpan terutamanya sang rohu. semua ini perlukan kajian yang lebih mendalam.
mungkin saya perlukan gadjet-gadget yang boleh membantu seperti thermometer. barometer dan sebagainya. saya rasa itu yang saya perlukan. kalau para pembaca semua ada benda-benda tu yang nak didermakan kepada saya silakan email kepada saya je.
-topangler81-

25 Ogos 2009

Laman blog baru untuk produk max power

Laman blog masih dalam pembinaan. Blog ni untuk mereka yang nak membeli produk saya. Termasuk umpan dan perambut. Segala kesulitan amat di kesali

24 Ogos 2009

Experiment no 3

Experiment ni masih lagi dijalankan di tanjung rabok bay pada 23 dan 24 ogos. Eksperimen no 3 23/8/09 Hujan pada pada tengah hari tu melambatkan saya untuk ke kolam. Maklum la saya naik moto kalau nak ke kolam. Sampai je di kolam, ada beberapa orang pemancing tengah melayan pacu. Memang pacu galak makan lagi-lagi selepas hujan. Ada beberapa pemancing cina yang dapat menaikkan lebih kurang 30 ekor pacu. Meriah betul saya lihat. Mereka gunakan cacing dan anak ikan sebagai umpan. Tapi yang paling galak umpan cacing. Umpan anak ikan agak kurang di jamah. Nampak ikan galak makan saya cepat-cepat membancuh umpan. Dan saya masih lagi menggunakan perambut spring. Saya merayau mencari kawasan yang di rasakan berpotensi. Kalau memancing di laut orang menggunakan sonar. Tapi di kolam kita perlu gunakan sonar semulajadi kita iaitu mata dan telinga. Tak perlu la saya jelaskan di sini bagaimana caranya. Saya rasa semua orang tahu caranya. Lokasi yang saya pilih kali ini adalah di kawasan bersebelahan kincir. Kawasan ini biasanya memang berpotensi. Tambahan pula kincir membekalkan oksigen. Ada juga beberapa kali kelihatan ikan bermain air dikawasan itu dan saya mengagak ia adalah ikan rohu dan tongsan sisik halus. Bila nampak ikan main air macamtu saya pun mengeluarkan pelampung. Pelampung ke perambut hanyalah sepanjang 1.5 jengkal sahaja. Di kolam ni penggunaan pelampung pendek biasanya lebih efektif. Jangan lupa gunakan batu ladung sauh agar pelampung tidak bergerak dan tidak mengganggu pemancing lain. Terutamanya pemancing dasar. Saya melabuhkan umpan pertama pada jam 3.45petang. Umpan yang pertama ni saya kepal besar bagi memanggil ikan. Biasanya saya akan labuhkan umpan setiap 5minit. Tujuannya adalah untuk memanggil ikan. Lepas 3 balingan barulah parking joran. Kelihatan ada ikan yang berlegar legar berdekatan pelampung. Selang 10 minit barulah pelampung tenggelam. Gegaran hujung joran yang agak kuat menandakan ikan adalah spesis pacu yang kena. Saya karau dengan perlahan dan tegang tali bagi mengelakkan dipotong pacu. Perlawanan agak hebat dan pacu 2kilo berjaya dinaikkan. Alamak pacu, saya berseloroh. Pemancing rohu seperti saya agak kurang menggemari spesis pacu ni kerana ia selalu sahaja merosakkan perambut yang saya gunakan. Kadangkala sampai 3 ke 4 matakail yang putus digigitnya. Perambut tangsi memang senang sahaja boleh diputuskan oleh gigi pacu yang sangat tajam tu. Selepas tu saya dikejutkan lagi dengan tarikan yang menenggelamkan pelampung. Kali ini ikan menarik sekali tali dari kekili. Sah ini adalah tarikan dari rohu. Perlawanan dari rohu memaksa saya menekan spool bagi mengekalkan tali terbelit di tiang kincir. Bila spool ditekan ikan mula bergerak kekiri dan kanan. Saya angkat joran agak tinggi untuk mengangkat kepala ikan dari air. Ia bertujuan melemahkan ikan. Sama seperti kita kalau kita sedang tercungap cungap berlari dan tiba tiba tak dapat bernafas kerana takde udara dah tentu kita akan mejadi lemah. Dan rohu lebih 2kg berjaya di naikkan. Selepas itu ikan agak lembab dan kurang makan umpan. Ada juga beberapa kali pelampung tenggelam dan rabut. Pelik juga rasanya. Bila saya periksa rupa rupanya matakail dah terbuka. Tiga kali saya dapat tarikan sebegitu. Perambut saya tukar dan kali ini pelampung tenggelam lagi itu pun dah lebih dari 15 minit selepas tarikan tadi. Kali ni ikan tak terlepas lagi. Matakail baru yang agak besar dapat memegang mulut ikan dengan kemas. Drag saya ketatkan sedikit bagi mengekang lariannya. Ikan menuju kearah kincir lagi. Lagi sekali saya menekan spool bagi mengekang lariannya. Tapi kali ini ia lebih kuat dan saya terpaksa berundur ke belakang. Dan selepas itu ia bergerak ke kiri. Syukur ia bergerak menuju ke kawasan yang jauh dari kincir. Selepas 5 minit rohu 2.5kg berjaya saya daratkan. Seronok betul dapat nelayan ikan ni. Sedang saya asyik memancing terlihat seorang pemancing yang sedang bergelut dengan ikan. Sudah 15minit perlawanan tapi ikan masih kuat. Perlawanan lebih mendebarkan bila pemancing tu hanya menggunakan perambut tangsi sahaja. Ikan melakukan aksi akrobatik. Dilihat seekor pacu besar melompat tinggi. Nasib baik matakail terlekat pada sisi mulut ikan. Jika tidak dah tentu berputih mata. Bila ditimbang pacu seberat 8kg!! Memang besar pacu tu. Di katakan ada pacu secepat 14kg di kolam ni dan hanya seorang pemancing sahaja yang berjaya menaikkannya. Bayangkan kalau pacu ni kena pada set pancing ringan boleh berasap mesin dibuatnya. Lepas tu ada tarikan dari ikan. Selepas 2jam saya pulang dengan 6ekor hasil tangkapan. 3pacu dan 3rohu. Dan tak lupa juga 3kali mata kail lurus. Saya berpuas hati dengan umpan ni. Dalam 3 eksperimen ia tak pernah menghampakan Bila anda mahu mencubanya. -topangler81-

21 Ogos 2009

Umpan baru test n experiment no2

Eksperiment no 2. Boleh ke dipanggil eksperimen? Apa pandangan anda. Hari ni saya test umpan lagi. Target spesis ialah kap. Umpan sama saya gunakan macam masa eksperimen yang pertama. Bomb dan power bait serta pandan max power. Umpan dibancuh peroi. Sangat penting menggunakan umpan peroi untuk spesis kap terutamanya tongsan sisik halus. Mula memancing pada jam 3.30petang. Saya masih gunakan perambut yang sama. Perambut spring berpelampung. Di tengah kolam berdepan dengan kaunter saya dapat lihat riak air. Ikan bergerak perlahan menandakan tongsan tengah meronda di kawasan tersebut. Saya dapati ikan di kolam ni suka bermain di kawasan dalam. Walaupun ia tidak menyelam dalam tapi ia berlegar di kawasan tersebut. Mungkin ada yang menarik minatnya untuk meronda disitu. Ada lebih kurang 3 hingga 5ekor ikan yang meronda di kawasan itu. Sekali sekala dapat dilihat ia bergerak pantas dan adakalanya bersaing-saing. Sedang asyik saya memerhatikan sekeliling tiba-tiba pelampung tenggelam, menandakan ada ikan yang dah kena. Saya karau dengan perlahan. Beberapa kali ikan memecut untuk melepaskan diri tapi kekangan drag dari kekili abu garcia mematahkan usahanya. Joran melentur menyerap tekanan dari ikan. Setelah berberapa ketika rohu ikan pertama saya hari ni berjaya dinaikkan. Saiznya tak lah besar tapi kekuatannya agak luar biasa. Saya agak hairan kerana rohu pun sudi menjamah umpan ini. Ini bermakna dah 4spesis ikan yang berjaya saya tawan dengan umpan ini iaitu patin, tongsan, talapia dan yang terbaru rohu. Best jugak umpan ni. Boleh dijadikan umpan universal. Saya pun baru belajar memancing tongsan ni. Selama ni saya suka memancing rohu. Maklumlah sebab rohu ni banyak permintaan terutamanya daripada mamat-mamat bangla dan myanmar. Harga boleh sampai rm 5 sekilo kalau kat kolam. Pelik jugak saya tengok tongsan makan bila guna pelampung. Pelampung ditolak keatas pada awalnya dan kemudian tenggelam sedikit sahaja. Kadangkala tenggelam semua pelampung tu tapi masih boleh nampak di permukaan air. Lepas tu pelampung akan bergerak dan masa ni la saya angkat joran dan rembat sedikit. Perlawanan tak seberapa. Saya guna kaedah lembut untuk berlawan dengan ikan ni. Tak sampai 2minit ikan dah berjaya dinaikkan. Apa yang saya lakukan ialah tarik dengan perlahan-lahan. Ikan pasti akan mengikut sahaja tanpa tentangan. Ada juga 3ekor yang terlepas. Dari 4tarikan saya cuma berjaya menaikkan seekor. Yang lain semua rabut. Mungkin matakail terlalu kecil sebab saya gunakan perambut rohu berspring. Lepas rabut 3kali ikan dah tak menjamah umpan lagi. Dah sakit mulut agaknya. Saya puas dengan hasil hari ni. Walaupun cuma seekor tongsan 4kg. Bukan senang nak dapatkan tongsan di kolam yang sangat lama tak masukkan ikan tongsan ni. Tapi saya berjaya mendapatkan 4tarikan ikan. Umpan max power ciptaan saya berhasil mendapatkan tongsan. Saya akan lakukan eksperimen di kolam yang lain. Kalau ada cadangan kolam-kolam yang banyak spesis kap macam tongsan atau rohu sila la email pada saya. Promosi umpan max power pandan rm7.50 sahaja. Penghantaran percuma.

19 Ogos 2009

ramadhan dan pemancing

bulan ramadhan dah hampir tiba. sebagai pemancing tegas saya akan tetap pergi memancing walaupun pada bulan ramadhan ni. tapi siang la. malam tu boleh la ke masjid untuk sembahyang terawikh. sebagai pemancing seharusnya kita lebih tahan berpuasa. biasanya pemancing ni lebih tahan panas dan lapar. mana taknya kalau memancing mana nak ingat panas dan lapar. janji ikan tarik. pernah saya lihat ada yang seharian memancing ditengah panas tanpa makan dan minum. tapi bila tiba bulan puasa lain pulak jadinya. memancing dijadikan alasan bagi tak berpuasa. susah la kalau macam tu. yang penting kehendak diri. kalau dah niat nak puasa memang boleh puasa tapi kalau dah tak nak tu paham-paham aje la. tepuk dada tanya iman
-topangler81-

18 Ogos 2009

Umpan baru test n experiment no 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Hari ni saya nak kongsi sikit pengalaman saya. Saya ada buat umpan baru. Berasaskan pandan. Umpan ni pada awalnya saya nak buat mancing rohu. Entah macammana patin, tongsan dan talapia pun makan umpan ni. Saya gunakan dedak bomb 286+power bait 001+pandan (special buatan sendiri) . Umpan di bancuh peroi sahaja sebab saya gunakan mata spring. Kalau gaul umpan liat nanti tak lerai pula umpan dalam air. Matakail saya masih cangkuk palet. Tarikan pertama saya dapat menaikkan patin kecil. Selepas itu ada beberapa tarikan yang rabut. Ikan memecut dan selepas beberapa saat tali mengendur dan ikan berjaya melepaskan diri. Kalau ikutkan gaya makan mungkin dari spesis patin. Selepas 1jam lebih ada tarikan lagi dari ikan. Kali ini radar sahaja yang naik turun. Kadangkala tali tegang dan kendur. Saya tak dapat bersabar melihat keadaan itu dan terus menyentap joran. Tongsan lebih kurang 5kg menjamah umpan. Tapi malang lagi nasib saya. Ikan berjaya melepaskan diri hanya beberapa inci je dari tebing. Kecewa betul saya masa tu. Mana taknya umpan baru dijamah tapi asyik rabut je. Bukan rezeki saya agaknya. Lepas beberapa ketika saya berjaya menaikkan seekor talapia merah. Tak sangka pulak umpan ni semua jenis ikan makan. Masa memancing kat rabok bay gunakan umpan ni saya dapat lebih kurang 20ekor rohu. Saya rasakan umpan ni umpan universal. Tak salah jika anda ingin mencubanya. Jika berminat sila email kepada saya. Saya jual dengan harga istimewa. Ok -topangler81-

15 Ogos 2009

Ikan dah start makan.

Semalam ada member saya seorang pemancing tegar menelefon saya. Beliau mengatakan ikan rohu di kolam seri serdang dah start makan. Saiz ikan antara 1.5kg-3.5kg. Umpan cadangan 1. Power bait 001+005+ dedak bom 286 kuning. Gunakan jugak palet rendan cangkuk kat matakail Jom meriahkan kolam

14 Ogos 2009

Jadual kemasukan ikan.

Kolam teluk bunut 11/8/09 spesis patin jumlah ?

Jadual kemasukan ikan.

Kolam teluk bunut 11/8/09 spesis patin jumlah ?

12 Ogos 2009

Penambah perisa

Semalam saya ke kedai pancing. Lama dah tak pergi lagipun stock umpan dah takde. Tengok kat kedai tu umpan masih sama je. Takde perubahan langsung. Yang berubah cuma susunan kedai. Tak la semak sangat nampaknya. Setengah jam lepak kat kedai tu dapat la cari perambut dan umpan sikit. Ada gak perisa umpan yang menambat hati. Power bait kuning. Selalu guna buat umpan patin je. Nak test buat umpan baru untuk rohu. Pernah juga dapat beberapa ekor masa guna roti campur power bait kuning tu. Kalau patin memang banyak. Kalau anda ada cadangan perisa umpan yang boleh digunakan atau boleh saya cuba silakan email kepada saya. Kalau tak pun hantar pos terus. Ok. -topangler81-

09 Ogos 2009

Jampi dukun dan prewang

Harini masa saya nak bayar masuk memancing, pihak kolam mengatakan ada yang komplain. Mereka tanya kat penjaga kaunter jampi apa yang saya guna. Orang lain susah nak dapat ikan tapi saya senang. Terdengar je soalan tu keluar dari penjaga kaunter saya terus beristifar. Sampai macam tu sekali andaian mereka. Rezeki di tangan Allah dan kita perlu berusaha mendapatkannya. Dengan nada perlahan saya menidakkan apa yang diperkatakan oleh si penjaga kaunter tadi. Memang tak pernah pun saya lakukan. Apa yang saya amalkan ialah bismillah dan selawat. Mungkin ada beza dalam bab umpan dan perambut kerana setiap orang punya citarasa sendiri. Saya bukanlah jenis orang yang kedekut ilmu. Kalau tak takkan saya sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman saya menerusi blog ni. Saya harapkan anda sebagai pemancing perlu membuang prasangka seperti itu jauh-jauh. Jika ada sikap yang macam tu macam mana kita nak maju. Perlu ada sikap ingin belajar dan berusaha. Pasti akan berjaya. Lagi satu, kita boleh la amalkan selawat, ayat seribu dinar dan doa. Kita kena yakin dan bertawakkal. -topangler81-

Umpan oh umpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Harini satu pengalaman menarik saya nak kongsikan kepada anda. Hari ni sabtu jadi kat rabok bay ni ada la game cari spesis tongsan sisik halus. Kadar bayaran masuk pun macam biasa je. Dari rumah saya dah siapkan umpan. Saya gunakan dedak ayam kuning+perasa pisang,. Saya kehabisan stock dedak. Dedak ayam je yang ada tu yang saya gunakan. Saya masih gunakan perambut spring. Memancing tongsan memerlukan umpan yang peroi. Jadi penggunaan spring adalah sangat praktikal. Oleh kerana pertandingan biasa ni pemancing dibenarkan guna hingga 5 matakail. Satu kelebihan kepada pemancing. Jam 2.45pm umpan pertama dilabuhkan. Dan setiap 15minit umpan ditukar. Penggunaan umpan peroi memerlukan penukaran umpan selepas 10 hingga 20minit. Tujuannya ialah untuk membuat satu longgokan makanan yang akan memanggil ikan datang. Balingan yang tepat juga sangat penting. Saya gunakan palet sebagai bahan apung. Saya tak gunakan polisterin. Ada tujuannya. Selepas 40minit seekor rohu melompat tinggi menandakan yang ia sedang bergelut melepaskan diri dari matakail. Saya pun menuju ke joran dan bila joran diangkat, tali sudah kendur. Ikan berjaya melepaskan diri. Saya mula terfikir apa silapnya. Rupa- rupanya drag diikat terlalu ketat. Saya melabuhkan umpan lagi. Kali ini saya dah tak mengharapkan sang tongsan menjamah umpan tapi saya lebih mengharapkan tarikan dari sang rohu. Jangkaan saya tepat. Selang beberapa minit selepas melabuhkan umpan, sang rohu melompat lagi. 'Dah kena' bisik hati saya. Kali ini saya lebih berhati-hati. Perlawanan agak hebat menandakan ikan yang agak besar. Alhamdulillah rohu 2kg berjaya di naikkan. Saya melabuhkan umpan lagi dan beberapa minit ikan menjamah lagi. Rohu kena lagi. Rohu kedua dan ketiga menjamah umpan selang 10 minit. Saiz lebih kurang sama. Jam menunjukkan masa lagi 10 minit. Rohu keempat menjamah pula. Kali ini tarikannya lebih bertenaga. Ikan berlegar ketengah kolam. Saya mengangkat joran tinggi. Tujuannya untuk melemahkan ikan. Rohu ni bila tak dapat air beberapa saat terutamanya semasa perlawanan ia akan cepat lemah. Mengangkat joran tinggi dan tegangkan tali adalah salah satu cara melemahkan ikan. Bukan saja buat gaya. Selang beberapa ketika rohu menunjukkan tanda keletihan. Saya karau dengan berhati-hati. Saya nampak kelibat rohu dengan hanya satu matakail sahaja yang tersangkut. Drag dilonggarkan sebagai langkah berjaga-jaga. Akhirnya ikan berjaya dinaikkan. Beratnya mencecah 3kg. Saya cukup puas. Tapi saya masih berasa hairan kerana rohu sudi menjamah umpan yang tak seberapa. Kalau nak diikutkan macam tak percaya. Selalunya pemancing rohu ni memerlukan resepi dan umpan yang berbagai. Banyak campurannya ada kalanya kos umpan melebihi kos memancing itu sendiri. Alhamdulillah mungkin dah rezeki saya. Cubalah resepi yang saya berikan ni. Tapi mesti gunakan dedak ayam kuning. Mungkin resepi ni boleh membuatkan anda pulang dengan jaring yang penuh dengan ikan. -topangler81-

07 Ogos 2009

Info ikan dan kolam terkini.

Salam sejahtera pada pembaca semua. Siang tadi saya dapat info dari rakan yang kolam baiworld tengah meletup. Ikan rohu 1kg lebih tengah galak makan. Kawasan tempat ikan makan adalah sekitar pokok kelapa sawit depan surau. Sekian dimaklumkan -topangler81-

06 Ogos 2009

Rabok bay 6/8/09

Hari ni hari ketiga saya mancing kat rabok. Harini ikan kurang sangat makan. Talapia yang kuat gasak. Ada la seekor rohu yang menjamah. Saya bersama 2orang rakan masing-masing seorang dapat seekor sahaja. Tapi harini dapat la test umpan baru. Power bait campuran. Umpan dalam kajian lagi. Umpan ni pun saya reka cipta sebab sekarang ni susah nak dapat power bait yang original. Kebanyakan tiruan. Murah memang murah tapi bila buka bungkusan baunya tak sama dengan power bait lama. Silap-silap warna pun lain. Perbezaan yang sangat ketara tentang bau dan warna pada power bait 001 dan 005. Kalau tengok kat bungkusan, bahagian belakang nampak nombor 2008. Yang lama 2004. Saya dapat tahu yang power bait 2004 ni ada kedai yang menjual dengan harga rm 3.80 sepeket. Kalau yang 2008 cuma rm 1.50 je sepeket. Tapi kalau mahal macammana pun umpan, kalau itu yang ikan nak makan, terpaksa juga beli. Kalau ada rezeki boleh jual ikan tu dan dapat pulangan balik. Yang penting kita bersyukur dengan pemberian-Nya. Kalau bab umpan ni memang susah nak jangka. Kadangkala ikan nak makan dan kadangkala langsung tak nak usik. Kadangkala pulak umpan satu bekas kongsi sama-sama cuma seorang je yang bergasak sedangkan kawan yang lain bangau. Pernah juga berlaku kepada saya. Rezeki dan jodoh pertemuan ditangan-Nya. Kita hanya berusaha dan bertawakkal. -topangler81-

rabok bay 4/8/09

hari ni saya memancing lagi di rabok ni. walaupun hati agak keberatan nak memancing harini saya gagahkan juga. apatah lagi bila beberapa orang rakan menelefon saya hendak memancing bersama. lagipun dah lama saya tak berjumpa dengan diorang ni. saya masih menggunakan umpan yang sama saya gunakan semalam. semalam galak harini belum tentu lagi. saya sampai di kolam anggaran jam 12 tengah hari. sampai sahaja dikolam saya dapat lihat seorang rakan sedang melayan tarikan ikan. rohu 2 kg berjaya dinaikkan. umpan dilabuhkan setengah jam kemudian. harini nampaknya kurang ikan yang bermain air. lagi kurang dari semalam.

susah jugak memancing dengan gng cari makan ni. umpan dan perambut yang diorang gunakan tak sama macam yang kita gunakan. saya dapati umpan dan perambut yang mereka gunakan adalah lebih efektif. ikan lebih gemar menjamah umpan mereka. saya yang semalam menggasak ikan harini kurang mendapat tarikan. hanya 2 ekor rohu saja yang sudi menyapa umpan saya, kawan kawan cari makan ni ada yang menaikkan 13 ekor ikan seorang. tapi saya agak berpuas harti kerana berjaya menaikkan rohu 3 kg lebih. memang syok layan ikan rohu yang bersar-besar. daya taikannya memang kuat.

info terbaru yang saya dapat dari geng cari makan ni mereka sekarang menggunakan resepi baru. tapi saya tak tanya pula apa resepi yang mereka gunakan. memang ada bezanya dengan saya yang menggunakan umpan resepi lama. moralnya disini kita kena la kreatif dan berusaha untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lebih. kalau takde sikap yang macamni macammana geng cari makan ni nak hidup sedangkan mereka hanya mengharapkan hasil jualan dari tangkapan mereka.

selepas 2 jam memancing saya berangkat pulang. maklumlah dari malam tadi kerja sampai jam 3 petang belum tidur lagi. malam ni nak kerja lagi.

-topangler81-

04 Ogos 2009

Rabok bay 3/8/09


Lama betul tak mancing kat rabok bay ni. Hari ni rasa nak mancing pula. Minggu lepas pun tengok jadual masuk ikan rabok bay ada masuk rohu 1270kg. Banyak tu. Persiapan dibuat. Umpan saya bancuh di rumah. Resepi umpan biasa yang saya gunakan. Bancuhan lembut peroi. Sehari sebelumya saya bertungkus lumus menyiapkan perambut spring. Nak siapkan 4set rasanya lama betul. Maklumlah dah lama tak buat perambut spring ni. Sekarang ni perambut ni saya belajar dari seorang rakan. Memang berkesan perambut ni lagi-lagi kalau dipadankan dengan matakail yang sesuai. Saya sampai dikolam kira-kira jam 12 tengah hari. Masa tu ada beberapa orang pemancing yang sedang memancing. Terkejut juga saya bila saya lihat air kolam agak surut dengan banyak. Masa air kurang begini selalunya ikan akan duduk di tempat dalam. Saya mula mencari tempat-tempat yang dirasakan berpotensi. Labuhan umpan pertama dijamah talapia kecil. Saya mula rasakan seperti tak berbaloi memancing harini. Saya mula melabuhkan umpan kedua. 5minit selepas itu ada satu tarikan kuat dari ikan. Rohu skala 2.6kg dinaikkan. Selepas itu ikan makan dengan galak sekali. Tiap kali melabuhkan umpan pasti ada tarikan dari rohu. Tarikan demi tarikan. Hinggakan tak sempat nak memasang umpan pada matakail. Ada 2 kali saya terkejut besar bila jatuh saja umpan diair terus disambar oleh ikan. Nasib baik joran tidak terlepas. Kalau tidak dah tentu jadi tukun dalam kolam. Selepas 2jam ikan sudah kurang galak. Tu pun gara-gara 2kali ikan terlucut. Sekali perambut putus dan sekali rabut. Memancing rohu kalau rabut ikan pun cabut. Jam yang ke3 ikan mula makan lagi. Tapi kali ini saiznya lebih kecil. Kalau tadi saiz 2kg lebih, sekarang hanya lebih kurang 1kg sahaja. Akhirnya saya mengalah selepas 3jam kerana kehadiran anak talapia yang terlalu rakus menjamah umpan. 3ekor rohu masuk ranking jackpot. 20ekor saya berjaya naikkan dalam masa 3jam memancing. Memang berbaloi rasanya. Esok saya akan bertandang lagi ke sini. Manalah tahu ada rezeki... -topangler81-

29 Julai 2009

bersedia untuk berperang

dah lama saya tak pergi memancing. malam tadi rasa teruja sangat nak pergi hari ni. segala persiapan dah saya siapkan. tup-tup hujan pula pagi ni dan kena ambil kawan pula di shah alam. saper yang tak tahu shah alam memang jem kalau hujan. tapi apa nak buat dah janji dan kerana kawan. hm.... macammana la hasilnya harini agaknya.

ada berita kolam universiti serdang masuk 1.5 tan rohu semalam..... masuk ikan lagi walaupun yang ikan yang batch sebelumya baru start nak makan..... bila masa ikan makan kita pakat pergi ramai-ramai.....

ok
salam pada semua
-topangler81-

kisah lama seri bayu tekala

Assalamualaikum semua. Esok saya akan pergi memancing, dah lama sangat saya tak memancing kat kolam seri bayu tekala semenyih ni. Anggaran saya dah dekat 3 tahun. Ingat lagi saya pada masa tu saya mula berjinak dengan dunia memancing kolam air tawar. Pada masa itu saya baru sahaja dapat satu resepi umpan dari seorang kawan. Umpan patin. Memang teruja bila dapat pergi memancing. Masa tu saya dengan seorang rakan lagi. Kami sama-sama baru berjinak memancing kolam air tawar ni. Masa tu nak ikan perambut pun masih terkebil-kebil.
Nak dipendekkan cerita. Kami sampai di kolam pada jam 9 pagi. Masa tu hari orang berkerja hari rabu, jadi kolam ni lengang la sikit. Ada la beberapa orang yang sedang memancing pada masa tu. Kami pun melabuhkan umpan. Umpan roti dibaling ketengah kolam. Selang setengah jam patin pertama menjamah umpan. Patin 4kg berjaya didaratkan selepas 15 minit perlawanan. Ikan disini lebih kuat berbanding dengan ikan dikolam tempat saya selalu memancing. Memang teruja masa tu sebab itulah ikan terbesar yang pernah saya dapat masa tu.
Tapi lagi saya terkejut balingan kedua terus ditarik selang seminit selepas balingan kedua. Tali masih lagi terapung ikan terus menarik joran. Hasilnya bunyi tali membelah air kuat sekali sampaikan kawan saya yang berada beberapa meter berpaling kearah saya. Bunyi apa tu? Katanya kepada saya. Ikan terus memecut tapi selang beberapa minit ikan berjaya melepaskan diri. Saya tarik tali dan pasang semula umpan. Balingan ketiga ikan makan lagi macam tadi dan kali ini lagi cepat. Terkejut saya sebab masa saya memasang radar ikan terus merentap joran. Nasib baik joran tak terlepas dari tangan. Beberapa minit perlawanan sang patin 3 kg berjaya dinaikkan. Balingan keempat ikan masih makan dengan galak sekali. Selang beberapa minit balingan ikan menjamah umpan. Begitulah seterusnya sehingga waktu pulang. 4 buku roti saiz jumbo habis saya gunakan seorang. Kalau ada umpan lagi pasti saya akan memancing lagi.
Balingan terakhir sudah 5 minit saya menunggu. Nampaknya ikan dah tak nak makan bisik hati saya. Saya pun mengemas beg untuk pulang. Tiba-tiba mesin berbunyi nyaring sekali. Ikan melarikan tali dengan agak perlahan. Tapi saya tak dapat mengekang lariannya. Hampir seminit ikan melarikan tali tanpa henti dan kini ia membelok ke kiri menuju tebing si bahagian kiri kolam. Saya ketatkan sedikit drag kerana saya dapat rasakan larian ikan semakin perlahan. Hati makin berdebar saya rasakan. Takut kalau-kalau tali akan terputus kerana terkena tebing. Tapi nasib tak menyebelahi saya. Tetiba ikan rabut dan tali mengendur......
Saya belek kembali apakah silapnya kali ni. Rupanya saya mengikat drag terlalu ketat kerana takut ikan lari ke tebing. Itu yang menyebabkan matakail terlucut dari mulut ikan. Itu kisah beberapa tahun yang lalu esok, tak tahu lagi apa hasilnya....

28 Julai 2009

Kolam oh kolam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ni saya dapat berita dari kawan saya. Ada beberapa buah kolam kat serdang sekarang menjadi tempat beliau cari makan. Memang senang dapat ikan kat kolam-kolam ni. Terutamanya ikan rohu. Dikatakan yang tiga kolam ni sedang berlawan tarik pelanggan. Strategi yang mereka gunakan ialah dengan menambah jumlah kemasukan ikan dan mengadakan jackpot yang tetap. Macam salah satu kolam ni memasukkan 2tan rohu dan ada jackpot khas untuk rohu. Hadiah pertama rm500. Hingga 5hadiah. Lumayan tu:-) kawan saya ni boleh dikatakan dapat membawa pulang 20-30kg ikan setiap hari. Memang lumayan. Ini adalah salah satu cara sihat dalam menarik pelanggan. Pemancing dan tauke kolam sama-sama untung:-) syabas!

24 Julai 2009

umpan busuk vs umpan wangi dan umpan peram

Salam sejahtera dan asslamualaikum kepada pembaca setia blog saya ni. Memancing air tawar memang tak lari dari umpan yang bermacam-macam. Ada yang wangi,busuk, masam dan sebagainya. Pemancing air tawar sememangnya perlu kreatif. Sepanjang pengalaman saya yang tak seberapa ni, prlbsgsi jrnid umpan dah saya cuba.
Masih saya ingat lagi bertapa mudahnya umpan dulu-dulu. Kadangkala dengan menggunakan dedak ayam dan sedikit campuran sahaja dah boleh menaikkan ikan berbelas kilo. Kalau memancing rohu umpan yang paling senang dan gerenti makan ialah dengan menggunakan dedak ayam kuning+minyak ikan. Boleh dikatakan semua spisis pernah saya dapat menggunakan umpan ini.
Kemunculan umpan wangi terutamanya power bait pada tahun 2004 umpama satu nafas baru dalam dunia memancing. Semasa awal kemunculannya saya seakan pelik kerana dengan paket yang sebesar itu harganya mencecah rm3 sepeket. hingga sekarang power bait memang popular sebagai penambah perisa bagi umpan memancing
ingat lagi saya masa mula-mula menggunakan umpan wangi ni saya letak 2 paket powerbait sekaligus. akibatnya tiada seekor ikan pun yang menjamah umpan saya pada masa tu. umpan menjadi terlalu wangi hinggakan seperti mematikan umpan. bila dicium bau umpan menusuk ke hidung dan selepas itu baunya seakan hilang dari hidung. umpama baunya terlalu tepu. ikan memang sensitif dengan bau-bauan ni. kalau terlalu kuat ia seakan menghalau ikan, jika terlalu slow maka lambatlah untuk ikan mengesan umpan. pemancing harus tahu bagaimana menyediakan umpan yang baunya sesedap rasa. macam meggi cukup rasa la pulak.

umpan busuk biasanya sinonim dengan ikan catfish seperti patin dan keli. bau busuk yang agak kuat biasanya akan lebih cepat menarik perhatian spisis catfish ini. umpan busuk biasanya terdiri dari umpan-umpan peram. ramuan umpan peram ni ada bermacam-macam dari kelapa parut hinggalah organ dalaman haiwan seperti perut atau hati ayam.
umpan peram juga ada berbagai cara peraman. ada yang diperam didalam botol dan ada juga yang perlu ditanam didalam tanah. ada juga yang mengambil masa yang lama untuk memeram umpan dan kadangkala ia boleh mencecah 2 tahun! ada satu umpan rohu yang paling mujarab dalam simpanan saya memerlukan masa 2 tahun untuk diperam. yang menariknya umpan ini tidak berbau busuk atau masam sebaliknya ia berbau wangi setelah diperam selama 2 tahun. tepuk dada tanya selera.

23 Julai 2009

blog hit counter

salam sejahtera kepada anda semua. harini saya baru je masukkan blog hit counter dalam blog saya ni. bila masuk je counter hit tu alangkah terkejutnya saya bila melihat counter itu!!! angka yang ditunjukkan tak munasabah bagi saya. sedangkan harini tak sampai beberapa jam saya masukkan hit counter tersebut angkanya sudah menjangkau puluhan ribu. saya memang kurang arif dengan internet ni. jadi saya perlukan bantuan rakan sekalian untuk saya lebih memahami tentang hit counter ni. apakah maksudnya dan bagaimana ia berfungsi.... harap dapat feedback dari anda semua. jangan lupa emaikan kepada saya kalau anda tidak mahu menghantar sebarang komen

Midnight pekej

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. dah lama juga saya tak dapat update blog saya ni sebab internet broadband yang saya gunakan ada masalah. ini baru ok..... bacalah blog terbaru saya...

Lama juga saya tak memancing midnight pekej. Dah lebih kurang 2tahun saya tak memancing pekej ni. Kalau dulu tu selalu la jugak. Dulu masa pertandingan cangkuk (bebas) selalu la saya memancing malam ni. Saja nak tambah skill la katanya. Kengkandang tu balik rumah terus kena urut tangan tu sebab semalaman merembat. Malam kelmarin saya cuba la mancing pekej malam ni. Hati pun rasa berkobar-kobar. Maklum saja la dah lama tak mancing malam. Dari petang persediaan dah di buat. Beberapa jenis umpan dibawa. Kalau tengok beg tu macam nak pergi camping la pulak. Kami bertiga sampai ke kolam lebih kurang jam 12.05 malam. Ingatkan kami je yang memancing malam tu tapi ada lebih kurang 20 orang pemancing di kolam tu. Memancing ramai macam ni memang best. Saya pun mula mencapai perambut untuk memasang umpan. Roti di cucuk pada matakail dan akhirnya kepalan lembut roti dilakukan. Kini umpan berbentuk seperti kepompong sebesar penumbuk kanak-kanak. Balingan pertama dilakukan ketengah kolam. Selang lebih kurang seminit saya mula memasang radar. Adalah penting untuk menunggu umpan jatuh seketika sebelum memasang radar bagi mengelakkan tertarik umpan roti lembut tadi yang akan menyebabkan roti terburai dari matakail. Setengah jam saya menanti. Tapi umpan tidak dijamah oleh ikan. Selang beberapa lama, saya mula menukar umpan. Kali ini saya gunakan umpan kelapa peram. Umpan ni biasanya dapat menjinakkan patin skala 2kg keatas. Tapi malam ini segalanya tak menjadi. Tiba-tiba ada tarikan dari sang ikan. Rakan saya membiarkan sahaja. Tarikan dari ikan perlahan dan menyentap. Sentapan ikan beberapa kali tapi tak dapat menarik drag dari kelili. Ikan menarik lagi. Dan masih sama ia tak dapat mengeluarkan tali dari kekili. Akhirnya joran diangkat tinggi. Lenturan joran menandakan ada mangsa terlekat di mata kail. Mangsa meronta ingin melepaskan diri tapi matakail berjaya mengunci kemas. Selang beberapa saat, saya terlihat riak air menandakan mangsa sudah hampir ketebing. Dan mangsa pertama kami adalah keli skala 1kg. Kami mula bersemangat kembali. Di penjuru kolam kedengaran ada pemancing sedang bertarung dengan ikan. Bunyi kelili plastik yang nyaring menyebabkan pemancing lain semakin gian. Perlawanan hampir 15minit itu akhirnya dimenangi oleh pemancing. Patin skala 4kg menjadi habuan. Memang geram bila tengok orang lain naikkan ikan besar. Kami semakin bersemangat bila dapat melihat patin sebesar itu. Umpan ditukar lagi... Malam tu ikan kurang galak makan. Memang slow. Satu kolam cuma beberapa ekor sahaja yang berjaya dinaikkan. Mungkin kerana hujan sepanjang hari. Hujan mulai turun pada jam 4pagi. Dan pada masa itulah ikan mula bangkit seleranya. Lebih kurang jam 4.10pagi pemancing sebelah saya mendapat tarikan. Kali ini ikan menarik dengan kuat sekali. Perangainya tak ubah seperti lembu. Tarikan tanpa henti dan beberapa benaman membuatkan kami semakin geram. Selang 20minit patin 6kg berjaya dinaikkan. Patutlah kuat lawannya. Selang beberapa ketika umpan dijamah lagi. Tapi kali ini patin kecil yang menjamah umpan. Tak sampai 1kg pun berat anggaran. Dari pukul 4pagi hingga 6 pagi lebih kurang 10ekor patin berjaya dinaikkan. Ada juga yang berjaya melepaskan diri dengan membelitkan tali pada tunggul kayu. Pada sesi memancing kali ini dapat saya simpulkan Perubahan cuaca memang akan mengubah selera dan perangai ikan. Cuaca sejuk mungkin menyebabkan ikan lebih suka mendiamkan diri di dalam lubuk. Perubahan cuaca mendadak mungkin boleh merubah selera ikan dari mogok lapar ke galak makan atau sebaliknya. Renungkanlah

19 Julai 2009

info dan ebooks

argh... susahnya nak mencari ebook memancing dalam bahasa malaysia ni. kebanyakkannya dalam bahasa inggeris sahaja. saya ni dah la tak lancar dalam bahasa inggeris. saya ni pun peminat majalah memancing. banyak yang dah saya kumpulkan. kalau tengok kat rumah tu boleh jadikan macam perpustakaan memancing. bila saya belek majalah tu terjumpa la pulak satu majalah yang berasal dari negara kanggaro. walaupun saya tak berapa faham sangat bahasa inggeris ni saya boleh lihat dalam majalah mereka ni, mereka sangat mementingkan teknik. banyak saya lihat mereka menggunakan teknik baru. pelik tapi benar bila saya lihat mereka gunakan belon sebagai pelampung. ada pulak yang memancing menggunakan kayak. ikan yang mereka naikkan juga dilepaskan semula. hanya yang bersaiz tertentu sahaja dinaikkan. itupun ada limit. seorang hanya menaikkan 2 ekor sahaja. seekor mereka jadikan makanan dan seekor lagi mereka bawa pulang untuk dijual. mereka ni memang ikut betul undang-undang dan syarat yang dikenakan. kalau kita disini dah pasti kita akan bawa pulang semua ikan....

dalam dunia it sekarang ni saya pasti ramai pemancing yang mencari info dan ebook tentang memancing ni. tapi susah la nak jumpa dengan ebook dalam bahasa melayu dan ebook yang mengisahkan tentang pemancing dan pancingan di negara kita. saya rasa kalau saya buat ebook ni boleh laku ke? saya perlukan pandangan anda

05 Julai 2009

pemancing moden umpan lama

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada para pembaca sekalian. kali ni saya nak berkongsikan pengalaman saya memancing baru-baru ini.
baru baru ni saya memancing kat salah satu kolam yang selalu saya pergi. macam biasala saya gunakan umpan biasa saya untuk memancing rohu. ikan makan tak berapa galak. maklumlah semalam hujan dan sekarang ni cuaca dah berubah. kadangkala panas yang melampau dan kadangkala hujan.

saya melabuhkan umpan dan bacaan selawat dan bismillah sebagai permulaan. kita dah berusaha dan bertawakkal. itu adalah salah satu tips yang dapat saya berikan. bagi yang bukan beradama islam boleh lah membaca doa mengikut kepercayaan masing-masing.

ikan mula makan bila cuaca beransur panas. dan bila terlalu panas, ikan mula mendiamkan diri dan kebanyakkannya hanya berlegar di permukaan. bila itu terjadi saya menukar teknik menggunakan pelampung pula. saya gunakan pelampung sepanjang 6 inci. memang ikan galak makan dengan menggunakan pelampung pendek.

tak lama kemudian ada seorang pemancing datang ke tempat saya. dapat ke? katanya dengan nada selamba. saya hanya tersenyum dan menyatakan adalah sikit. beliau mula memasang umpan dan terus cast. kami berborak pasal memancing ni. beliau mengatakan yang dulu memang ikan senang dapat tapi sekarang ni susah sikit nak dapat. tak tau la tauke ikan bagi makan apa.

sreet mesin katak berbunyi, ikan mula makan lagi dan ikan skala 1.5kg dapat saya naikkan. selang beberapa minit ikan menjamah lagi. kali ini ikan agak kecil sedikit. masa ni ikan sangat galak makan. saya cepat-cepat menggentel umpan. dan belum sempat habis satu set perambut, ikan makan lagi. pemancing tadi hanya melihat sahaja. beliau merungut kerrana ikan tak nak makan umpannya.

saya memberikannya umpan yang saya gunakan kepadanya, tapi beliau menolak. takpe la katanya. dulu umpan ni aku guna memang boleh cari makan. saya terdiam sahaja. saya tak nafikan mungkin itu dulu.... saya hanya pendamkan dalam hati sahaja takut-takut nanti lain pula jadinya.

mungkin ada pengajaran yang boleh anda ambil dari cerita saya ini. sebagai pemancing saya bukan kedekut nak kongsi umpan atau ilmu tapi saya tak dapat nak membantu jika anda sendiri tidak ingin membantu diri anda. jadikan ini sebagai pedoman

nabi pernah bersabda
hari ini lebih baik dari semalam.
tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad

sekian
-topangler81-

29 Jun 2009

Anjakan paradigma

Kita sering mendengar perkataan anjakan paradigma. Tak kira lah dari radio, tv dan sebagainya. Perkataan ini juga sangat bermakna dan berkait rapat dengan para pemancing seperti kita. Sedarkah kita dunia memancing hari ini semakin berubah. Kalau dulu kita hanya menggunakan ranting pokok dan tali tangsi bermatakail sekarang kita telah pun menggunakan kekili elektrik dan sebagainya. Kita selalu tertarik dengan barangan baru yang semakin canggih. Kalau masuk ke kedai pancing tu macam-macam yang hendak dibeli. Kadangkala pemancing juga akan bersikap boros. Tapi jangan sampai anak bini tak makan kat rumah tu sudah la. Kita selalu di pertontonkan dengan peralatan yang mencecah ribuan ringgit. Selalunya video memancing akan menunjukkan barangan yang mahal. Itulah antara cara penaja untuk mempromosikan barangan mereka. Barangan dari negara jepun biasanya menjadi kegilaan para pemancing. Mereka ni memang terkenal dengan sikap hendak menghasilkan yang terbaik. Sikap ini seharusnya menjadi ikutan. Tak kiralah dalam memancing ataupun dalam melakukan pekerjaan. Ramai dikalangan pemancing yang berjaya mendedikasikan hidup mereka untuk menjadi pemancing yang berjaya. Kadangkala mereka mencipta teknik dan cara tersendiri. Ramai yang menjadi juara kerana teknik rahsia mereka. Tak kiralah samaada mereka pemancing baru atau lama. Sikap ini harus ada pada kita semua. Dan tanamkan sikap untuk menjadi yang terbaik

26 Jun 2009

saya perlukan bantuan anda


asslamualaikum kepada para pembaca yang budiman. ribuan maaf kerana kesulitan yang anda alami kerana saya telah memindahkan laman blod ini ke laman yang baru. terima kasih kepada para pembaca yang setia. mungkin ada page yang tak sempat saya pindahkan tapi anda masih boleh kelaman yang lama. lupa pula saya bila blog ni akan dipindahkan.

saya rasakan dalam blog yang baru ni lebih banyak ciri yang boleh saya masukkan. tak kurang juga fungsi blog yang agak berlainan agak menyukarkan. mungkin ada dikalangan anda yang boleh membatu saya dalam menghasilkan blog yang lebih menarik.
segala komen dan pendapat anda amat saya perlukan dan jadi jangan lupa hantarkan respone anda pada blog saya.

anda juga boleh berkongsi pengalaman dengan saya dan pembaca blog yang lain dengan menghantarkan pengalaman anda kedalam blog saya. hantarkan ke email saya dan saya akan masukkannya dalam blog saya ni. semoga kita bersama-sama memperoleh ilmu dan manafaat

sekian
-topangler81-

22 Jun 2009

tips memancing patin

Tips memancing patin
tips memancing patin
-memancing pada awal pagi kerana ikan ini aktif pada waktu awal pagi.
gunakan matakail dan cili yang sesuai- biasanya saya menggunakan gamakatsu stainless steel saiz 15-21 atau owner saiz 3/0
matakail mestilah ringan dan tajam.
-gunakan cara yang sesuai=
ikan bermain diatas air= gunakan teknik apung
tiada ikan bermain air=gunakan teknik dasar

gunakan roti yang lembut dan lembik jika memancing kolam, jika memancing di lombong gunakan roti keras supaya balingan jauh boleh dilakukan.
roti teras perlu dicucuk pada matakail

jenama roti yang biasa saya gunakan
1. roti sedap
2. roti family
3. roti mighty white
4. roti berger(perlu ada roti sanwich utk teras)


jika ikan sering makan umpan dengan cara yang lemah gemalai. kendurkan tali pada balingan seterusnya. biarkan tali kendur, dengan cara ini ikan tidak akan merasa ada halangan pada umpan dan biasanya akan memakan umpan. saya dapati cara ini efektif bagi kolam atau tasik yang ikannya selalu menghadapi tekanan dari pemancing.

gunakan teknik merasuah pada satu tempat sahaja.

biasanya patin kecil dan besar lain cara makan.
patin kecil= tarikan terus memecut
patin besar= agak perlahan dan kadangkala seperti anak tangga. tarikan terus dan perlahan dan pada masa ini joran perlulah diangkat tinggi tapi jangan sembat

tips memancing tongsan

1. Ramuan umpan yang biasa digunakan adalah yang berbau wangi seperti pandan dan pisang.
2. Umpan hendaklah peroi, jangan diramas
3. Perhatikan riak air kolam. Biasanya ikan ini akan menghasilkan gelombang seperti kapal selam dan bergerak perlahan. Jika terdapat riak air yang banyak pancing dikawasan itu.
4. Gunakan teknik apung. Biasanya lebih cepat menghasilkan tangkapan. Jika memancing dasar gunakan spring atau cili besar.
5. Gunakan matakail yang ringan dan kuat serta tajam seperti gamakasu@ daiichi.
6. pada matakail cucuk bahan terapung seperti gabus@pallet. pastikan matakail terapung sedikit. ini bagi memudahkan ikan menyedut umpan dan matakail.

apa yang palng penting adalah kesabaran. memancing tongsan ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi. tongsan ini selalunya makan dengan cara yang sangat perlahan. kadangkala rasa macam nak rembat je pancing tu... mana boleh tahan tengok tali naik turun.

tips memancing rohu

Rohu.. saya rasakan ianya ikan yang paling glemer dikalangan para pemancing kolam. ramai para nelayan kolam yang menjadikan ikan ini sebagai target spesis mereka. rohu jugalah antara ikan air tawar yang paling mudah dijual dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi terutama di kawasan selangor dan lembah kelang.

1. umpan memancing rohu adalah berbeza antara kolam, tapi kunci utama ialah dedak.
2. bau dedak biasanya hendaklah lembut
3. gunakan umpan lembik@lembut
4. merasuah pada satu tempat sahaja
5. biasanya ikan akan menghasilkan buih 2@3 biji yang agak besar lebih kurang sebesar hujung jari kelingking. kalau banyak terdapat buih tersebut pada satu-satu kawasan biasanya ikan berkumpul di kawasan itu.
6. gunakan matakail yang tajam dan kuat. biasanya ramai pemancing yang menggunakan mata udang eagle wave saiz 12-13. saya lebih suka menggunakan mata kail jenama barkley chinu saiz 3-5.
7. saiz matakail hendaklah dipadankan dengan saiz ikan yang hendak dipancing jika tidak ikan akan mudah melepaskan diri.
8. ada pelbagai campuran dedak

berikut adalah campuran yang biasa saya gunakan
1. dedak ayam kuning(di blender)+dedak bomb AA+minyak lucky star
2. dedak bomb AA+power bait 002
3. dedak udang(ada yang memanggil dedak taiwan)+cargil 6113
4. pallet makanan ikan

kunci utama memancing rohu adalah masa, kawasan dan rasuah setempat
masa- masa memancing biasanya dalam masa 3 hari-7hari selepas tarikh kemasukan ikan.
- biasanya ikan akan makan pada satu-satu masa sahaja. kadangkala ikan makan petang, pagi, atau tengah hari. ikan sangat kurang makan pada waktu malam

kawasan- ikan ini biasanya akan makan pada satu-satu kawasan. jadi kalau ada member yang gasak pada satu kawasan jangan segan silu nak pancang sebelah. kawan tu jangan la marah pulak kalau ada orang nak mancing sebelah. sporting la sikit kawan kawan.

rasuah setempat- baling umpan pada satu spot sahaja. itu yang paling penting. ikan akan datang mencari umpan.

pertanyaan dan borak borak pancing