02 November 2010

test field- kolam pancing seksyen 24.



besarnya kolam ni


isnin lepas saya bertandang ke kolam pancing seksyen 24 shah alam. Penuh dengan harapan kerana 2kali kesana saya masih tak dapat menjinakkan ikan idaman saya. Sang patin. Kali ini saya lebih bersedia. Kekili katak tica 554 disematkan tali sufix 12paun dan di gandingkan dengan joran abu garcia conolon 6.6kaki. Saya kesini sebenarnya untuk mengkaji panjang perambut yang paling berkesan disini. Saya berbekalkan perambut tali sulam sepanjang 8 inci dan matakail circle hook. Gandingan yang mantap untuk ikan yang membuat hit n run macam patin dan pacu.
Dulu saya gunakan perambut tak sampai 6 inci tapi selepas membuat perbandingan dan pemerhatian perambut panjang adalah lebih baik
Nampak sungguh banyak sekali patin bermain air. Umpan roti mighty white dan perisa strawbery saya labuhkan tepat jam 7.45 pagi. Tak sampai pun 10 minit umpan telah dijamah ikan. Gaya tarikan memang sah patin punya angkara. Tarikan kuat saya rasakan kerana ikan terus membenam tanpa henti. Drag saya ketatkan untuk menahan ikan yang semakin jauh ke tengah kolam. Selepas beberapa minit tali mengendur dan ikan berjaya meloloskan diri. Tension betul....
Bila saya check matakail masih ada menandakan ikan rabut. Dari gaya tarikannya mungkin patin lebih 6kg. Kawan saya yang memancing bersama turut hampa bila ikan terlepas.
Balingan kedua saya dekatkan sedikit. Dan sekali lagi dijamah ikan tak sampai pun 10 minit. Kali ini tongsan 6.6kg berjaya didaratkan.






tongsan 6.6kg

selepas saya berjaya menaikkan ikan tongsan ini, bertalu-talu ikan menjamah umpan. tak lama saya menunggu dan ada beberapa kali umpan jatuh ke air terus dijamah. nasib baik ikan tak menyambar umpan semasa umpan berada diudara. kalau berlaku perkara macamtu tak tahulah saya apa nak dikata. memang menghairankan kerana boleh dikatakan semua pemancing yang memancing pada hari tersebut mendapat sambutan yang memeberangsangkan dari ikan. ikan macam tak tahu takut nak makan umpan bermatakail. beberapa kali juga saya lihat ada ikan yang berjaya meloloskan diri dengan memutuskan tali.


dalam masa 3 jam memancing disini saya mendapat 20 tarikan dari ikan tapi hanya 6 ekor sahaja berjaya saya naikkan. seekor tongsan 6.6kg, seekor pacu 4kg dan 4 ekor patin seberat 4-6 kg. yang lain berjaya memutuskan tali dan beberapa kali ikan rabut.


kesimpulan yang saya dapat memancing hari ini

1. gunakan perambut yang agak panjang sekurang-kurangnya perambut tali sulam 12 inci

2. jangan gunakan circle hook- gunakan matakail yang ringan dan tajam seperti daiichi dll

3. balingan ketengah kolam sangat perlu untuk cepat mendapat tarikan ikan

4. gunakan 1 matakail sahaja untuk mengelakkan sangkut

5. drag disetkan kuat dan ketat kerana tak mahu ikan masuk ke kawasan sangkut

6. gunakan tali yang agak kasar 15-20lb

7. joran panjang sangat perlu untuk balingan sekurangnya sepanjang 6 kaki kerana kolam ini besar.

8. gunakan umpan yang lembut



ini adalah resepi umpan yang saya gunakan

1. 10 biji gula-gula strawberi fruit plus dicairkan

2. strawberi emalco 10ml

3. power bait kuning


cara pembuatannya ialah- rendamkan gula-gula dalam segelas air tunggu sampai cair. kemudian masukkan 10ml strawberi emalco. masukkan cairan gula dan strawberi tadi dalam bekas botol atau spray. potong roti dan kemudian taburkan sedikit power bait 003 pada roti dan siramkan sedikit cairan gula gula tadi pada roti. cangkukkan roti pada matakail dan terus memancing. selamat mencuba.



pertanyaan dan borak borak pancing