24 Julai 2009

umpan busuk vs umpan wangi dan umpan peram

Salam sejahtera dan asslamualaikum kepada pembaca setia blog saya ni. Memancing air tawar memang tak lari dari umpan yang bermacam-macam. Ada yang wangi,busuk, masam dan sebagainya. Pemancing air tawar sememangnya perlu kreatif. Sepanjang pengalaman saya yang tak seberapa ni, prlbsgsi jrnid umpan dah saya cuba.
Masih saya ingat lagi bertapa mudahnya umpan dulu-dulu. Kadangkala dengan menggunakan dedak ayam dan sedikit campuran sahaja dah boleh menaikkan ikan berbelas kilo. Kalau memancing rohu umpan yang paling senang dan gerenti makan ialah dengan menggunakan dedak ayam kuning+minyak ikan. Boleh dikatakan semua spisis pernah saya dapat menggunakan umpan ini.
Kemunculan umpan wangi terutamanya power bait pada tahun 2004 umpama satu nafas baru dalam dunia memancing. Semasa awal kemunculannya saya seakan pelik kerana dengan paket yang sebesar itu harganya mencecah rm3 sepeket. hingga sekarang power bait memang popular sebagai penambah perisa bagi umpan memancing
ingat lagi saya masa mula-mula menggunakan umpan wangi ni saya letak 2 paket powerbait sekaligus. akibatnya tiada seekor ikan pun yang menjamah umpan saya pada masa tu. umpan menjadi terlalu wangi hinggakan seperti mematikan umpan. bila dicium bau umpan menusuk ke hidung dan selepas itu baunya seakan hilang dari hidung. umpama baunya terlalu tepu. ikan memang sensitif dengan bau-bauan ni. kalau terlalu kuat ia seakan menghalau ikan, jika terlalu slow maka lambatlah untuk ikan mengesan umpan. pemancing harus tahu bagaimana menyediakan umpan yang baunya sesedap rasa. macam meggi cukup rasa la pulak.

umpan busuk biasanya sinonim dengan ikan catfish seperti patin dan keli. bau busuk yang agak kuat biasanya akan lebih cepat menarik perhatian spisis catfish ini. umpan busuk biasanya terdiri dari umpan-umpan peram. ramuan umpan peram ni ada bermacam-macam dari kelapa parut hinggalah organ dalaman haiwan seperti perut atau hati ayam.
umpan peram juga ada berbagai cara peraman. ada yang diperam didalam botol dan ada juga yang perlu ditanam didalam tanah. ada juga yang mengambil masa yang lama untuk memeram umpan dan kadangkala ia boleh mencecah 2 tahun! ada satu umpan rohu yang paling mujarab dalam simpanan saya memerlukan masa 2 tahun untuk diperam. yang menariknya umpan ini tidak berbau busuk atau masam sebaliknya ia berbau wangi setelah diperam selama 2 tahun. tepuk dada tanya selera.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM, hai bro topangler81, sy apu, br aje berjinak dlm bidang memancing kat kolam ni, sy nk tanya sikit, mcm mana kita nk tahu yg campuran power bait tu dah betul?
terima kasih..
(aifamok@yahoo.com)

Unknown berkata...

salam. campuran power bait ni macam-macam. semua bergantung kepada bau. ikut la spisis apa yang bro nak pancing. kalau spisis kap macam rohu bau power bait tu hendaklah lembut sahaja. kalau cium bau umpan tu kita boleh bau dedak+ bau power bait. kalau bau dedak aje tambah sikit power bait dan sebaliknya. selalunya 1 peket power bait boleh guna 3-4kali bancuh umpan. kalau spisis catfish macam patin perlu bau yang kuat sikit. tapi jangan terlalu kuat

Tanpa Nama berkata...

Salam, Bro topangler, sy nk tanya klu utk ikan patin mcm mana pulak... apa umpan yg SELALU bro gunakan, wangi ke masam? sy harap bro dapat huraikan mengenai umpan patin ni, klu bro sudi kongsi la umpan patin yg terbaik dr koleksi bro..
TQVM
AIFAMOK@YAHOO.COM

Unknown berkata...

salam. umpan patin saya selalu gunakan umpan wangi atau bau lemak. saya tak suka gunakan umpan busuk. itupun kena tengok la tempat kita memancing tu. umpan paling senang ialah
power bait kuning(paket kuning)+strawberry emalco campurkan pada roti potong dadu.
cubalah....

Tanpa Nama berkata...

salam saya nie baru jer berjinak2 dlm bidang memancing...bab umpan power nie tertarik juga dgn tajuk saya pun mcm saudara juga macam2 dah cuba bab umpan ni..mmg klu bab umpan tampa campuran yg pelik2 alamat kumpau membangau lah kita ..tapi saya selalu guna dedak bilis campur kerisik and sedikit santan pekat dicampurkan ke dedak sesuai untuk mendaratkan berbagai ikan..alhamdulillah tiap kali turun tk hampa...tp itu semua bergantung dgn ketentuan ilahi juga klu rezki byk ..alhamdulillah yg penting kita perlu bersyukur dan sabar sewaktu mancing ..

Arecap trueno berkata...

Sy pnh gunakn umpn bilis je semata-mata gara2 terlupa mmbwa umpn.2 pn kolam pancing berkenaan kehabisan stok pelbagai umpn.tp alhmdulilah...rezeki Allah..hr 2 rohu 9ekor,purata 1.5kg-4kg seekor n talapia merah 4ekor...

pertanyaan dan borak borak pancing