19 Ogos 2011

pemancing dan ramadhan



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. apa khabar? harap semuanya sihat dan sejahtera. harini dah masuk hari yang ke 19 kita akan berpuasa. macammana puasa anda tahun ni? malam ni dah masuk malam 10 terakhir. kita digalakkan untuk beramal ibadat dengan lebih tekun kerana memanti kedatangan malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar. namun bagi pemancing tegar, tak kisahlah sama ada bulan ramadhan atau tidak memancing tetap memancing. kalau dah namanya nelayan....

tak salah sebenarnya memancing pada bulan ramadhan ni. cuma pemancing itu sendiri perlu mempunyai daya ketahanan dan niat yang betul. jangan pula jadikan memancing sebagai alasan untuk anda tidak berpuasa. dan lebih malang lagi kalau ada yang tidak berpuasa dikolam pancing dan bila balik rumah berlakon seperti orang yang sedang keletihan berpuasa. apa pun ianya terpulang kepada anda. saya juga selalu memancing pada bulan ramadhan tapi tak pernah saya jadikan alasan kepanasan dan kepenatan memancing untuk tidak berpuasa. kalau kita niat memancing mencari rezeki untuk keluarga dan hasil tangkapan yang kita dapat tu dijadikan juadah berbuka dan dibahagikan pula pada jiran-jiran kan amat besar pahalanya.....

okla saya nak kongsikan sedikit tips yang saya amalkan semasa memancing pada bulan ramadhan

1. memancing pada awal pagi dan balik sebelum tengah hari
2. pakai baju lengan panjang dan bertopi
3. pilih tempat atau lubuk yang ada pokok
4. layan ikan dengan tenang dan bersahaja
5. banyakkan berzikir semasa menunggu ikan menjamah umpan dan jangan berborak
6. niatkan dalam hati memancing untuk mencari rezeki
7. sedekahkan hasil tangkapan untuk dinikmati sesama jiran

itu sahaja rasanya... oh ya jangan lupa semasa memancing jangan pula gatal-gatal bawak makanan atau minuman kalau kalau terasa lapar dan dahaga. kalau macamtu memanglah akan kantoi puasa.

sekian
Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing