23 September 2012

insi ketukan siakap....

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.... lamanya saya tak update pasal mancing dalam blog ni...... post saya sebelum ni mengenai video seminar affiliate. kepada yang dah click dan suscribe terima kasih saya ucapkan, kepada yang belum apa tunggu lagi....



hm........ ada pertanyaan tentang ketukan pertama siakap kat shout box... macam best nak buat topik ni.. ketukan siakap ni biasanya agak perlahan jika nak dibandingkan dengan sambaran haruan. cuma kalau ikan haruan yang menyambar umpan kita akan nampak secara mata kasar tapi siakap ni plak dia ketuk dalam air jaidi memang rasa perlahan jer. masa mula memancing siakap dulu rasa ketukan siakap ni seakan rasa umpan terlanggar dasar kolam..... macammana nak cakap yer?????? memang agak .... semuanya berdasarkan pengalaman.....

cuba tonton video ni...
bayangkan udang tu adalah umpan yang anda sedang casting. sambaran pertama siakap tu yang menghasilkan ketukan, kemudian buka bail arm dan bagi tali..... perhatiikan ikan mengambil masa beberapa saat untuk menelan umpan.... jika terlalu awal sentap pada masa ni, selalunya ikan akan rabut..........



untuk mengelakkan rabut, gunakan matakail yang agak kecil ataupun gunakan circle hook.... tapi perlu diingat kalau menggunakan circle hook jangan sekali kali sentap joran. biarkan ikan larikan umpan. ketatkan tali dan layan..... selalunya dengan teknik ni matakail akan melekat pada bibir ikan sahaja. jadi boleh la jimat perambut dan matakail....

saya harap penjelasan ni dapat difahami semua.....

selamat memancing
pacak!!!!!!!!!!!!

oh ya.... bila nak dapat siakap sebesar ni

-topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing