11 September 2010

tips pancingan tongsan kolam



assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia dan selamat hari raya. terima kasih kerana melawat blog yang tak seberapa ni. lamanya saya tak selitkan info mengenai pancingan kolam air tawar. terima kasih kerana ada yang bertanya tentang tips pancingan tongsan.

tongsan merupakan ikan yang ikan yang agak kurang aktif di kolam. kebanyakan masa ikan ini akan berlegar berdekatan dengan permukaan kolam. selalu kita akan nampak olak air sebab ikan ni selalu berlegar di permukaan. tabiat pemakanan pulak ikan ni suka makan dengan cara menyedut. mulut pulak besar menandakan yang ikan ni menggemarkan umpan yang agak banyak dan besar. selalunya ikan ni akan galak makan dipermukaan juga. saya pernah mendapat 5 ekor tongsan dalam masa 2 jam memancing.

tongsan tidaklah kuat melawan, set 8-12 paun pun dah best nak layan tongsan ni. tapi kenala sesuaikan dengan umpan dan perambut yang digunakan. jika terlalu halus tali maka tali akan terputus semasa balingan umpan dibuat.

tips memancing tongsan

1. gunakan umpan yang banyak dan murah contohnya dedak hong (dedak padi). kalau berduit lebih boleh la gunakan dedak bomb coklat.

2. gunakan umpan yang agak wangi tapi jangan terlalu wangi. saya selalu gunakan perisa pisang cap star brand atau cap ros beberapa titik untuk dicampurkan kedalam umpan. atau boleh gunakan power bait hijau dan kepala tongsan


perisa pisang yang saya gunakan.

3. gunakan pelampung. perambut pulak lebih kurang 3 kaki sahaja.

lihat bertapa dekatnya pelampung dengan spring


4. gunakan spring dan kepalkan umpan pada spring. kalau gunakan pelampung matakail tak perlu diletakkan umpan. biarkan terdedah pun boleh. tongsan tak kisah.
kalau tak gunakan pelampung, letakkan bintil polisterin kat mata tu. test kat air terapung ke tidak. kalau terapung dah ok dah.



5. gunakan matakail yang agak besar kalau menggunakan 2 matakail seperti saiz 3/0 atau 5/0.

6. perhatikan permukaan kolam, dan memancinglah dikawasan yang terdapat olak air yang menandakan ikan tongsan berada dikawasan itu.

7. dan yang paling penting umpan hendaklah peroi. jika gunakan pelampung jangan terlalu peroi nanti umpan tak lekat kat matakail.



selamat mencuba dan selamat berjaya dengan pancingan tongsan.
oh ya macammana nak tahu yang umpan tu peroi atau tak. bancuhlah umpan dengan memasukkan air sedikit demi sedikit. gaulkan umpan tapi jangan dikepal umpan tu. bila letak kat perambut pelampung akan tenggelam dan nampas sedikit sahaja pelampung yang timbul. lama kelamaan pelampung akan timbul sepenuhnya. jangkamasa pelampung untuk timbul sepenuhnya lebih kurang dalam 15 minit. kalau terlalu cepat maknanya umpan terlalu peroi dan kalau lama sangat maknanya umpan terlalu kental. jika terlalu peroi tambahkan sedikit air, kalau terlalu kental tambahkan dengan dedak sedikit demi sedikit. genggam umpan dengan kuat dan cuba gosokkan dengan kedua belah tangan. pastikan umpan akan kembali kepada keadaan peroi lepas digosok.

sekian

08 September 2010

selamat hari raya aidilfitri

assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir kepada semua. Harap ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan.

pertanyaan dan borak borak pancing