09 Ogos 2009

Jampi dukun dan prewang

Harini masa saya nak bayar masuk memancing, pihak kolam mengatakan ada yang komplain. Mereka tanya kat penjaga kaunter jampi apa yang saya guna. Orang lain susah nak dapat ikan tapi saya senang. Terdengar je soalan tu keluar dari penjaga kaunter saya terus beristifar. Sampai macam tu sekali andaian mereka. Rezeki di tangan Allah dan kita perlu berusaha mendapatkannya. Dengan nada perlahan saya menidakkan apa yang diperkatakan oleh si penjaga kaunter tadi. Memang tak pernah pun saya lakukan. Apa yang saya amalkan ialah bismillah dan selawat. Mungkin ada beza dalam bab umpan dan perambut kerana setiap orang punya citarasa sendiri. Saya bukanlah jenis orang yang kedekut ilmu. Kalau tak takkan saya sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman saya menerusi blog ni. Saya harapkan anda sebagai pemancing perlu membuang prasangka seperti itu jauh-jauh. Jika ada sikap yang macam tu macam mana kita nak maju. Perlu ada sikap ingin belajar dan berusaha. Pasti akan berjaya. Lagi satu, kita boleh la amalkan selawat, ayat seribu dinar dan doa. Kita kena yakin dan bertawakkal. -topangler81-

Umpan oh umpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Harini satu pengalaman menarik saya nak kongsikan kepada anda. Hari ni sabtu jadi kat rabok bay ni ada la game cari spesis tongsan sisik halus. Kadar bayaran masuk pun macam biasa je. Dari rumah saya dah siapkan umpan. Saya gunakan dedak ayam kuning+perasa pisang,. Saya kehabisan stock dedak. Dedak ayam je yang ada tu yang saya gunakan. Saya masih gunakan perambut spring. Memancing tongsan memerlukan umpan yang peroi. Jadi penggunaan spring adalah sangat praktikal. Oleh kerana pertandingan biasa ni pemancing dibenarkan guna hingga 5 matakail. Satu kelebihan kepada pemancing. Jam 2.45pm umpan pertama dilabuhkan. Dan setiap 15minit umpan ditukar. Penggunaan umpan peroi memerlukan penukaran umpan selepas 10 hingga 20minit. Tujuannya ialah untuk membuat satu longgokan makanan yang akan memanggil ikan datang. Balingan yang tepat juga sangat penting. Saya gunakan palet sebagai bahan apung. Saya tak gunakan polisterin. Ada tujuannya. Selepas 40minit seekor rohu melompat tinggi menandakan yang ia sedang bergelut melepaskan diri dari matakail. Saya pun menuju ke joran dan bila joran diangkat, tali sudah kendur. Ikan berjaya melepaskan diri. Saya mula terfikir apa silapnya. Rupa- rupanya drag diikat terlalu ketat. Saya melabuhkan umpan lagi. Kali ini saya dah tak mengharapkan sang tongsan menjamah umpan tapi saya lebih mengharapkan tarikan dari sang rohu. Jangkaan saya tepat. Selang beberapa minit selepas melabuhkan umpan, sang rohu melompat lagi. 'Dah kena' bisik hati saya. Kali ini saya lebih berhati-hati. Perlawanan agak hebat menandakan ikan yang agak besar. Alhamdulillah rohu 2kg berjaya di naikkan. Saya melabuhkan umpan lagi dan beberapa minit ikan menjamah lagi. Rohu kena lagi. Rohu kedua dan ketiga menjamah umpan selang 10 minit. Saiz lebih kurang sama. Jam menunjukkan masa lagi 10 minit. Rohu keempat menjamah pula. Kali ini tarikannya lebih bertenaga. Ikan berlegar ketengah kolam. Saya mengangkat joran tinggi. Tujuannya untuk melemahkan ikan. Rohu ni bila tak dapat air beberapa saat terutamanya semasa perlawanan ia akan cepat lemah. Mengangkat joran tinggi dan tegangkan tali adalah salah satu cara melemahkan ikan. Bukan saja buat gaya. Selang beberapa ketika rohu menunjukkan tanda keletihan. Saya karau dengan berhati-hati. Saya nampak kelibat rohu dengan hanya satu matakail sahaja yang tersangkut. Drag dilonggarkan sebagai langkah berjaga-jaga. Akhirnya ikan berjaya dinaikkan. Beratnya mencecah 3kg. Saya cukup puas. Tapi saya masih berasa hairan kerana rohu sudi menjamah umpan yang tak seberapa. Kalau nak diikutkan macam tak percaya. Selalunya pemancing rohu ni memerlukan resepi dan umpan yang berbagai. Banyak campurannya ada kalanya kos umpan melebihi kos memancing itu sendiri. Alhamdulillah mungkin dah rezeki saya. Cubalah resepi yang saya berikan ni. Tapi mesti gunakan dedak ayam kuning. Mungkin resepi ni boleh membuatkan anda pulang dengan jaring yang penuh dengan ikan. -topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing