21 Oktober 2012

teknik dan taktik pacu gadang


salam semua

pacu gadang..... macammana nak mancing ni? kalau pacu kecik memang la senang. rata-rata pemancing hanya menggunakan umpan hati ayam (main kotor) atau cengkerik jer nak pikat pacu ni. tapi selalu yang makan pacu kecil jer. paling besar pun dalam saiz 2kg jer...... 

kalau nak dibandingkan haiwan lain dengan ikan ni lebih kurang sama je tabiat pemakanannya. kalau yang kecil selalunya tak kisah sangat dengan makanan tapi yang besar selalunya agak memilih....

tak semua pemancing yang berjaya menjerat pacu gadang ni.... saya selalu akan menggunakan anak ikan atau hirisan ikan kecil yang ada kat kolam ni untuk menjerat pacu besar
ikan yang selalu menjadi mangsa pacu gadang


apa yang penting bagi saya adalah anda mesti menggunakan umpan yang banyak dalam kolam tu. umpan yang banyak? maksudnya kalau banyak talapia, gunakan la talapia. kalau banyak ikan seluang, gunakan la seluang supaya pacu tak culas. selalu saya hanya gunakan isi ikan sahaja

contohnya anda pergi memancing ke sebuah kolam ni. nasib tak berapa bagus dapat plak talapia... takpe ikan kecil untuk dapat ikan besar... potong daging ikan tu. cangkukkan kat matakail yang besar sikit. pastikan gunakan perambut dawai. kalau tak pun gunakan kili klip  dan letakkan matakail pada kili klip
sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan pacu ni putuskan tali perambut, saya selalu gunakan circle hook. cara menggunakan circle hook ni agak berbeza. cara ikatan pun agak berlainan kerana matakail ni memerlukan teknik ikatan yang sesuai untuk mendapatkan hook up 100%.


video informasi untuk penggunaan circle hook
hiuh... dah melalut dah ni.... apa pun yang penting.... JANGAN SENTAP... pastikan tali pancing selalu tegang......


selamat mencuba....
-topangler81-



pertanyaan dan borak borak pancing