14 Oktober 2009

Masalah teknikal.

Baru-baru ni saya kehilangan handphone saya. Dan yang tak best tu sim kad broadband saya pun sama-sama hilang. Jadi saya terputus hubungan dengan dunia web. Selama 3hari mencari dan akhirnya saya menjumpai semula handphone saya. Rupanya handphone saya berada di dalam laci almari. Mungkin anak saya yang letak disitu. Alhamdulillah segalanya masih dalam keadaan baik. Dalam 3hari tu saya terfikir bagaimana agaknya dunia saya tanpa internet. Mungkin saya masih pemancing yang dulu. Dan sudah pasti saya tak dapat nak berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda semua. Pemancing alaf baru memang perlukan alat bantuan seperti internet ni. Forum terutamanya banyak membantu. Ramai sifu-sifu yang sudi berkongsi ilmu. Terima kasih semua. Semoga murah rezeki.

Papan jackpot.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemancing dan pembaca setia blog ni. Apa khabar. Maaf la agak lama saya tak update blog ni. Ada masalah teknikal sikit. Ok la Harini saya nak cerita tentang papan jackpot ni. Sape yang tak tahu pasal jackpot kat kolam-kolam pancing ni. Rata-rata kolam pancing ada mengenakan bayaran jackpot. Dan wang terkumpul tu la yang akan dibahagikan kepada para pemenang. Tapi apa rahsia di sebalik papan buruk bertulis ni. Bagi saya papan jackpot menyimpan banyak rahsia. Biasanya tauke kolam akan menulis berat ikan dan masa ikan dinaikkan. Tak lupa juga nama pemancing. Inilah aset yang paling penting bagi pemancing. Pasti anda pernah mengalami masalah kumpau di kolam pancing. Bila di selidik rupanya ikan makan malam bukan siang dan sebaliknya. Disinilah gunanya papan jackpot. Masa ikan dinaikkan akan menentukan waktu ikan makan. Kalau kat papan jackpot tu rata-rata ikan makan malam mengapa anda perlu membazirkan wang dan masa anda menunggu ikan membuka mulut pada waktu siang. Lagi bagus kalau ada kawan-kawan yang tinggal berhampiran kolam. Boleh la jadi peninjau. Bantu kawan-kawan. Jangan lupa pulak kasi duit minum atau minyak. Lagi satu papan jackpot akan menulis berat ikan yang dinaikkan. Bagi pemancing yang sudah biasa memancing pasti info ini berguna. Berdasarkan pengalaman saya ikan kecil dan besar makan umpan yang agak berlainan. Waktu ikan makan pun menentukan umpan yang digunakan. Kalau malam bisanya saya akan gunakan umpan yang berbau agak kuat sedikit berbanding memancing pada waktu siang. Ini kerana pada waktu malam ikan akan hanya menggunakan deria bau sahaja. Kalau siang deria pengelihatan dan bau akan aktif. Jadi tak perlu la umpan yang terlalu kuat baunya. Rahsia papan jackpot ni adalah berdasarkan pengalaman saya dan kadangkala ianya tak la tepat. Cuma boleh dijadikan panduan. Rezeki di tangan tuhan dan yang penting kita berusaha dan bertawakkal. Sekian

pertanyaan dan borak borak pancing