05 Julai 2014

memancing dan ramadhan

salam Ramadhan Al Mubarak buat semua, kepada yang beragama islam. Ada sape-sape yang perg memancing tak bulan Ramadhan ni? Hahahaha... mesti ada yang tengah gian nak menarik ikan bulan-bulan puasa ni tapi malas nak gi mancing sebab kerana tak tahan panas masa bulan puasa ni. Saya selalu gak memancing pada bulan Ramadhan ni. Cuma masa memancing saya akan kurangkan tak lebih kepada 4 jam biasanya kalau memancing siang. Waktu memancing malam pul tak la terhad tapi saya biasanya akan sampai kerumah untuk bersahur. Bukan senang nak menghadapi dugaan-dugaan memancing pada bulan puasa ni. terutamanya tekak akan lebih cepat kering kerana berjemur panas. Takkan nak tarik ikan kat dalam pondok kot...... ingin saya kongsikan tips-tips memancing bagi pemancing tegar yang nak turun memancing pada bulan puasa ni 1. sentiasa berada dikawasan teduh contohnya dalam pondok atau bawah pokok 2. pakai baju yang boleh menyerap peluh. peluh ni yang membuatkan kita terasa sejuk 3. pakai penutup kepala seperti topi 4. memancing pada awal-awal pagi. biasanya saya pergi memancing selepas sahur dan balik pada waktu tengah hari 5. layan ikan dengan releks. Hm... apa lagi... kepada pemancing yang nak carik lauk untuk bersahur boleh la turun memancing, tak semestinya bulan puasa ni kita tutup semua aktiviti. Jangan tidur sahaja kat rumah kerana letih berpuasa....
Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing