04 Ogos 2009

Rabok bay 3/8/09


Lama betul tak mancing kat rabok bay ni. Hari ni rasa nak mancing pula. Minggu lepas pun tengok jadual masuk ikan rabok bay ada masuk rohu 1270kg. Banyak tu. Persiapan dibuat. Umpan saya bancuh di rumah. Resepi umpan biasa yang saya gunakan. Bancuhan lembut peroi. Sehari sebelumya saya bertungkus lumus menyiapkan perambut spring. Nak siapkan 4set rasanya lama betul. Maklumlah dah lama tak buat perambut spring ni. Sekarang ni perambut ni saya belajar dari seorang rakan. Memang berkesan perambut ni lagi-lagi kalau dipadankan dengan matakail yang sesuai. Saya sampai dikolam kira-kira jam 12 tengah hari. Masa tu ada beberapa orang pemancing yang sedang memancing. Terkejut juga saya bila saya lihat air kolam agak surut dengan banyak. Masa air kurang begini selalunya ikan akan duduk di tempat dalam. Saya mula mencari tempat-tempat yang dirasakan berpotensi. Labuhan umpan pertama dijamah talapia kecil. Saya mula rasakan seperti tak berbaloi memancing harini. Saya mula melabuhkan umpan kedua. 5minit selepas itu ada satu tarikan kuat dari ikan. Rohu skala 2.6kg dinaikkan. Selepas itu ikan makan dengan galak sekali. Tiap kali melabuhkan umpan pasti ada tarikan dari rohu. Tarikan demi tarikan. Hinggakan tak sempat nak memasang umpan pada matakail. Ada 2 kali saya terkejut besar bila jatuh saja umpan diair terus disambar oleh ikan. Nasib baik joran tidak terlepas. Kalau tidak dah tentu jadi tukun dalam kolam. Selepas 2jam ikan sudah kurang galak. Tu pun gara-gara 2kali ikan terlucut. Sekali perambut putus dan sekali rabut. Memancing rohu kalau rabut ikan pun cabut. Jam yang ke3 ikan mula makan lagi. Tapi kali ini saiznya lebih kecil. Kalau tadi saiz 2kg lebih, sekarang hanya lebih kurang 1kg sahaja. Akhirnya saya mengalah selepas 3jam kerana kehadiran anak talapia yang terlalu rakus menjamah umpan. 3ekor rohu masuk ranking jackpot. 20ekor saya berjaya naikkan dalam masa 3jam memancing. Memang berbaloi rasanya. Esok saya akan bertandang lagi ke sini. Manalah tahu ada rezeki... -topangler81-

3 ulasan:

apu berkata...

SALAM, hai bro topangler81, sy apu, sy br aje berjinak dlm bidang memancing kat kolam ni, sy nk tanya sikit mcm mana nk buat perambut spring tu, sy harap Bro sudi berkongsi serta mengajar sy cara2 membuat perambut spring tu.... Bro blh emel kat sy emel sy Aifamok@yahoo.com
TERIMA KASIH BANYAK2 KERNA SUDI BACA

topangler81 berkata...

salam apu. terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang tak seberapa ni. nanti saya akan terbitkan post macamana nak buat perambut ni. harap bersabar ye...

aifamok berkata...

terima kasih banyak2 Bro Topangler kerna sudi kongsi ilmu memancing....

Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing