29 Julai 2009

bersedia untuk berperang

dah lama saya tak pergi memancing. malam tadi rasa teruja sangat nak pergi hari ni. segala persiapan dah saya siapkan. tup-tup hujan pula pagi ni dan kena ambil kawan pula di shah alam. saper yang tak tahu shah alam memang jem kalau hujan. tapi apa nak buat dah janji dan kerana kawan. hm.... macammana la hasilnya harini agaknya.

ada berita kolam universiti serdang masuk 1.5 tan rohu semalam..... masuk ikan lagi walaupun yang ikan yang batch sebelumya baru start nak makan..... bila masa ikan makan kita pakat pergi ramai-ramai.....

ok
salam pada semua
-topangler81-

kisah lama seri bayu tekala

Assalamualaikum semua. Esok saya akan pergi memancing, dah lama sangat saya tak memancing kat kolam seri bayu tekala semenyih ni. Anggaran saya dah dekat 3 tahun. Ingat lagi saya pada masa tu saya mula berjinak dengan dunia memancing kolam air tawar. Pada masa itu saya baru sahaja dapat satu resepi umpan dari seorang kawan. Umpan patin. Memang teruja bila dapat pergi memancing. Masa tu saya dengan seorang rakan lagi. Kami sama-sama baru berjinak memancing kolam air tawar ni. Masa tu nak ikan perambut pun masih terkebil-kebil.
Nak dipendekkan cerita. Kami sampai di kolam pada jam 9 pagi. Masa tu hari orang berkerja hari rabu, jadi kolam ni lengang la sikit. Ada la beberapa orang yang sedang memancing pada masa tu. Kami pun melabuhkan umpan. Umpan roti dibaling ketengah kolam. Selang setengah jam patin pertama menjamah umpan. Patin 4kg berjaya didaratkan selepas 15 minit perlawanan. Ikan disini lebih kuat berbanding dengan ikan dikolam tempat saya selalu memancing. Memang teruja masa tu sebab itulah ikan terbesar yang pernah saya dapat masa tu.
Tapi lagi saya terkejut balingan kedua terus ditarik selang seminit selepas balingan kedua. Tali masih lagi terapung ikan terus menarik joran. Hasilnya bunyi tali membelah air kuat sekali sampaikan kawan saya yang berada beberapa meter berpaling kearah saya. Bunyi apa tu? Katanya kepada saya. Ikan terus memecut tapi selang beberapa minit ikan berjaya melepaskan diri. Saya tarik tali dan pasang semula umpan. Balingan ketiga ikan makan lagi macam tadi dan kali ini lagi cepat. Terkejut saya sebab masa saya memasang radar ikan terus merentap joran. Nasib baik joran tak terlepas dari tangan. Beberapa minit perlawanan sang patin 3 kg berjaya dinaikkan. Balingan keempat ikan masih makan dengan galak sekali. Selang beberapa minit balingan ikan menjamah umpan. Begitulah seterusnya sehingga waktu pulang. 4 buku roti saiz jumbo habis saya gunakan seorang. Kalau ada umpan lagi pasti saya akan memancing lagi.
Balingan terakhir sudah 5 minit saya menunggu. Nampaknya ikan dah tak nak makan bisik hati saya. Saya pun mengemas beg untuk pulang. Tiba-tiba mesin berbunyi nyaring sekali. Ikan melarikan tali dengan agak perlahan. Tapi saya tak dapat mengekang lariannya. Hampir seminit ikan melarikan tali tanpa henti dan kini ia membelok ke kiri menuju tebing si bahagian kiri kolam. Saya ketatkan sedikit drag kerana saya dapat rasakan larian ikan semakin perlahan. Hati makin berdebar saya rasakan. Takut kalau-kalau tali akan terputus kerana terkena tebing. Tapi nasib tak menyebelahi saya. Tetiba ikan rabut dan tali mengendur......
Saya belek kembali apakah silapnya kali ni. Rupanya saya mengikat drag terlalu ketat kerana takut ikan lari ke tebing. Itu yang menyebabkan matakail terlucut dari mulut ikan. Itu kisah beberapa tahun yang lalu esok, tak tahu lagi apa hasilnya....

28 Julai 2009

Kolam oh kolam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ni saya dapat berita dari kawan saya. Ada beberapa buah kolam kat serdang sekarang menjadi tempat beliau cari makan. Memang senang dapat ikan kat kolam-kolam ni. Terutamanya ikan rohu. Dikatakan yang tiga kolam ni sedang berlawan tarik pelanggan. Strategi yang mereka gunakan ialah dengan menambah jumlah kemasukan ikan dan mengadakan jackpot yang tetap. Macam salah satu kolam ni memasukkan 2tan rohu dan ada jackpot khas untuk rohu. Hadiah pertama rm500. Hingga 5hadiah. Lumayan tu:-) kawan saya ni boleh dikatakan dapat membawa pulang 20-30kg ikan setiap hari. Memang lumayan. Ini adalah salah satu cara sihat dalam menarik pelanggan. Pemancing dan tauke kolam sama-sama untung:-) syabas!

24 Julai 2009

umpan busuk vs umpan wangi dan umpan peram

Salam sejahtera dan asslamualaikum kepada pembaca setia blog saya ni. Memancing air tawar memang tak lari dari umpan yang bermacam-macam. Ada yang wangi,busuk, masam dan sebagainya. Pemancing air tawar sememangnya perlu kreatif. Sepanjang pengalaman saya yang tak seberapa ni, prlbsgsi jrnid umpan dah saya cuba.
Masih saya ingat lagi bertapa mudahnya umpan dulu-dulu. Kadangkala dengan menggunakan dedak ayam dan sedikit campuran sahaja dah boleh menaikkan ikan berbelas kilo. Kalau memancing rohu umpan yang paling senang dan gerenti makan ialah dengan menggunakan dedak ayam kuning+minyak ikan. Boleh dikatakan semua spisis pernah saya dapat menggunakan umpan ini.
Kemunculan umpan wangi terutamanya power bait pada tahun 2004 umpama satu nafas baru dalam dunia memancing. Semasa awal kemunculannya saya seakan pelik kerana dengan paket yang sebesar itu harganya mencecah rm3 sepeket. hingga sekarang power bait memang popular sebagai penambah perisa bagi umpan memancing
ingat lagi saya masa mula-mula menggunakan umpan wangi ni saya letak 2 paket powerbait sekaligus. akibatnya tiada seekor ikan pun yang menjamah umpan saya pada masa tu. umpan menjadi terlalu wangi hinggakan seperti mematikan umpan. bila dicium bau umpan menusuk ke hidung dan selepas itu baunya seakan hilang dari hidung. umpama baunya terlalu tepu. ikan memang sensitif dengan bau-bauan ni. kalau terlalu kuat ia seakan menghalau ikan, jika terlalu slow maka lambatlah untuk ikan mengesan umpan. pemancing harus tahu bagaimana menyediakan umpan yang baunya sesedap rasa. macam meggi cukup rasa la pulak.

umpan busuk biasanya sinonim dengan ikan catfish seperti patin dan keli. bau busuk yang agak kuat biasanya akan lebih cepat menarik perhatian spisis catfish ini. umpan busuk biasanya terdiri dari umpan-umpan peram. ramuan umpan peram ni ada bermacam-macam dari kelapa parut hinggalah organ dalaman haiwan seperti perut atau hati ayam.
umpan peram juga ada berbagai cara peraman. ada yang diperam didalam botol dan ada juga yang perlu ditanam didalam tanah. ada juga yang mengambil masa yang lama untuk memeram umpan dan kadangkala ia boleh mencecah 2 tahun! ada satu umpan rohu yang paling mujarab dalam simpanan saya memerlukan masa 2 tahun untuk diperam. yang menariknya umpan ini tidak berbau busuk atau masam sebaliknya ia berbau wangi setelah diperam selama 2 tahun. tepuk dada tanya selera.

23 Julai 2009

blog hit counter

salam sejahtera kepada anda semua. harini saya baru je masukkan blog hit counter dalam blog saya ni. bila masuk je counter hit tu alangkah terkejutnya saya bila melihat counter itu!!! angka yang ditunjukkan tak munasabah bagi saya. sedangkan harini tak sampai beberapa jam saya masukkan hit counter tersebut angkanya sudah menjangkau puluhan ribu. saya memang kurang arif dengan internet ni. jadi saya perlukan bantuan rakan sekalian untuk saya lebih memahami tentang hit counter ni. apakah maksudnya dan bagaimana ia berfungsi.... harap dapat feedback dari anda semua. jangan lupa emaikan kepada saya kalau anda tidak mahu menghantar sebarang komen

Midnight pekej

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. dah lama juga saya tak dapat update blog saya ni sebab internet broadband yang saya gunakan ada masalah. ini baru ok..... bacalah blog terbaru saya...

Lama juga saya tak memancing midnight pekej. Dah lebih kurang 2tahun saya tak memancing pekej ni. Kalau dulu tu selalu la jugak. Dulu masa pertandingan cangkuk (bebas) selalu la saya memancing malam ni. Saja nak tambah skill la katanya. Kengkandang tu balik rumah terus kena urut tangan tu sebab semalaman merembat. Malam kelmarin saya cuba la mancing pekej malam ni. Hati pun rasa berkobar-kobar. Maklum saja la dah lama tak mancing malam. Dari petang persediaan dah di buat. Beberapa jenis umpan dibawa. Kalau tengok beg tu macam nak pergi camping la pulak. Kami bertiga sampai ke kolam lebih kurang jam 12.05 malam. Ingatkan kami je yang memancing malam tu tapi ada lebih kurang 20 orang pemancing di kolam tu. Memancing ramai macam ni memang best. Saya pun mula mencapai perambut untuk memasang umpan. Roti di cucuk pada matakail dan akhirnya kepalan lembut roti dilakukan. Kini umpan berbentuk seperti kepompong sebesar penumbuk kanak-kanak. Balingan pertama dilakukan ketengah kolam. Selang lebih kurang seminit saya mula memasang radar. Adalah penting untuk menunggu umpan jatuh seketika sebelum memasang radar bagi mengelakkan tertarik umpan roti lembut tadi yang akan menyebabkan roti terburai dari matakail. Setengah jam saya menanti. Tapi umpan tidak dijamah oleh ikan. Selang beberapa lama, saya mula menukar umpan. Kali ini saya gunakan umpan kelapa peram. Umpan ni biasanya dapat menjinakkan patin skala 2kg keatas. Tapi malam ini segalanya tak menjadi. Tiba-tiba ada tarikan dari sang ikan. Rakan saya membiarkan sahaja. Tarikan dari ikan perlahan dan menyentap. Sentapan ikan beberapa kali tapi tak dapat menarik drag dari kelili. Ikan menarik lagi. Dan masih sama ia tak dapat mengeluarkan tali dari kekili. Akhirnya joran diangkat tinggi. Lenturan joran menandakan ada mangsa terlekat di mata kail. Mangsa meronta ingin melepaskan diri tapi matakail berjaya mengunci kemas. Selang beberapa saat, saya terlihat riak air menandakan mangsa sudah hampir ketebing. Dan mangsa pertama kami adalah keli skala 1kg. Kami mula bersemangat kembali. Di penjuru kolam kedengaran ada pemancing sedang bertarung dengan ikan. Bunyi kelili plastik yang nyaring menyebabkan pemancing lain semakin gian. Perlawanan hampir 15minit itu akhirnya dimenangi oleh pemancing. Patin skala 4kg menjadi habuan. Memang geram bila tengok orang lain naikkan ikan besar. Kami semakin bersemangat bila dapat melihat patin sebesar itu. Umpan ditukar lagi... Malam tu ikan kurang galak makan. Memang slow. Satu kolam cuma beberapa ekor sahaja yang berjaya dinaikkan. Mungkin kerana hujan sepanjang hari. Hujan mulai turun pada jam 4pagi. Dan pada masa itulah ikan mula bangkit seleranya. Lebih kurang jam 4.10pagi pemancing sebelah saya mendapat tarikan. Kali ini ikan menarik dengan kuat sekali. Perangainya tak ubah seperti lembu. Tarikan tanpa henti dan beberapa benaman membuatkan kami semakin geram. Selang 20minit patin 6kg berjaya dinaikkan. Patutlah kuat lawannya. Selang beberapa ketika umpan dijamah lagi. Tapi kali ini patin kecil yang menjamah umpan. Tak sampai 1kg pun berat anggaran. Dari pukul 4pagi hingga 6 pagi lebih kurang 10ekor patin berjaya dinaikkan. Ada juga yang berjaya melepaskan diri dengan membelitkan tali pada tunggul kayu. Pada sesi memancing kali ini dapat saya simpulkan Perubahan cuaca memang akan mengubah selera dan perangai ikan. Cuaca sejuk mungkin menyebabkan ikan lebih suka mendiamkan diri di dalam lubuk. Perubahan cuaca mendadak mungkin boleh merubah selera ikan dari mogok lapar ke galak makan atau sebaliknya. Renungkanlah

19 Julai 2009

info dan ebooks

argh... susahnya nak mencari ebook memancing dalam bahasa malaysia ni. kebanyakkannya dalam bahasa inggeris sahaja. saya ni dah la tak lancar dalam bahasa inggeris. saya ni pun peminat majalah memancing. banyak yang dah saya kumpulkan. kalau tengok kat rumah tu boleh jadikan macam perpustakaan memancing. bila saya belek majalah tu terjumpa la pulak satu majalah yang berasal dari negara kanggaro. walaupun saya tak berapa faham sangat bahasa inggeris ni saya boleh lihat dalam majalah mereka ni, mereka sangat mementingkan teknik. banyak saya lihat mereka menggunakan teknik baru. pelik tapi benar bila saya lihat mereka gunakan belon sebagai pelampung. ada pulak yang memancing menggunakan kayak. ikan yang mereka naikkan juga dilepaskan semula. hanya yang bersaiz tertentu sahaja dinaikkan. itupun ada limit. seorang hanya menaikkan 2 ekor sahaja. seekor mereka jadikan makanan dan seekor lagi mereka bawa pulang untuk dijual. mereka ni memang ikut betul undang-undang dan syarat yang dikenakan. kalau kita disini dah pasti kita akan bawa pulang semua ikan....

dalam dunia it sekarang ni saya pasti ramai pemancing yang mencari info dan ebook tentang memancing ni. tapi susah la nak jumpa dengan ebook dalam bahasa melayu dan ebook yang mengisahkan tentang pemancing dan pancingan di negara kita. saya rasa kalau saya buat ebook ni boleh laku ke? saya perlukan pandangan anda

05 Julai 2009

pemancing moden umpan lama

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada para pembaca sekalian. kali ni saya nak berkongsikan pengalaman saya memancing baru-baru ini.
baru baru ni saya memancing kat salah satu kolam yang selalu saya pergi. macam biasala saya gunakan umpan biasa saya untuk memancing rohu. ikan makan tak berapa galak. maklumlah semalam hujan dan sekarang ni cuaca dah berubah. kadangkala panas yang melampau dan kadangkala hujan.

saya melabuhkan umpan dan bacaan selawat dan bismillah sebagai permulaan. kita dah berusaha dan bertawakkal. itu adalah salah satu tips yang dapat saya berikan. bagi yang bukan beradama islam boleh lah membaca doa mengikut kepercayaan masing-masing.

ikan mula makan bila cuaca beransur panas. dan bila terlalu panas, ikan mula mendiamkan diri dan kebanyakkannya hanya berlegar di permukaan. bila itu terjadi saya menukar teknik menggunakan pelampung pula. saya gunakan pelampung sepanjang 6 inci. memang ikan galak makan dengan menggunakan pelampung pendek.

tak lama kemudian ada seorang pemancing datang ke tempat saya. dapat ke? katanya dengan nada selamba. saya hanya tersenyum dan menyatakan adalah sikit. beliau mula memasang umpan dan terus cast. kami berborak pasal memancing ni. beliau mengatakan yang dulu memang ikan senang dapat tapi sekarang ni susah sikit nak dapat. tak tau la tauke ikan bagi makan apa.

sreet mesin katak berbunyi, ikan mula makan lagi dan ikan skala 1.5kg dapat saya naikkan. selang beberapa minit ikan menjamah lagi. kali ini ikan agak kecil sedikit. masa ni ikan sangat galak makan. saya cepat-cepat menggentel umpan. dan belum sempat habis satu set perambut, ikan makan lagi. pemancing tadi hanya melihat sahaja. beliau merungut kerrana ikan tak nak makan umpannya.

saya memberikannya umpan yang saya gunakan kepadanya, tapi beliau menolak. takpe la katanya. dulu umpan ni aku guna memang boleh cari makan. saya terdiam sahaja. saya tak nafikan mungkin itu dulu.... saya hanya pendamkan dalam hati sahaja takut-takut nanti lain pula jadinya.

mungkin ada pengajaran yang boleh anda ambil dari cerita saya ini. sebagai pemancing saya bukan kedekut nak kongsi umpan atau ilmu tapi saya tak dapat nak membantu jika anda sendiri tidak ingin membantu diri anda. jadikan ini sebagai pedoman

nabi pernah bersabda
hari ini lebih baik dari semalam.
tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad

sekian
-topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing