19 Februari 2011

menggantung patin jack.



patin kecil seberat 1-3 kg lebih dikenali sebagai pati jack (jek) kerana boleh dinaikkan tanpa menggunakan tangguk. jek jer. sebenarnya patin sebesar ini pun dapat memberikan keseronokan memancing jika kena caranya. harini saya berpeluang untuk memancing di kolam seksyen 24 yang baru memasukkan patin jek sebanyak 1 tan. banyak tu....

patin ni suka makan umpan yang berada dipermukaan atau dipertengahan air. oleh itu penggunaan teknik gantung adalah penting. oleh kerana dikolam ni tidak boleh menggunakan teknik apung. maka teknik gantung adalah yang terbaik. mata gantung selalunya sepanjang 1 depa hingga yang paling panjang 4depa. kalau 1-2 depa ok lagi nak baling, tapi kalau sampai 4 depa, susah tu. kalau tak kena gayanya boleh terlekat matakail kat telinga pemancing. huhu.........

yang paling penting bagi teknik ini adalah bahan apung untuk mengapungkan umpan. selalunya pemancing menggunakan mashmellow dan ada juga yang menggunakan gabus, selipar getah dan sebagainya. saya lebih menggemari mashmellow kerana sifatnya yang lembut dan terapung yang tidak akan mengganggu matakail untuk menacap kukuh.

patin pertama yang sudi menyapa.

saya menggunakan perambut gantung sepanjang 2 depa sahaja. dah kira panjang la tu. kalau kat kolam lain pastinya umpan hanya akan berada dipermukaan sahaja. nasib baiklah kolam ni dalam. saya sampai ke kolam pada jam 7.15 pagi. saya lihat pagi tu tiada pemancing yang ada dipondok tengah seberang kaunter. apa lagi. port baik tak ada orang. saya terus kesana. 

umpan yang saya gunakan adalah umpan strawbery dan saya menggunakan roti gardenia. kenapa saya gunakan roti gardenia? mesti ada yang bertanya. selama ni pemancing tidak menggunakan roti gardenia kerana ianya akan keras jika terkena air, tetapi kalau menggunakan teknik gantung, ia tidak akan keras kerana roti tidak akan dikepal, sebaliknya hanya akan dicucuk macam satey sahaja. jangan la kepal roti tu. cucuk sahaja mesti dah ok. ikan akan senang makan.

patin jek ni juga selalu makan sampai telan matakail terutamanya kalau matakail bersaiz agak kecil. kalau guna matakail besar nanti susah juga nak bagi umpan menggantung dan naik dalam air. saya selalu menggunakan daiichi 16 ataupun barkley chinu no 9 sebagai matakail untuk teknik gantung. dan selama ini ianya menjadi.

okla. saya nak kongsikan teknik gantung yang saya gunakan memancing patin jek tadi.
gambarajah lakaran perambut




perambut gantung sepanjang 2 depa



cangkukkan mashmellow pada matakail


turunkan mashmellow hingga melepasi matakail dan masuk ke tali perambut


saya selalu gunakan 3 ketul mashmellow



cucukkan sahaja roti potong dadu pada matakail. tak perlu kepal atau picit

apa lagi. cubalah teknik ni esok dikolam pancing. mana tau boleh menjadi.

                
hasil memancing menggunakan teknik mata gantung selama 3 jam. ada beberapa ekor yang tak masuk gambar

oh ya. patin jek ni selalunya saya dapat dengan umpan yang berbau kuat sikit. jangan kuat sangat lak. nanti ikan tak nak makan.
kalau menggunakan teknik gantung ni jarang sekali ikan akan tarik auto macam memancing rohu. sebaliknya tali akan tegang. pastikan tali agak tegang dan gunakanlah radar plastersin. selalu terjadi ikan akan langgar tali banyak kali. jika anda lihat tali berdenyut biarkan sahaja. tapi bila tali menegang agak lama dalam 3-5 saat, buatlah sedikit rembatan. ini agak penting dalam menggunakan teknik ini. pastinya anda boleh faham kerana perambut sepanjang 2 depa dan dengan berat batu gantung lagi. sebab tu la kena rembat sikit. ada juga yang merembat sampai ke belakang. terpulang kepada anda. jangan sampai kena cap main sembat dah la.

teknik ni sangat sesuai digunakan untuk kolam yang tidak membenarkan penggunaan pelampung dan teknik apung. tapi kalau kolam tu tidak membenarkan penggunaan bahan apung, susah la. apa pun ianya bergantung kepada tempat dimana anda memancing.
dengan teknik ni saya dapat menaikkan 12 ekor patin dan 2 ekor patin besar lucut dipertengahan jalan dalam masa 4 jam memancing. 

selamat mencuba
sekian
-topangler81-

7 ulasan:

splattish berkata...

ilmu yang sangat membantu..nak try la nnt..selalu sgt mancing jadi bangau..terima kasih

mansons berkata...

sifoo mmg best!! cemerlang tangkapan tu..

Unknown berkata...

tak sehebat mana pun. masa tu ikan tengah nak makan. rezeki saya masa tu.

md_saf berkata...

best la tgk bro punya tangkapan... seeloknya bila masa patin makan? malam, pagi, ptg???

satu lagi nk tanya, kalau ikan patin masuk kolam, adakah patin tersebut akan terus menjamah umpan @ tunggu beberapa hari utk dia mula menjamah?

Unknown berkata...

kalau ikutkan pengalaman saya patin ni suka makan pagi, terutamanya awal pagi. memang best layan patin ni terutamya kalau malam hujan. selalunya patin kecil saiz 1-2 kg akan makan dalam masa 2-7 hari dari tarikh patin dimasukkan ke kolam. dan kemudian akan senyap.

Tanpa Nama berkata...

bro ni kena pakai pelampung ke???

Unknown berkata...

salam , bro .. boleh tlg ajarkan tak camne nak ikat tali teknik gantung tu ?

pertanyaan dan borak borak pancing