14 Mac 2015

umpan pacu



Pacu.... antara tarikan utama menacing di kolam air tawar kerana kerakusannya memakan umpan, Salah satu ahli keluarga Piranha ini memang pantang kalau umpan ada didepan mata. Memang mengasyikkan kerana pacu gadang selalunya akan memberikan tentangan yang memuaskan. Badan yang leper dan otot yang kuat pada ekor membolehkan pacu memberikan larian pantas sebaik sahaja memakan umpan. Memang selalu berlaku sang pacu menerbangkan joran yang dragnya tidak dilaras dengan betul.


pacu 7kg

UMPAN 
Antara umpan yang mujarab memikat pacu antaranya ialah
- Cacing
- Udang kopek
- Roti
-Cengkodok
PERAMBUT
Biasanya perambut pacu adalah perambut universal. Pacu tiadak kisah dengan perambut yang digunakan. Cuma pemancing perlu memastikan perambut adalah cukup kuat bagi menahan gigitan gigi tajam pacu, Oleh itu sangat disarankan menggunakan kabel sekurang-kurangnya 20paun
saya suka menggunakan perambut jenis ini , jangan lupa perambut dawai
MATAKAIL DAN SAIZ
Matakail bersai sederhana adalah sesuai bagi pacu. Saiz 9-11 sangat sesuai. Jenis matakail pula gunakanlah jenis Chinu ataupun Beak, kalau nak senang pacu terkena matakail, gunakan matakail jenis circle hook












Memancing pacu ni ada teknik dan caranya yang tersendiri.  Selalunya pacu akan dipancing 1-2 hari selepas ikan dimasukkan dalam kolam dan biasanya ikan paling aktif pada waktu pagi.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg putih2 kat mata kail tu ape eh?

Unknown berkata...

manik. aka limonus bead

Tanpa Nama berkata...

Knapa letak manik tu eh bang?

Unknown berkata...

letak sebelum matakail. macam dalam gambar

Unknown berkata...

dalam air agak gelap, manik ni manik yang dapat simpan cahaya, memudahkan ikan mengesan umpan, umpama mata ikan yang bersinar

Unknown berkata...

sya ingin berterima kasih dgn encik atas ilmu2 yang dikongsikan. alhamdulillah da x mbangau skrg nie. walopun masih x pandai utk agak bila nak strike, tap alhamdulillah ade hasil.

hasil umpan pallet yg en share: tongsan 2 ekor, patin 8kg sekor.(kolam seksyen 24)
minx halal ye encik ilmu yg dkongsi(saya ialah anon dlm komen sblm nie)

Tanpa Nama berkata...

nak tumpang tanya boleh tak kalau saya pancing ikan pacu dengan menggunakan umpan pallet +greenbait atau perasa.

Unknown berkata...

Tips...
soya greenbait + roti👍
Soya + tempe (bland) + peram 3-4 hari👍

Unknown berkata...

Tips...
soya greenbait + roti👍
Soya + tempe (bland) + peram 3-4 hari👍

Unknown berkata...

Boleh bang. Saya selalu pakai roti sedap + greenbait soya +greenbait strawberry . Kalau nak power lagi. Pergi mana mana supermarket. Beli BUAH KERAS. Minggu lepas saya pacak 5 ekor pacu saiz 7 kilo ke atas pakai buah tuh.

www.indoleads.com berkata...

barangkali ada yang butuh pasokan serbuk perekat umpan ikan air tawar atau mau beli kukumbul buatan bandung, hubungi mondana di bandung HP 081394002445

pertanyaan dan borak borak pancing