29 Oktober 2009

atas dan bawah

asslamualaikum dan salam sejahtera. dah beberapa hari saya tak update dan dah 2 hari saya memancing saya hanya dihadiahkan dengan 2 ekor ikan sahaja. bukan rezeki saya agaknya. masa memancing yang tak kena. kawan-kawan mengatakan yang ikan makan malam tapi saya pergi memancing disebelah siang. saje nak cuba. sepanjang masa memancing saya terfikir. memang benar kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita akan berada di bawah. semasa kita berada diatas janganlah kita leka dan semasa kita berada di bawah hendaklah kita berusaha agar boleh berada diats semula. segala ketentuan datang dari Allah. kita hanya berusaha dan bertawakkal.

hari ni pun kesihatan saya tak berapa baik. nak memancing lama pun malas. apa pun saya gagahkan juga demi mencari rezeki. tapi apakan daya kita tak selalunya berada diatas.

cuba anda lihat pemancing yang selalu memancing dalam pertandingan memancing. mereka ni antara pemancing yang paling tabah dan sabar. dugaan semasa pertandingan memang banyak. tali tersimpul, ikan tak makan, orang sebelah je yang dapat dan lain-lain lagi. tapi mereka jarang mengalah dan kalau ada pertandingan lagi pasti mereka akan pergi. tak kiralah tujuannya sama ada ingin mendapatkan hadiah, mencari ilmu atau kawan.

yang penting apa pun yang kita lakukan niat tu yang penting. kalau niat baik pasti dibalas baik dan kalau niat jahat paham-paham aje la.
apa la yang saya merepek ni. fikir-fikirkanlah

25 Oktober 2009

Rohu kini


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Anda perasan tak yang kolam pancing sekarang ni terutamanya yang di sekitar selangor banyak memasukkan ikan rohu. Ada yang sampai bertan tan sekali masuk. Yang saya dengar ikan rohu sekarang dah ada stock. Ada yang mengatakan diimport dari negara jiran. Harganya jauh lebih murah berbanding harga penternak dalam negara. Stock ikan juga banyak. Gaya pemakanan juga agak berbeza. Ikan ni sekarang kurang sikit nak makan umpan yang berminyak. Tak tau la nak kata. Orang kata lain kolam lain umpan. Saya selalu gunakan palet 6353 dan power bait hijau. Ada juga kadangkala saya gunakan power bait yang lain. Hasilnya lebih kurang sama. Tapi kalau guna minyak kurang sikit ikan menjamah. Cuba buat umpan gunakan biskut marry, nestum power bait dll. Mungkin akan berhasil. Minyak tu tinggal dulu. Sekian

23 Oktober 2009

Gelombang kedua h1n1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dengar je nama H1N1 rasanya semua orang tahu. Sebagai pemancing juga kita perlu peka. Kalau yang selalu bertandang ke kolam perlu lebih berhati-hati. Sifat penyakit ni yang boleh merebak melalui udara dan sentuhan membuatkan semua orang boleh terdedah dengannya. Baru-baru ni kita diingatkan supaya berwaspada dengan gelombang kedua penyakit ni. Cuba anda layari internet dan search pada google "1918 spanish flu" anda pasti terkejut. Ataupun search wikipedia 1918 influenza. Setiap penyakit ada penawar. Setiap bala yang diturunkan adalah sebagai peringatan. Bukan saya nak menakutkan tetapi sebagai peringatan kepada semua. Ambil la langkah berjaga-jaga. Basuh tangan anda. Sebagai umat islam kita harus yakin dengan ketentuan Allah. Saya berharap agar kita di malaysia akan bebas dari wabak ini.

21 Oktober 2009

Jadual kemasukan ikan 21/10/09

Semalam dapat sms dari kolam batu bata yang mengatakan kolam batu bata ada masukkan rohu malam tadi. Jumlah tidak diketahui

Umpan keras sangat la.

Masa saya memancing haritu ada seorang pemancing lewat usia yang memancing disebelah saya. Bila dia nampak banyak ikan yang saya naikkan beliau pun terus labuhkan umpan. Saya perhatikan sahaja. Kemudian saya berjaya menaikkan lagi beberapa ekor ikan tapi umpan pakcik ni tak mengena pulak. Bila saya tengok beliau menarik pancing umpan masih ada lagi. Selepas 3balingan umpan masih cantik lagi melekat pada matakail. Patut la umpan keras sangat. Tak berani pula saya nak tegur takut beliau kecil hati. Umpan yang lembut atau peroi sangat penting bagi memudahkan ikan terkena matakail. Jika umpan keras matakail akan terikut sekali dengan umpan. Dan lebih teruk jika umpan terlalu keras hinggakan bahagian yang tajam pada matakail tertanam pada umpan.

20 Oktober 2009

mesin@reel lama

sape2 yang berminat utk mengumpul atau mendapatkn mesin2 lama @ legend dgn harga yang tak masuk akal,sila layari blog mesinlegend.blogspot.com. kat bawah ni ade contoh2 mesin @ reel yang boley anda dapatkn.. berminat??sila email flo_sal19@yahoo.com.. Untuk makluman mesin mesin ni diimport dari luar negara. Siapa cepat dia dapat. Stock terhad cepat-cepat












Abu Garcia Cardinal 664 GT









DAM Quick 440













Abu Garcia Cardinal 4X













ABU Cardinal 77 2.Version

19 Oktober 2009

Patin makan palet

Pelik juga semalam bila patin makan umpan palet rohu. Besar pulak tu 5.35kg. Tapi maafkan saya sebab lupa nak ambil gambar. Patin tu makan dan terus menuju keatas. Seronok juga dapat lawan dengan patin besar ni. Bukan senang nak dapat patin guna umpan dedak. Pernah juga sekali saya dapat patin 5kg+ dengan dedak tapi sangat jarang berlaku. Umpan yang saya gunakan tu peroi je. Mungkin tu yang patin suka.

Ikan dah makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini update kat kolam seri cheeding. Ikan rohu yang masuk 1.4tan tu dah start makan. Semalam saya turun memancing. Tapi ikan makan pagi dan petang. Pagi sampai jam 12 dan petang dari jam 3hingga lewat petang. Semalam juga ikan makan kurang galak. Main tali beberapa minit lepastu baru makan umpan. Mainan tali tu menandakan yang ikan dah banyak berkumpul. Best bila ikan dah berkumpul. Sekejap je lepas labuhkan umpan ikan makan.

16 Oktober 2009

umpan baru


ni la umpan yang saya gunakan masa memancing di seri cheeding semalam.

Lain dicari lain yang muncul


pallet ni sebenarnya berwarna merah. tak tau la macammana boleh bertukar warna

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semalam saya dapat sms dari tauke kolam seri cheeding. Beliau masukkan 1.4tan rohu pada 13/10. Anggaran berat dalam sekilo seekor. Saya pun saje nak cuba manalah tau rohu dah start makan. Sampai kat kolam pukul 12 tengah hari. Terkejut jugak bila tengok 70ekor rohu dalam kereta sorong. Rupanya ikan mati. Dan separuh lagi dah nyawa nyawa ikan. Dah sampai kolam apa lagi mancing jugak la walaupun tahu rohu takkan makan. Saya gunakan umpan rohu biasa. Dan gunakan perambut spring. Matakail pula letak pallet sahaja. Umpan lebih kurang sebesar penumbuk pada 3balingan pertama untuk menarik ikan. Rasuah cara baik. 15minit tiap balingan. Lepas balingan kedua ikan mula menjamah. Rasuah mula menampakkan hasil. Ikan pertama dan kedua dari spesis keli. Lepas tu barulah pacu yang makan umpan. Lepas pacu dan pacu dan pacu sampai pacu yang keenam. Lepas solat zohor saya teruskan memancing. Yang menghairankan, 1jam langsung tiada ikan yang menjamah. Tiba- tiba terlihat satu kelibat hitam ditengah kolam menuju ke tebing. Pada awalnya saya sangkakan ikan bermain air. Rupanya biawak besar meronda di dalam kolam. Patutla semua ikan lari. Hasil usaha dari pihak kolam menghalau biawak tu. Akhirnya ikan makan semula. Dan saya mendapat lagi 3tarikan dari pacu. Balingan terakhir mendapat perlawanan yang agak hebat. Tapi ikan terlucut kerana terlalu cepat saya mengangkat joran. Saya berpuas hati walaupun spesis yang diidamkan tak muncul. Saya pulang dengan 9pacu dan 2keli. Alhamdulillah

15 Oktober 2009

Jadual kemasukan ikan

Rabok bay 9/10/09 rohu 700+kg 13/10/09 pacu 200+kg kolam pancing danau tooba seri cheeding 13/10/09 rohu 1000kg lepas kolam 400kg masuk sangkar

Panjang dan pendek

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pembaca semua. Terutama yang ada menghantarkan komen. Terima kasih banyak. Kerana komen anda pastinya akan memberikan inspirasi kepada saya. Tentang komen ni ada yang komen penulisan saya ni terlalu panjang. Mungkin juga. Tapi saya seronok menulis begini. Tapi maaflah kalau semua ini menyusahkan anda untuk membaca. Saya akan tambahkan lagi gambar. Maaflah selama ni saya update blog guna handphone cap ayam je. Tak boleh nak masukkan gambar. Apa pun saya akan jadikan blog ni sebaik mungkin. Terima kasih semua.

14 Oktober 2009

Masalah teknikal.

Baru-baru ni saya kehilangan handphone saya. Dan yang tak best tu sim kad broadband saya pun sama-sama hilang. Jadi saya terputus hubungan dengan dunia web. Selama 3hari mencari dan akhirnya saya menjumpai semula handphone saya. Rupanya handphone saya berada di dalam laci almari. Mungkin anak saya yang letak disitu. Alhamdulillah segalanya masih dalam keadaan baik. Dalam 3hari tu saya terfikir bagaimana agaknya dunia saya tanpa internet. Mungkin saya masih pemancing yang dulu. Dan sudah pasti saya tak dapat nak berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda semua. Pemancing alaf baru memang perlukan alat bantuan seperti internet ni. Forum terutamanya banyak membantu. Ramai sifu-sifu yang sudi berkongsi ilmu. Terima kasih semua. Semoga murah rezeki.

Papan jackpot.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemancing dan pembaca setia blog ni. Apa khabar. Maaf la agak lama saya tak update blog ni. Ada masalah teknikal sikit. Ok la Harini saya nak cerita tentang papan jackpot ni. Sape yang tak tahu pasal jackpot kat kolam-kolam pancing ni. Rata-rata kolam pancing ada mengenakan bayaran jackpot. Dan wang terkumpul tu la yang akan dibahagikan kepada para pemenang. Tapi apa rahsia di sebalik papan buruk bertulis ni. Bagi saya papan jackpot menyimpan banyak rahsia. Biasanya tauke kolam akan menulis berat ikan dan masa ikan dinaikkan. Tak lupa juga nama pemancing. Inilah aset yang paling penting bagi pemancing. Pasti anda pernah mengalami masalah kumpau di kolam pancing. Bila di selidik rupanya ikan makan malam bukan siang dan sebaliknya. Disinilah gunanya papan jackpot. Masa ikan dinaikkan akan menentukan waktu ikan makan. Kalau kat papan jackpot tu rata-rata ikan makan malam mengapa anda perlu membazirkan wang dan masa anda menunggu ikan membuka mulut pada waktu siang. Lagi bagus kalau ada kawan-kawan yang tinggal berhampiran kolam. Boleh la jadi peninjau. Bantu kawan-kawan. Jangan lupa pulak kasi duit minum atau minyak. Lagi satu papan jackpot akan menulis berat ikan yang dinaikkan. Bagi pemancing yang sudah biasa memancing pasti info ini berguna. Berdasarkan pengalaman saya ikan kecil dan besar makan umpan yang agak berlainan. Waktu ikan makan pun menentukan umpan yang digunakan. Kalau malam bisanya saya akan gunakan umpan yang berbau agak kuat sedikit berbanding memancing pada waktu siang. Ini kerana pada waktu malam ikan akan hanya menggunakan deria bau sahaja. Kalau siang deria pengelihatan dan bau akan aktif. Jadi tak perlu la umpan yang terlalu kuat baunya. Rahsia papan jackpot ni adalah berdasarkan pengalaman saya dan kadangkala ianya tak la tepat. Cuma boleh dijadikan panduan. Rezeki di tangan tuhan dan yang penting kita berusaha dan bertawakkal. Sekian

08 Oktober 2009

Ikan makan malam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua hari lepas saya ada meninjau kolam rabok bay pada sebelah malam. Tu pun kerana nak kena ambil umpan. Umpan tu saya suruh rakan tolong belikan tapi saya tak sempat nak ambil siang sebab bekerja. Saya sampai kat kolam lebih kurang jam 8malam. Kebetulan masa tu ikan baru nak start makan. Ada beberapa orang yang sedang menaikkan ikan. Ikan makan makan detik hati saya. Ikan yang masuk carta Papan jackpot pun semuanya dinaikkan pada waktu malam. Jadi kalau anda ingin ke kolam ni pada minggu ini silalah datang pada waktu malam. Aman sikit dari gangguan anak-anak ikan dan malam tak la panas macam siang. Sekian

04 Oktober 2009

kolam pancing jugra sport fishing

assalamualaikm dan salam sejahtera kepada para pembaca dan peminat blog ini. semalam atas ajakan rakan-rakan saya pun bertandang di kolam pancing air masin ni. saya baru nak belajar memancing di kolam air masin. langsng takde pengalaman. yang saya tahu pemancing air masin lebih mementingkan ternik. tak kirala sama ada dari perambut hinggalah cara mendaratkan ikan. dah beberapa hari saya buat persiapan untuk memancing. biasala. tak pernah mancing air masin tapi kali ni pergi jugak. saya gunakan kekili banax zest dipadankan dengan joran daiwa megaforce. tali utama tali sulam fireline 14paun dan perambut seahawk florocarbon 30lb. saya gunakan umpan udang pasar yang saya gulung dengan kertas surat khabar bagi meluruskan umpan. ada seorang otai pancing mengatakan, udang hendaklah lurus semasa dikarau barulah siakap akan menjamah umpan. saya sebagai orang baru banyak melakkan pemerhatian sahaja. tak berani nak tanya banyak-banyak dengan otai-otai kat sana. saya perhatikan betul-betul perambut dan teknik yang mereka gunakan. otai kat sini menggunakan umpan udang pasar sahaja yang dibuang kulit. bukan semua kulit dibuang, mereka akan meninggalkan kulit pada bahagian sayap ekor dan pangkal kepala. saya rasa tujuannya adalah mengelakkan umpan dari mudah tercabut. pada bahagian inilah mereka akan cangkukkan matakail. tapi yang membuat saya muyskil bagaimana mereka ni boleh membuat udang kopek tu berenang lurus dan cantik semasa dikarau. memang benar, gaya persembahan umpan sangat penting. otai yang memancing betul-betul disebelah saya mendapat 6 strike dalam masa 2jam dan dapat menaikkan 5 ekor siakap. tapi umpan saya langsung tak dijamah. kecewa betul saya. 4strike yang pertama terjadi tak sampai 1 jam pun!!! mungkin belum rezeki saya. selepas lebih 3 jam casting udang kopek tanpa ada yang menjamah saya bertukar pula kepada pancingan dasar. saya sangkutkan beberapa ekor udang kopek baling kearah tiang. tapi apa boleh buat takde juga yang nak menjamah. 4 orang rakan yang datang memancing bersama saya mendapat sorang seekor ikan. 2 ekor siakap,1 kaci dan 1 kerapu. siakap yang 2 ekor tu mereka dapat dekat dengan kincir air. balingan tak sampai 5 kaki dari tebing dan kerapu dapat diantara tiang-tiang pvc. saya perhatikan pemancing yang casting akan lebih tertumpu kesangkar ditengah kolam. yang memancing dasar pula akan lebih tertarik kepada kawasan yang berstruktur. lebih kurang lagi 15 minit sebelum tamat masa, ada seorang pemancing otai yang duduk disebelah saya mendapat satu tarikan kuat dari ikan. ikan menekan tanpa henti dan beliau dengan yakin mengetatkkan drag lagi bagi mengekang larian ikan. lepas 10 mminit berhempas pulas macam menarik anak lembu, ikan mula kelihatan. saya anggarkan ia adalah siakap 5kg++ ada seorang pemancing lain yang ingin membantu menarik perambut dengan tangan, dan akhirnya tali perambut terputus kerana tak berhati-hati. kan lebih baik jika menggunakan playar atau tangguk. terlepas ikan jackpot penjaga kaunter akan bertanya tentang jumlah ikan dan jenis ikan yang anda dapat. yang menariknya jumlah ikan mengikut jenis akan ditambah mengikut jumlah ikan yang berjaya dinaikkan. maknanya stock ikan didalam kolam takkan berkurangan. patut la ramai yang suka memancing disini. syabas saya ucapkan kepada tauke kolam pancing jugra sport fishing, dan dah pasti saya akan bertandang lagi ke sini. -topangler81-

03 Oktober 2009

Hari ni kolam tanjung rabok bay masukkan tongsan sisik halus 900+kg. Rohu 30/9/09 600++kg

02 Oktober 2009

cuba-cuba baitcaster


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. anda pasti pernah mendengar tentang kekili baitcaster atau kekili menegak kan? kekili menegak ni lain sikit dari kekili spinning. cara pengendalian dan penjagaan pun tak sama. saya pun berminat nak mencuba. yang saya tahu kekili jenis ni memang mahalagak mahal. tapi ciri-ciri yang diberikan adalah lebih menarik. sampaikan dalam MFN ada thread yang bertajuk Giler baitcaster. dari forum ni jugak la saya kenal beberapa model yang diperkenalkan oleh otai-otai kat situ. saya pernah juga menggunakan kekili menegak dari jenama okuma 250 dan abu garcia c3, tapi saya tak pernah menggunakan kekili low profile jenis baitcaster ni.
dua hari lepas dah teringin sangat nak cuba kekili jenis ni saya bertandang ke kedai pancing. ada beberapa jenama yang ditunjukkan. seahawk, banax dan shimano. budget saya tak la tinggi sangat. jadi saya memilih banax zest sahaja. saya dapat beli dengan harga rm110. boleh kira murah la tu. saya juga muatkan dengan braided fireline 14lb. tali 100 meter dimasukkan, tak la penuh sangat spool tu. begaineer macam saya ni sepatutnya menggunakan tali tangsi. tapi tak apa la.

sampai kat rumah saya padankan kekili tu dengan joran daiwa megforce 8-17lb. memang padan nampaknya. dan lepas tu apa lagi saya mula la memancing di laman rumah. saya mula menggunakan soft plastik mino yang terpakai. bila mula-mula cast saya dapati kekili jenis ni membolehkan saya melontar dengan baik. rasa ngam-ngam kat tangan je. kalau guna kekili yang dulu ibu jari mesti diletakkan pada spool semasa membaling umpan. tapi kekili jenis ni tak perlu pulak. baling dan lepas sahaja. semasa umpan jatuh atau sebelum umpan jatuh ibu jari akan tahan spool untuk elak tali kusut.
dalam 20 balingan terjadi 3 kali kusut. kusut yang pertama saya mememrlukan 30 minit untuk meleraikannya.

saya dapati kekili ni ada beberapa ciri yang lain dari multiplier saya sebelum ni. di sebelah kiri ada tombol 1-10. tapi yang lain tu seakan sama sahaja. bila diletakkan pada no 1 spool akan ikut setting magnetic drag yang sebelah kanan. bila dinaikkan kepada 5 spool akan menjadi lebih berat. lagi tinggi lagi berat. memang bagus ciri ni. boleh cast semasa ada angin tanpa perlu ubah magnetic brake.

apa pun saya berpuas hati dengan kekili ni. walaupun belum di cuba dilapangan pancing, saya pasti ia boleh menjalankan tugasnya dengan baik. mungkin boleh cuba casting haruan lepas ni

pertanyaan dan borak borak pancing