20 Januari 2011

cubalah yang lain...

assalamualaikum dan salam sejahtera.. terima kasih kepada pembaca yang sudi menjadi pembaca setia blog ini.
kepada yang baru balik memancing apa hasilnya..... lumayan ke atau hanya menjadi pemerhati sahaja..... bagi saya semua itu ada hikmahnya.... jika suatu hari kita mendapat rezeki yang melimpah ruah dari Yang Maha 
Esa jangan lupa bersyukur padanya. jika harini tiada rezeki untuk kita bukan bermakna kita disisihkan tetapi kita disuruh untuk berusaha dan belajar....

bukan bermakna setiap kali memancing mesti mahu ada ikan yang banyak dan besar. kita ni pemancing dan bukannya penjaring... ada ramai juga yang selalu curiga dengan orang lain yang mendapat banyak ikan. katanya ada guna bela-bela la toyol la baca-baca la dan sebagainya... kenapa ada sifat yang sebegini? 

yang penting bagi saya adalah kepuasan memancing. dapat pergi memancing pun dah kira seronok. kalau dapat  ikan dah kira bonus dan syukur. pemancing kita sangat bebeza jika dibandingkan dengan pemancing luar negara. rata-rata mereka ingin mendapatkan ikan yang mencipta rekod tetapi pemancing kita pula mahukan ikan yang banyak tidak kira kecil atau besar. cuba anda fikirkan, yang mana lagi penting dan yang mana lebih berharga pengalaman mendaratkan ikan yang terberat atau mendapat tangkapan yang banyak, lagi sekali saya ingatkan yang kita ni pemancing bukannya penjaring atau nelayan.
fikirkanlah....

pertanyaan dan borak borak pancing