29 Januari 2012

kolam sealion!!!!!

assalamualaikum dab salam sejahtera kepada semua. apa hasil memancing semalam? cerita pasal semalam saya baru berjinak-jinak memancing kolam air masin. saje je cuba pulak nak merasakan penangan ikan air masin ni. kuat ke tidak.

pada mulanya saya tidak bercadang landing untuk turun memancing, lagipun saya baru sahaja sampai dari kampung isteri di kulim. kepenatan perjalanan sepanjang 6 jam tu masih lagi terasa. tapi saya tak dapat nak menahan tangan yang semakin gatal nak merasa tarikan ikan.

pakcik saya seorang pemancing air masin yang boleh dikatakan tegar. selalu juaga beliau turun memancing dikolam ini pada hujung minggu terutamanya kalau time gaji. gerenti tak melepaskan peluang memancing disini,

kami mulakan perjalanan dari rumah lebihkurang jam 4.30 petang. dalam perjalanan kami singgah di stesen minyak petronas untuk sembahyang asar...... selesai solat kami menerukan perjalanan dengan hati yang tenang. tapi entah kenapa hari itu ada sebuah kontena terbalik diatas jambatan dan 4 buah lori mengalami masalah tayar meletup. tapi perjalanan tetap akan diteruskan.

alhamdulillah akhirnya kami sampai dikolam pada jam 5.25 petang dan tanpa berlengah kami menyiapkan perkakasan dan terus mendaftar. bagi first timer macam saya memang lain macam rasanya sebab suasana dan cara memancing ikan dikolam air masin ni agak bebeza dengan gaya pancingan kolam air tawar.

saya menggunakan perambut flourocarbon 20paun  sepanjang 1.5 kaki. set pancing pula saya gunakan joran eupro twincraft 10-20lb 6 kaki dan kekili lama dari jenama abu garcia yang dipadankan dengan tali sulam fins berkekuatan 20 lb. dihujung perambut saya menggunakan matakail dari jenama barkley chinu saiz 9. macam nak memancing patin je rasanya kerana saya rasakan set ini agak kurang sesuai digunakan untuk kolam air masin kerana rata-rata pemancing akan menggunakan tali sulam sekurangnya 30 paun dan perambut 40 paun..

umpan udang kopek menjadi taruhan saya untuk mendapatkan ikan. balingan pertama diketuk oleh anak-anak ikan kerana ketukannya amat pelahan.... balingan demi balingan saya cuba mempelajari apakah kaedah terbaik untuk mendapatkan ikan disini. boleh dikatakan setiap kali balingan akan ada ketukan dari ikan tapi saya tak pasti samaada ianya ikan kecil atau besar. jikalau anda pernah memancing ikan gelama begitulah ketukan yang saya dapat rasakan pada hujung joran. apa yang saya perlu buat saya pun tak tahu. dalam setiap ketukan saya akan membuka bail arm kekili dan memberi tali untuk memudahkan ikan menelan umpan tapi tiada ketukan mahupun tarikan sebaik sahaja saya membuka bail arm...... dimanakah silapnya.

selepas 2jam berhempas pulas dengan casting, tangan pun dah naik panjang sebelah, saya menukarkan teknik dengan menggunakan kaedah pelampung pula. teknik pelampung ni lebih santai dan mudah jika dibandingakan dengan kaedah casting. akhinya umpan belanak mula memberikan kesan. pelampung mula tenggelam timbul dan tenggelam terus. saya buka bail arm kekili memberikan tali dan selepas 5 saat saya merembat dengan kuat bagi mengukuhkan tacapan matakail pada mulut ikan. tarikan kuat oleh ikan menyebabkan joran saya membengkok. benaman-benaman ikan adalah lebih kurang sama dengan daya tarikan pacu besar cuma bezanya ikan air masin ni boleh dilawan dengan cara keras lawan keras. malah ada pemancing yang menggunakan teknik kekili mati dan melawan ikan keras lawan keras .

perlawanan beberapa minit dan akhirnya ikan lemah. siakap merah lebih kurang 2kg menjadi ikan air masin pertama saya..... selepas membuka matakail dan memasang umpan, saya baling lagi ketempat yang sama yang ikan pertama tadi makan umpan dan tak sampai seminit umpan dijamah lagi. dan kali ini ikan terus menarik pelampung dan menarik pancing saya dengan kuat. saya tahan asakannya dan ikan siakap merah lagi. dan kali ini ikan jauh lebih kecil. anggaran dalam skala 800gram sahaja.

sekejap sahaja masa 3 jam memancing telah berlalu dan saya pulang dengan 2ekor ikan siakap merah dan pakcik saya hanya mendapat seekor kaci sahaja....... oklah lain kali saya akan cuba lagi..... mungkin lepas ni saya akan mencuba nasib dikolam 2 pula......

08 Januari 2012

umpan pallet untuk patin update

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. lamanya saya tak mancing. lama jugalah saya tak updatekan blog ni. maklumlah tengah sibuk menyiapkan airbrush helmet, basikal dan kerja sekarang ni pulak memerlukan komitmen yang sangat tinggi....

ramai yang bertanya kepada saya tentang umpan pallet ni. sebenarnya umpan ni adalah umpan yang sangat mudah. tak payah lagi nak pakai umpan peram-peram ni. cuma perlu rendamkan pallet bagi lembut, sangkutkan jajan kat matakail, kepal pallet dan baling ke kawasan ikan bermain. seang sangat. kena wat video kot lepas ni baru orang akan faham akan caranya. ok... nantikan video dari saya...

pertanyaan dan borak borak pancing