24 Ogos 2009

Experiment no 3

Experiment ni masih lagi dijalankan di tanjung rabok bay pada 23 dan 24 ogos. Eksperimen no 3 23/8/09 Hujan pada pada tengah hari tu melambatkan saya untuk ke kolam. Maklum la saya naik moto kalau nak ke kolam. Sampai je di kolam, ada beberapa orang pemancing tengah melayan pacu. Memang pacu galak makan lagi-lagi selepas hujan. Ada beberapa pemancing cina yang dapat menaikkan lebih kurang 30 ekor pacu. Meriah betul saya lihat. Mereka gunakan cacing dan anak ikan sebagai umpan. Tapi yang paling galak umpan cacing. Umpan anak ikan agak kurang di jamah. Nampak ikan galak makan saya cepat-cepat membancuh umpan. Dan saya masih lagi menggunakan perambut spring. Saya merayau mencari kawasan yang di rasakan berpotensi. Kalau memancing di laut orang menggunakan sonar. Tapi di kolam kita perlu gunakan sonar semulajadi kita iaitu mata dan telinga. Tak perlu la saya jelaskan di sini bagaimana caranya. Saya rasa semua orang tahu caranya. Lokasi yang saya pilih kali ini adalah di kawasan bersebelahan kincir. Kawasan ini biasanya memang berpotensi. Tambahan pula kincir membekalkan oksigen. Ada juga beberapa kali kelihatan ikan bermain air dikawasan itu dan saya mengagak ia adalah ikan rohu dan tongsan sisik halus. Bila nampak ikan main air macamtu saya pun mengeluarkan pelampung. Pelampung ke perambut hanyalah sepanjang 1.5 jengkal sahaja. Di kolam ni penggunaan pelampung pendek biasanya lebih efektif. Jangan lupa gunakan batu ladung sauh agar pelampung tidak bergerak dan tidak mengganggu pemancing lain. Terutamanya pemancing dasar. Saya melabuhkan umpan pertama pada jam 3.45petang. Umpan yang pertama ni saya kepal besar bagi memanggil ikan. Biasanya saya akan labuhkan umpan setiap 5minit. Tujuannya adalah untuk memanggil ikan. Lepas 3 balingan barulah parking joran. Kelihatan ada ikan yang berlegar legar berdekatan pelampung. Selang 10 minit barulah pelampung tenggelam. Gegaran hujung joran yang agak kuat menandakan ikan adalah spesis pacu yang kena. Saya karau dengan perlahan dan tegang tali bagi mengelakkan dipotong pacu. Perlawanan agak hebat dan pacu 2kilo berjaya dinaikkan. Alamak pacu, saya berseloroh. Pemancing rohu seperti saya agak kurang menggemari spesis pacu ni kerana ia selalu sahaja merosakkan perambut yang saya gunakan. Kadangkala sampai 3 ke 4 matakail yang putus digigitnya. Perambut tangsi memang senang sahaja boleh diputuskan oleh gigi pacu yang sangat tajam tu. Selepas tu saya dikejutkan lagi dengan tarikan yang menenggelamkan pelampung. Kali ini ikan menarik sekali tali dari kekili. Sah ini adalah tarikan dari rohu. Perlawanan dari rohu memaksa saya menekan spool bagi mengekalkan tali terbelit di tiang kincir. Bila spool ditekan ikan mula bergerak kekiri dan kanan. Saya angkat joran agak tinggi untuk mengangkat kepala ikan dari air. Ia bertujuan melemahkan ikan. Sama seperti kita kalau kita sedang tercungap cungap berlari dan tiba tiba tak dapat bernafas kerana takde udara dah tentu kita akan mejadi lemah. Dan rohu lebih 2kg berjaya di naikkan. Selepas itu ikan agak lembab dan kurang makan umpan. Ada juga beberapa kali pelampung tenggelam dan rabut. Pelik juga rasanya. Bila saya periksa rupa rupanya matakail dah terbuka. Tiga kali saya dapat tarikan sebegitu. Perambut saya tukar dan kali ini pelampung tenggelam lagi itu pun dah lebih dari 15 minit selepas tarikan tadi. Kali ni ikan tak terlepas lagi. Matakail baru yang agak besar dapat memegang mulut ikan dengan kemas. Drag saya ketatkan sedikit bagi mengekang lariannya. Ikan menuju kearah kincir lagi. Lagi sekali saya menekan spool bagi mengekang lariannya. Tapi kali ini ia lebih kuat dan saya terpaksa berundur ke belakang. Dan selepas itu ia bergerak ke kiri. Syukur ia bergerak menuju ke kawasan yang jauh dari kincir. Selepas 5 minit rohu 2.5kg berjaya saya daratkan. Seronok betul dapat nelayan ikan ni. Sedang saya asyik memancing terlihat seorang pemancing yang sedang bergelut dengan ikan. Sudah 15minit perlawanan tapi ikan masih kuat. Perlawanan lebih mendebarkan bila pemancing tu hanya menggunakan perambut tangsi sahaja. Ikan melakukan aksi akrobatik. Dilihat seekor pacu besar melompat tinggi. Nasib baik matakail terlekat pada sisi mulut ikan. Jika tidak dah tentu berputih mata. Bila ditimbang pacu seberat 8kg!! Memang besar pacu tu. Di katakan ada pacu secepat 14kg di kolam ni dan hanya seorang pemancing sahaja yang berjaya menaikkannya. Bayangkan kalau pacu ni kena pada set pancing ringan boleh berasap mesin dibuatnya. Lepas tu ada tarikan dari ikan. Selepas 2jam saya pulang dengan 6ekor hasil tangkapan. 3pacu dan 3rohu. Dan tak lupa juga 3kali mata kail lurus. Saya berpuas hati dengan umpan ni. Dalam 3 eksperimen ia tak pernah menghampakan Bila anda mahu mencubanya. -topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing