26 November 2013

test field umpan -topangler81- di kolam pancing seksyen 24

salam semua.... harini hari pertama test field saya di kolam seksyen 24 menggunakan umpan -topangler81-. umpan apa pulak ni? umpan ni adalah resepi umpan kolam air tawar yang selalu saya gunakan. Bukan la kata power, cuma sekadar nak berkongsi umpan ni dengan pemancing yang sudi membeli. Umpan ni adalah 100% halal. Tiada masalah jika terkena pada pakaian dan sah untuk solat.

kolam pancing seksyen 24

Test field ni sebenarnya bukan saya rancang pun, cuma rasa nak test umpan ni kat kolam seksyen 24 dan saya terus pergi. Saya bertolak pada jam 7.45 pagi dan sampai dikolam pada jam 8.15pagi (jalan jem kat hihgway kesas). Sampai dikolam saya lihat suasana kolam agak lengang memandangkan harini adalah hari bekerja. Cuma ada lebih kurang 10 pemancing pada masa tu. Saya adalah pemancing pertama pagi tu, yang lain semua pemancing midnight. Tunggu masa je nak balik. Hahaha... peluang baik ni memandangkan saya hanya menggunakan set pancing ringan eupro  10-20 paun dan tali florocarbon logoil berkekuatan 20 paun sahaja. Set memancing patin saiz sederhana sahaja.
TICA 554. mesin lama nih!!

Sampai dikolam saya lihat ada beberapa orang pemancing yang sedang menaikkan ikan. Pagi-pagi macam ni memang ikan biasanya akan galak makan. tak kira la apa spesis pun. Tapi saya lihat harini banyak pacu yang berjaya dinaikkan. Kegalakkan ikan yang macam ni biasanya akan membuatkan semua pemacing teruja. Kejap-kejap naik ikan.

Saya hanya menggunakan roti gardenia yang dipotong dadu sebagai umpan. Umpan versi lama la katakan. Rata-rata saya lihat pemancing menggunakan pallet sebagai umpan. Ada juga yang menegur " ikan dah tak makan roti dah sekarang, semua makan pallet".Saya cuma senyum sahaja... tak kisah la kan. Rezeki kita siapa yang tahu kan.

roti gardenia original classic, selalu saya gunakan, ia lebih lembut dan kurang hangus pada bahagian tepi


"Jika menggunakan roti gardenia sebagai umpan , saya selalu akan potong roti kepada bentuk dadu pada malam sebelum memancing, ini bagi memastikan roti tidak terlalu pejal dan memudahkan roti untuk menyerap umpan sos dan juga bagi memastikan umpan mempunyai bau yang sekata."

saya memilih spot di belakang kolam, iaitu berdekatan dengan kawasan pembinaan kerana pada masa itu hanya ada seorang pemancing yang memancing disitu. tapi kena berhati-hati kerana dekat sangat dengan kawasan pembinaan.

saya mulakan dengan bismillah. umpan dilontar ketengah kolam tepat jam 8.30pagi... tu pun dah kira lambat sebab saya selalu memancing bermula pada pukul 7 pagi. Saya masih menggunakan plastersin sebagai sensor, pemancing lain dah tak menggunakan sensor dah. kebanyakkannya menggunakan pancang tegak macam pancing pantai. Saya perhatikan ikan banyak bermain ditengah kolam. Rata-rata patin mekong dan patin biasa bermain ditengah kolam. Saya menggunakan teknik bottom pada test field kali ini. perambut  V sepanjang sejengkal 2 matakail dan dipasangkan dengan batu kecil sebagai pemberat. umpan pula satu matakail saya cangkukkan roti dadu dan satu lagi matakail saya kepal umpan sebesar separuh penumbuk dewasa. Style lama lagi ni....

5minit je menunggu, pacu lebih kurang 5 kg menjadi hasil tangkapan yang pertama. larian padu pacu ni membuatkan saya tersalah anggap patin yang makan
pacu 5 kg

semasa menaikkan ikan ini saya lihat ada beberapa pemancing lain yang sedang menaikkan pacu juga. memang tengah rancak ikan makan. selepas mengambil gambar saya terus melabuhkan umpan yang seterusnya.... selepas beberapa minit ikan terus menerjah umpan. saya rasa umpan belum mencecah dasar lagi dan sang pacu 7.00kg pulak menyambar. Teruja tengok tali yang tengah timbul tiba-tiba direntap ganas sang pacu....
pacu 7kg, dapat lah rm100 duit poket. masyuk!!!

umpan saya labuhkan lagi, kalini tarikan ikan lain macam pulak. slow jer dan tali hanya tegang sahaja. tali langsung tak keluar. sang tongsan pulak  rupanya yang sudi menjamah


anggaran berat tongsan sisik halus ni adalah 6kg

ikan yang berikutnya berjaya melepaskan diri kerana matakail terlucut, tak tahulah ikan apa. tapi saya rasakan dari cara ikan melawan ia adalah sang pacu juga.

suasana kolam semakin meriah selepas tongsan ni dinaikkan, selang 10 minit lagi seekor pacu saya berjaya naikkan, tapi tak sempat saya nak mengambil gambar. 

selepas jam 10 pagi ikan telah mula kurang galak, hanya 2 ekor tongsan kecil dan seekor pacu lebih kurang 5kg berjaya saya naikkan lagi..... feeding frenzy is over.....

hm,, macammana nak tarik ikan supaya makan pancing ni? kata hati saya dan saya lihat kedalam baldi umpan, roti masih ada separu baldi lagi. umpan 2 mata kini saya besarkan sedikit saiznya menjadi lebih kurang 3/4 penumbuk orang dewasa. Oleh kerana umpan yang besar lebih berat, saya dapat melontar jauh ke tengah kolam dengan mudah. kawasan permainan patin mekong menjadi sasaran saya. Saya tak berapa mengharap kerana ramai  pemancing yang menggunakan pelampung pada masa itu. Pelampung selalunya lebih efektif untuk memancing patin mekong ni.

cerita pasal patin mekong ni teringat saya dengan patin mekong pertama saya seberat 12,25kg yang saya naikkan dikolam ini beberapa tahun lalu. masa tu guna set ringan je sebab nak layan patin jek, tapi mekong yang makan. Terpaksa melayan sampai 45 minit masa tu batu ikan berjaya dinaikkan.... lenguh seluruh badan masa tu. 
1st mekong 12.25kg 

tengah saya berangan tentang masa saya naikkan ikan tu, tiiba-tiba bunyi mesin katak tica 554 yang macam dah tak nak bunyi tu membuatkan saya terkejut. kreek.... slow je ikan tarik mungkin kerana drag yang saya setkan pada mesin tica ni agak minimum. Saya angkat joran bagi mengukuhkan tacapan matakail dan ikan semakin lari ketengah kolam. Set ringan yang saya gunakan bukan tentangan bagi ikan ni kerana drag maksimum pada tica saya setkan. saya cuba mengepam ikan supaya naik kepermukaan. Nampak sirip dan ekor ikan nik ke permukaan dan tiba-tiba ia menunjukkan tred marknya. Mulut besar MEKONG!!!!. Adoi set ringan terkena mekong lagi.....

Perlawanan bertambah sengit selepas 3 minit pertama kerana sang mekong semakin ganas menekan ke dasar kolam setelah naik ke permukaan. Mungkin ia baru terasa ia terkena pancing....tekanan demi tekanan dan saya rasakan yang tangan saya sudah mula lenguh. Beberapa pemancing yang memancing berdekatan memberikan semangat kepada saya. Jangan sampai telepas!!... 

Selepas 15minit, ikan telah mula lemah, saya pun terasa semakin lenguh tapi semangat menaikkan ikan semakin membara.... nak tak nak kena naikkan juga. saya berseloroh menaikkan semangat sendiri... Saya berjaya membawa ikan berdekatan ke tebing, dan sekali lagi sang mekong menunjukkan kegagahannya denga menekan dan menarik tali kembali ketengah kolam. tapi kali ini la ia semakin lemah.... selepas 5 minit saya berjaya mendaratkan ikan patin mekong tersebut.... Anggaran berat ikan adalah 15kg tapi sayang kerana matakail yang berada pada mulut ikan telah terlucut, dan terlekat pada pipi ikan, Bahagian dalam mulut ikan berdarah menandakan matakail telah terlucut. Tak boll tak kira.....
patin mekong... 
patin mekong 15kg nampak kecil bila ambil gambar dari depan. tak muat tangguk

oh.. patin mekong ni nampak kecil la. sebab ambil gambar dari belakang. kalau dari sisi baru nampak gemuk sikit

selepas itu saiya berjaya menaikkan seekor pacu lagi

selepas pacu ini dinaikkan hanya ada seekor tongsan kecil yang berjaya saya naikkan. tu pun tongsan yang berjaya memutuskan tali pemancing. ada lagi matakail dan spring dalam mulut ikan.

kesimpulannya saya rasakan test field kali ini sangat berjaya. saya berjaya menaikkan 5ekor pacu 3 tongsan dan 1 patin mekong. 2 kali matakail terlucut tak tahulah ikan apa. dengan hanya menggunakan roti sebagai umpan dan bermain dasar bottom. walaupun bayaran rm30 adalah untuk 10 jam namun saya hanya memancing selama 5jam setengah sahaja, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. 

nantikan test field umpan -topangler81- yang akan datang menggunakan pallet dan pelampung pula kot.

sekian
-topangler81-




25 November 2013

umpan -topangler81- untuk dijual

salam semua.... macammana memancing sekarang ni? ada hasil ke tidak? Harap semua mendapat hasil yang lumayan la masa memancing.....
Saya ada berita baik untuk para pemancing. terutamanya untuk pemancing patin dan pacu.
Minggu hadapan saya akan mula menjual umpan secara online. dan umpan yang saya nak jual tu memenag telah diuji keberkesanannya.

Antara hasil@ lumayan memancing menggunakan umpan ni




untuk order boleh sms/wassap ke saya 018-2621253
harga hanya rm 30 sahaja termasuk kos pos ke semenanjung
sabah dan sarawak harga pos akan diupdate kelak

banyak lagi produk yang bakal muncul.
-topangler81-

03 November 2013

Umpan baru

salam semua.. dah cuba buat ker umpan yang  saya post semalam? ni ada page baru dalam blog ni khas untuk informasi bagi pertandingan memancing yang bakal diadakan. jika ada owner atau penganjur yang nak meletakkan iklan pertandiangan memancing. boleh letakkan di blog ni....
apa-apa hal pun yang penting pacak.........

sila klik link page ni
http://topangler81.blogspot.com/p/pertandingan-memancing.html

p/s: belum pernah merasa lagi naik pentas ambil hadiah johan pertandingan memancing.....bila?

-toipangler81-

02 November 2013

umpan power di forum

hahaha.... salam semua
lamanya aku tak update blog ni kan? dari musim panas sampaikan ke musim hujan.hahaha....
bukan apa, lama jugak saya dah tak memancing. manjang bizi je sekarang ni. Pernah tak korang pergi ke forum-forum pancing? kalau ada yang tak pernah masuk keforum  tu. sila-silakanlah.banyak info yang boleh kita dapat dari situ. ramai otai-otai yang bertapak kat forum tu. tanyalah apa pun yang berkaitan pasti mereka tidak keberatan.
forum-forum macam pancing.net memang sangat terkenal.

 tapi biasanya susah kalau nak dapatkan umpan power dari otai-otai pancing ni. kena lah belanja makan ke rokok sekatun ke  baru la boleh dapat menimba ilmu. tapi ni yang selalu para "pelajar" ni lupa. iaitu nak berterima kasih atau kongsi manis-manis dengan otai yang mereka belajar tu. ada jugak yang terus tarik muka sebab dah dapat manis-manisan besar. paham-paham la ye...

harini saya nak kongsikan satu umpan patin yang dikatakan paling power. sampai ada yang menjual.... yeke?



Bahan-bahan:
1. Tempe 2 bungkus

2. 4 biji telur

 
3. 2 biji ragi (
JANGAN GUNA MAURIPAN )
4. Santan kelapa (1 biji kelapa)

5. 75gm susu tepung nespray 123
6. Serbuk buah perah (sampingan...kalau ada)

caranya
campurkan blend dan jemur tengah panas 3 hari.

jangan lupa kongsi manis-manis tu

cuba-cubalah ye

 -topangler81-

08 Oktober 2013

lama dah tak update blog ni.
blog baru akan muncul lepas ni.
hahaha...
apa pun try klik bawah ni ok!!!!!
peace
-topangler81-

jom jom jom... klik disini

01 September 2013

nak tulis tentang apa?

haha.. salam semua......
lama sangat la tak update... bukan apa dah takde idea rasanya.... kengkadang memang bila idea tak datang kita sukar nak berkongsi ilmu. kalau ada yang bertanya tentang tu dan tentang ni mungkin la saya boleh jawabkan. tapi tu la saya ni manusia biasa jugak.... memancing sekadar hobi dan untuk merenung keindahan ciptaan Tuhan....

sekarang ni dah masuk musim hujan.. mari kawan-kawan kita memancing. masa musim hujan tahun lepas ingat tak resepi mana iyang ikan lebih gemar?... kalau dah lupa sendiri mau ingat la kawan.....
selalunya umpan akan bertukar mengikut keadaan cuaca. maklum la air kolam mula naik dan suhu air pun dah berubah.... cuma yang penting ikan macam kita jugak. bertukar-tukar selera. jangan takut nak bereksperimen..... apa yang selalu org kata "think outside of a box"....
saya rasa nak selitkan satu resepi la untuk memancing patin
 
resepinya:
santan kotak
strawbery paste
biskut kelapa

caranya.....
think outside of a box!!!

sesape yang dah try. poskan resepi anda kat komen ok!!!!
-topangler81-

15 April 2013

nostalgia umpan lama test 1

testing2 umpan baru kat kolam seri cheeding

hening betul suasana kolam dipagi hari, walaupun dah lambat sebenarnya.. pukul 10 pagi baru sampai kolam...


umpan roti yang dah siap dicampurkan dengan  sos patin baru... campur sekali dengan pandan coconut
satu mata kepal dengan roti dan satu lagi cangkuk jer. senang ikan nak makan...


pacak-pacak.....


umpan ni dah diperap selama 2 jam...


hasil manis-manis harini. patin 3kg. perut dah boroi giler sebab 2 malam berturut-turut ada game... perut dah boroi macam ni pun masih sudi nak makan umpan........ 

walaupun cuma seekor, berbunyi gak mesin pancing aku yang dah lama tak beraksi. layan ikan sampai lembik...

31 Mac 2013

notalgia umpan lama......

salam, apa khabar semua... lama dah tak update blog ni. sampaikan password saya pun dah lupa. nasib baik boleh ingat balik.

apa topik harini? masa releks-releks kat rumah tadi teringat pulak kisah-kisah masa mula-mula memancing patin dulu.... macam-macam resepi umpan yang saya cipta. masa tu pun selalu mancing 'lone ranger' jer. kira dah berabis ribu-ribu mancing ikan air tawar ni. kalau nak katakan RnD umpan tu sampaikan ada buku resepi umpan setebal 50 mukasurat....hahaha..... rezeki tetap ketentuan Ilahi, dah lama RnD umpan akhirnya dapat umpan yang mujarab untuk patin. hm.. saya pernah pos umpan ni kat blog ni kan? ada......ok la kalau ada yang terlupa atau tak pernah masuk blog ni ni linknya http://topangler81.blogspot.com/2010/02/umpan-patin.html

harini tercetus plak idea nak buat menambah baik umpan ni. hai la... RnD lagi.... tak pe la asalkan happy....
nampak sama je kaler dengan umpan yang asal tapi ada beberapa bahan tambahan selain dari kelapa dan tempe sebagai bahan utama.

nampak gayaya kena keluar balik la mesin TICA 554 aku tu yang dah lama tersadai lepas ni.......
ada sape-sape yang nak tempah ke Hahahaha...............

-topangler81-


pertanyaan dan borak borak pancing