14 Disember 2010

patin midnight pakage

suasana  kolam dimalam hari

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. lamanya saya tak memancing pakage midnight dan malam isnin lalu saya telah dapat berjaga sepanjang malam melayan kerenah ikan di kolam pancing seksyen 24 shah alam.
pada awalnya saya mahu memancing di siang hari tetapi kerana ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan tak dapat la saya nak pergi memancing siang tu. malam la pulak kita try.

pada malam itu secara rawak ada 20 orang pemancing yang memancing. rata-ratanya menggunakan umpan roti untuk menjerat patin. saya pun menggunakan umpan roti yang telah dicampurkan dengan sos patin. unpan macam biasa la saya gunakan roti potong dadu.

saya menggunakan teknik tanam iaitu memancing dasar, pada kili diletakkan batu mati kecil sebagai pemberat untuk mengelakkan roti terapung.

patin yang sudi menjamah umpan walaupun yang lain berpuasa

saya bermula memancing pada jam 12 malam, namun kata tauke kolam ni kalau nak memancing pakage midnight boleh masuk memancing agak awal dalam jam 11 malam. saya dapati pada malam ini ikan agak kurang menjamah. ada otai kolam yang memancing bersama mengatakan kalau rohu galak makan pada siang hari ia akan menyebabkan patin kurang makan pada malam hari. pada awalnya memang tiada ikan yang menjamah umpan sehinggakan satu kolam senyap tanpa kedengaran bunyi mesin katak. tapi selepas jam 2 pagi barulah ikan sudi menjamah.

patin pertama saya seberat 1.5 kg berjaya didaratkan pada jam 2 pagi. roti dijamah dengan sangat perlahan sehinggakan beberapa ketika tali ditarik dan lepas banyak kali. terbakar hati betul bila tengok ikan makan macamtu.

patin kedua dan ketiga saya dapat selang setengah jam dari yang pertama. kali ini ikan terus shoot tanpa memberikan amaran sehinggakan hujung joran tertonggeng mencecah air, nasib baik tak termasuk kedalam kolam!!!!...


jam 3.30 pagi saya dikejutkan dengan tarikan yang sangat laju dari ikan, masa tu umpan belum mencecah dasar lagi, tetiba zasss...tali meluncur laju dan saya segera mencapai joran. renangan ikan sangat laju dan agak sukar untuk saya mengawal, saya meningkatkan lagi tekanan drag dengan harapan ikan akan akan berhenti, tapi saya silap bila ikan tetap melawan tanpa rasa penat. setelah 15 minit berhempas pulas, barulah ikan menunjukkan tanda-tanda kepenatan, saya pun dah penat jugak..... untuk kurangkan bebanan pada tangan saya gunakan teknik berundur  kedepan dan karau, dengan teknik ini saya berjaya meningkatkan tekanan pada ikan dan mengurangkan tekanan pada tangan saya. setelah beberapa minit dan ikan sudah hampir ketebing, saya dapati ada kelainan pada hujung joran , ia seakan dibuai dan terdapat ayunan pada hujung joran. rupa-rupanya matakail terlekat pada ekor ikan, patutlah kuat semacam ikan ni, terpaksa berenang undur.  

jam 5 pagi ikan makin galak makan, saya pun tak terkecuali menaikkan beberapa ekor patin lagi yang bersaiz antara 2 kg hingga 6 kg. meriah betul awal pagi kat kolam ni. lagi-lagi mereka yang menggunakan umpan yang agak digemari pacu pastinya akan dapat merasakan tarikan pacu pada awal pagi macam ni. sedang saya leka mencucuk umpan pada matakail, saya dikejutkan dengan jeritan kuat kekili tica 554 saya dan saya luhat joran tertonggeng dan hujung joran mencecah air, saya tidak menyentap joran tetapi saya angkat sahaja joran kerana saya tahu mulut ikan telah terlekat kemas pada mulut ikan. saya pam beberapa kali untuk menaikkan ikan dengan cepat tapi ikan ni masih berdegil walaupun perlawanan telah berlangsung selama 10 minit. ikan memecut lagi ketengah kolam tapi akhirnya ikan mengalah selepas 5 minit lagi pertarungan berlangsung, patin 5.8 kg makan dengan rakus sekali dan berjaya dinaikkan.

akhirnya saya menamatkan sesi memancing kali ini dengan  5 ekor patin manakala spesis lain tidak pula sudi menjamah umpan

-topangler81-

03 Disember 2010

jom buat perambut spring

perambut, merupakan keperluan wajib dalam memancing. tanpa perambut takkan ada memancing namanya. pancingan kolam air tawarlah yang paling banyak memvariasikan perambut. ada sesetengahnya yang boleh diketogorikan sebagai hasil seni si pembuat perambut itu sendiri.


perambut spring seperti ini antara yang terhangat sekarang ni.

bahan-bahan yang diperlukan

spring, tali perambut, matakail, swivels dan gunting serta kreativiti


perambut florocarbon yang tahan lasak dan susah nak kerinting menjadi pilihan utama. selagi ikan tak putuskan tali selagi tu boleh guna perambut tu. bagus ni!!!!

mula mula sekali potong dawai tengah penyambung manik dan spring menggunakan cutter.

langkah pembuatan perambut


1. potong tali perambut sepanjang sekaki sebanyak 5 perambut. lipatkan menjadi dua bahagian yang sama dan anda akan dapat 10 hujung tali pada kedudukan yang sama.




2. masukkan swivel pada tengah-tengah kesemua tali perambut


3. ambil tali lain, (dalam ni saya gunakan tali yang berwarna lain untuk memudahkan anda memahami caranya) jalinkan antara kesemua tali tadi dan pastikan ianya betul-betul ketat.
 teknik jalinan ni selau orang panggil ikatan ayam. simpulan biasa sahaja.


gunakan semua 'bantuan' yang ada



4. buatkan sampai 30 jalinan atau lebih bergantung kepada anda



5. ini adalah langkah yang sangat penting. pilih tali yang mengarah kearah yang anda kehendaki. macammana nak cakap ni. bayangkan perambut cakar ayam, pilih tali yang membentuk cakar ayam tu. harap gambar ni membantu






6. buatkan loop pada hujung tali yang anda telah pilih tadi. buat loop kecil muat-muat kepala paku je.




7.dengan bantuan paku yang telah dipakukan pada dinding, masukkan loop tadi pada kepala paku. tarik dan mula menjalin menggunakan tali jalinan tadi (berwarna biru). cara jalinan adalah seperti berikut





8.inilah rupa perambut atas yang telah siap dijalin. kena sabar dalam bab ni.


 


9. masukkan manik kedalam tali yang belum dijalin sahaja. jangan lupa juga tali berwarna biru yang digunakan untuk menjalin nanti



masukkan spring dan kemudian masukkan manik kedua


. kemudian ulangi langkah yang ke 3 tadi pada bahagian bawah spring pula.



lepas tu ikatlah matakail mengikut kepanjangan tali perambut yang anda kehendaki. selalu jarak tali perambut yang saya ikat adalah lebih kurang 2-3 inci

anda sendiri kena mengkaji samaada perambut matakail yang panjang atau yang pendek menjadi kegemaran ikan. petuanya selalu gunakan perambut yang agak panjang bagi kolam yang berlumpur dan sebaliknya.
cara ikatan kat link ni
http://www.netknots.com/html/snell_traditional.html
http://www.netknots.com/html/snell_knot.html

sekarang dah siap. boleh la turun memancing rohu lepas ni.... jangan lupa.....
reportkan hasil menggunakannya...
jangan sampai perambut kat kedai pancing tak laku lagi nanti.
oh ya. saya selalu letakkan gam gajah pada ikatan samaada pada jalinan atau matakail bagi mengukuhkan ikatan.

selamat mencuba.

02 November 2010

test field- kolam pancing seksyen 24.



besarnya kolam ni


isnin lepas saya bertandang ke kolam pancing seksyen 24 shah alam. Penuh dengan harapan kerana 2kali kesana saya masih tak dapat menjinakkan ikan idaman saya. Sang patin. Kali ini saya lebih bersedia. Kekili katak tica 554 disematkan tali sufix 12paun dan di gandingkan dengan joran abu garcia conolon 6.6kaki. Saya kesini sebenarnya untuk mengkaji panjang perambut yang paling berkesan disini. Saya berbekalkan perambut tali sulam sepanjang 8 inci dan matakail circle hook. Gandingan yang mantap untuk ikan yang membuat hit n run macam patin dan pacu.
Dulu saya gunakan perambut tak sampai 6 inci tapi selepas membuat perbandingan dan pemerhatian perambut panjang adalah lebih baik
Nampak sungguh banyak sekali patin bermain air. Umpan roti mighty white dan perisa strawbery saya labuhkan tepat jam 7.45 pagi. Tak sampai pun 10 minit umpan telah dijamah ikan. Gaya tarikan memang sah patin punya angkara. Tarikan kuat saya rasakan kerana ikan terus membenam tanpa henti. Drag saya ketatkan untuk menahan ikan yang semakin jauh ke tengah kolam. Selepas beberapa minit tali mengendur dan ikan berjaya meloloskan diri. Tension betul....
Bila saya check matakail masih ada menandakan ikan rabut. Dari gaya tarikannya mungkin patin lebih 6kg. Kawan saya yang memancing bersama turut hampa bila ikan terlepas.
Balingan kedua saya dekatkan sedikit. Dan sekali lagi dijamah ikan tak sampai pun 10 minit. Kali ini tongsan 6.6kg berjaya didaratkan.






tongsan 6.6kg

selepas saya berjaya menaikkan ikan tongsan ini, bertalu-talu ikan menjamah umpan. tak lama saya menunggu dan ada beberapa kali umpan jatuh ke air terus dijamah. nasib baik ikan tak menyambar umpan semasa umpan berada diudara. kalau berlaku perkara macamtu tak tahulah saya apa nak dikata. memang menghairankan kerana boleh dikatakan semua pemancing yang memancing pada hari tersebut mendapat sambutan yang memeberangsangkan dari ikan. ikan macam tak tahu takut nak makan umpan bermatakail. beberapa kali juga saya lihat ada ikan yang berjaya meloloskan diri dengan memutuskan tali.


dalam masa 3 jam memancing disini saya mendapat 20 tarikan dari ikan tapi hanya 6 ekor sahaja berjaya saya naikkan. seekor tongsan 6.6kg, seekor pacu 4kg dan 4 ekor patin seberat 4-6 kg. yang lain berjaya memutuskan tali dan beberapa kali ikan rabut.


kesimpulan yang saya dapat memancing hari ini

1. gunakan perambut yang agak panjang sekurang-kurangnya perambut tali sulam 12 inci

2. jangan gunakan circle hook- gunakan matakail yang ringan dan tajam seperti daiichi dll

3. balingan ketengah kolam sangat perlu untuk cepat mendapat tarikan ikan

4. gunakan 1 matakail sahaja untuk mengelakkan sangkut

5. drag disetkan kuat dan ketat kerana tak mahu ikan masuk ke kawasan sangkut

6. gunakan tali yang agak kasar 15-20lb

7. joran panjang sangat perlu untuk balingan sekurangnya sepanjang 6 kaki kerana kolam ini besar.

8. gunakan umpan yang lembut



ini adalah resepi umpan yang saya gunakan

1. 10 biji gula-gula strawberi fruit plus dicairkan

2. strawberi emalco 10ml

3. power bait kuning


cara pembuatannya ialah- rendamkan gula-gula dalam segelas air tunggu sampai cair. kemudian masukkan 10ml strawberi emalco. masukkan cairan gula dan strawberi tadi dalam bekas botol atau spray. potong roti dan kemudian taburkan sedikit power bait 003 pada roti dan siramkan sedikit cairan gula gula tadi pada roti. cangkukkan roti pada matakail dan terus memancing. selamat mencuba.



05 Oktober 2010

pengalaman pagi di kolam warga emas

assalamualakum dan salam sejahtera kepada semua. semalam saya ada bertandang ke kolam seksyen 24, dekat dengan uptown shah alam. pagi-pagi lagi saya dah garak kesana. tujuan saya adalah untuk mencuba memancing patin. pada mulanya saya nak memancing pada malam hari nak ambik midnight pakage. tapi malam tu hujan turun dan saya tak dapat nak tunaikan hajat saya nak memancing malam.

jam 7.30 pagi saya sampai ke kolam. dengan bersenjatakan kekili mutiplier banax zest dan joran daiwa 5 kaki saya beranikan diri untuk mencuba menggunakan baitcast ni. pelik gak rasanya dan ramai juga pemancing yang mentertawakan saya pada masa tu. tapi tak apa la demi mencari kelainan saya tabahkan hati juga. saya duduk dikawasan yang kurang pemancing. maklumlah dah lama tak menggunakan kekili menegak ni. takut nanti nak baling ke kolam terlekat kat telinga pemancing lain.....

saya menggunakan umpan roti yang dipotong dadu. dan menggunakan dua matakail pada perambut. Panjang perambut yg saya gunakan adalah antara 6inci hingga 12 inci. Kebanyakan pemancing saya lihat menggunakan perambut yg lbh panjang. Ada yg lebih dari sedepa.

dapat saya lihat banyak ikan yang bermain dipermukaan air terutamanya sang patin dan rohu. Macam air menggelegak. Terlihat juga sesekali patin gadang bermain air. Saya anggarkan patin tu lebih 10kg. Memang besar.

Tetiba saya dikejutkan dgn bunyi mesin katak dari pemancing sebelah. Tentangan dahsyat diberikan oleh ikan. Gayanya macam patin yang mengena. Memang kuat tentangan patin disini, keadaan kolam yang luas dan dalam menyebabkan ikan bertambah kuat. Selang 10 minit dapat dilihat patin berjaya di naikkan. Beratnya lebih kurang 5kg sahaja tapi tentangannya mcm patin 7kg keatas.

Cadangan saya kalau hendak memancing disini, gunakanlah joran berkekuatan 10-20paun dan kekuatan tali antara 12-20paun kalau tak mahu berputih mata.

11 September 2010

tips pancingan tongsan kolam



assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu malaysia dan selamat hari raya. terima kasih kerana melawat blog yang tak seberapa ni. lamanya saya tak selitkan info mengenai pancingan kolam air tawar. terima kasih kerana ada yang bertanya tentang tips pancingan tongsan.

tongsan merupakan ikan yang ikan yang agak kurang aktif di kolam. kebanyakan masa ikan ini akan berlegar berdekatan dengan permukaan kolam. selalu kita akan nampak olak air sebab ikan ni selalu berlegar di permukaan. tabiat pemakanan pulak ikan ni suka makan dengan cara menyedut. mulut pulak besar menandakan yang ikan ni menggemarkan umpan yang agak banyak dan besar. selalunya ikan ni akan galak makan dipermukaan juga. saya pernah mendapat 5 ekor tongsan dalam masa 2 jam memancing.

tongsan tidaklah kuat melawan, set 8-12 paun pun dah best nak layan tongsan ni. tapi kenala sesuaikan dengan umpan dan perambut yang digunakan. jika terlalu halus tali maka tali akan terputus semasa balingan umpan dibuat.

tips memancing tongsan

1. gunakan umpan yang banyak dan murah contohnya dedak hong (dedak padi). kalau berduit lebih boleh la gunakan dedak bomb coklat.

2. gunakan umpan yang agak wangi tapi jangan terlalu wangi. saya selalu gunakan perisa pisang cap star brand atau cap ros beberapa titik untuk dicampurkan kedalam umpan. atau boleh gunakan power bait hijau dan kepala tongsan


perisa pisang yang saya gunakan.

3. gunakan pelampung. perambut pulak lebih kurang 3 kaki sahaja.

lihat bertapa dekatnya pelampung dengan spring


4. gunakan spring dan kepalkan umpan pada spring. kalau gunakan pelampung matakail tak perlu diletakkan umpan. biarkan terdedah pun boleh. tongsan tak kisah.
kalau tak gunakan pelampung, letakkan bintil polisterin kat mata tu. test kat air terapung ke tidak. kalau terapung dah ok dah.



5. gunakan matakail yang agak besar kalau menggunakan 2 matakail seperti saiz 3/0 atau 5/0.

6. perhatikan permukaan kolam, dan memancinglah dikawasan yang terdapat olak air yang menandakan ikan tongsan berada dikawasan itu.

7. dan yang paling penting umpan hendaklah peroi. jika gunakan pelampung jangan terlalu peroi nanti umpan tak lekat kat matakail.



selamat mencuba dan selamat berjaya dengan pancingan tongsan.
oh ya macammana nak tahu yang umpan tu peroi atau tak. bancuhlah umpan dengan memasukkan air sedikit demi sedikit. gaulkan umpan tapi jangan dikepal umpan tu. bila letak kat perambut pelampung akan tenggelam dan nampas sedikit sahaja pelampung yang timbul. lama kelamaan pelampung akan timbul sepenuhnya. jangkamasa pelampung untuk timbul sepenuhnya lebih kurang dalam 15 minit. kalau terlalu cepat maknanya umpan terlalu peroi dan kalau lama sangat maknanya umpan terlalu kental. jika terlalu peroi tambahkan sedikit air, kalau terlalu kental tambahkan dengan dedak sedikit demi sedikit. genggam umpan dengan kuat dan cuba gosokkan dengan kedua belah tangan. pastikan umpan akan kembali kepada keadaan peroi lepas digosok.

sekian

08 September 2010

selamat hari raya aidilfitri

assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir kepada semua. Harap ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan.

07 Ogos 2010

salam ramadhan

assalamualaikum dan salam sejahtera. Lamanya saya tak update blog ni. Salam ramadhan buat semua. Pastinya ramai yang cuti memancing bulan ramadhan ni. Dulu saya suka memancing disiang hari pada bulan ramadhan ni. Sebab apa? Bulan ramadhan ni kurang pemancing dan biasanya ikan lagi galak makan sebab kurang umpan yang masuk dalam kolam. Tapi apa pun jangan jadikan kolam tempat tak puasa pulak. Apa pun tepuk dada tanya iman. Kecekalan sangat penting kalau nak mancing di bulan ramadhan ni. Apa pun saya ucapkan selamat menyambut ramadhan.

Di dalam bulan ramadhan terdapat satu malam yang mana malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatulqadar.
Wallahualam.
Sekian.

04 Julai 2010

berubah arah

assalamualaikum dan salam sejahtera...... lamanya saya tak updatekan blog ni. apa khabar anda semua. bagaimana dengan trip memancing anda. ada dapat hasil tak. semalam saya kekedai pancing. saje je nak jumpa dengan tauke kedai pancing tu. tak banyak yang saya beli sebab segala umpan dan peralatan masih ada lagi. tak perlu la membazir. saya cuma mendapatkan pelampung dan matakail. tengah borak kat kedai pancing tu jumpa la pulak dengan kawan lama yang dah lama tak memancing bersama. katanya dia pun dah agak kurang memancing dikolam. berubah arah memancing sang puyu pulak. teringat juga masa kecik-kecik dulu. memancing puyu adalah pelajaran pertama saya dalam dunia memancing. tapi semua tu dulu. sekarang ni memang susah kalau nak memancing puyu ni. kena pergi ke kawasan yang agak kurang orang memancing baru boleh dapat banyak sikit. kalau tidak mau mangkau jugak.

kalau diikutkan memancing ni boleh dikatakan sama sahaja. memerlukan usaha yang tinggi untuk mendapatkan kepuasan. setelah berusaha bertungkus lumus barulah kepuasannya rasa berbaloi.

oh ya. sekarang ni ikan rohu dan pacu banyak dimasukkan di kolam pancing. rata-rata saya dengan tauke kolam berpusu-pusu memasukkan ikan untuk menarik pelanggan. tapi khabarnya ikan sekarang berasal dari pahang. gaya pemakanannya juga agak berbeza dengan rohu yang lama. umpan jugak agak berbeza. yang saya tahu ikan sekarang ni lebih gemarkan umpan yang sedikit wangi dan lemak. tambahkan dengan sedikit power bait hijau dan masukkan beberapa keping biskut merry dalam umpan anda untuk menghasilkan bau yang lemak dan wangi.

selamat mencuba dan selamat memancing.

21 Mei 2010

perubahan teknik air tawar



Teknik ni dikatakan yang terbaru, untuk menjerat patin. Batu ladung digunakan. Panjang perambut adalah mengikut kedalaman kolam. Biasanya adalah antara 1depa hingga 3depa.
Sebelum matakail akan diletakkan polisterin segiempat sebesar setengah inci. selalunya saya menggunakan mashmellow sebagai bahan apung. Matakail akan dicucuk umpan tanpa kepal. gunakan roti yang kental seperti gardenia.   Selamat mencuba

19 Mei 2010

percubaan pertama kolam pancing seksyen 24 shah alam

Asslamualaikum dan salam satu malaysia. Semalam saya ada bertandang kekolam seksyen 24 shah alam. Kolam yang berdekatan dengan kompleks muhibbah ni merupakan kolam peninggalan sungai kelang. Saya bersama dengan seorang rakan hendak mencuba nasib dikolam ini. Dah lama sangat saya tak bertandang kesini. Selalu hanya mendengar berita sahaja. Rupanya kolam ini sekarang dah bertukar tauke. En arif, kawan saya semasa saya belajar memancing dulu yang menjadi tauke besar. Tahniah kepada usahawan melayu ni. Dulu seorang pemancing tegar seperti saya dan sekarang dah menjadi tauke kolam yang berjaya. Dari pemancing menjadi tauke.
Sampai sahaja dikolam lebih kurang jam 11.30 pagi. Ramai dikalangan pemancing sedang menggasak ikan. Rohu sedang kuat menjamah umpan. Kawasan permainan rohu memang ramai yang menanti. Sampai dikolam sahaja saya lihat jaring mereka ni dah setengah penuh. Ikan pula tak la besar sangat antara 0.7 kg hingga 3 kg.
Tak sabar sebab dapat melihat orang lain sedang menggasak ikan, saya pun mula membancuh umpan. Saya gunakan dedak udang+dedek bom+dedak ayam+minyak ikan. Dah lama tinggalkan kolam ni dah tak tau dah macammana umpan yang diminati ikan. Saya hanya bertawakkal mengharapkan rezeki dari Ilahi. Saya masih menggunakan perambut spring dan matakail saya cangkukkan dengan pallet dan roti gardenia.
Berikut adalah kadar yuran dan jackpot dan undang-undang kolam
Yuran masuk RM30/4jam termasuk jackpot rm6
Hanya 5 matakail perambut lembut dibenarkan
Semua spesis ikan 4kg dan keatas tidak boleh dibawa balik. Pihak kolam membeli dengan harga rm2/kg

Saya bertanyakan kepada tauke kolam mengapa ikan berskala 4kg dan keatas tidak boleh dibawa pulang. Beliau mengatakan yang amat sukar bagi mendapatkan ikan berskala besar. Kenyataan ini memang benar karana banyak kolam kini mengadakan syarat yang mengatakan ikan yang melebihi berat tidak boleh dibawa pulang. Kebanyakkan pemancing mementingkan kepuasan menarik ikan semasa memancing, ikan berskala besar biasanya akan memberikan kepuasan yang lebih. Jadi ada baiknya juga jika ada syarat begini agar semua orang boleh merasakan tarikan ikan besar. Tidak boleh la hanya mementingkan keuntungan sahaja.
Saya sempat melihat video yang dirakamkan oleh pihak kolam yang menunjukkan didalam kolam ini memang terdaoat banyak ikan besar terutamanya dari spesis patin dan tongsan. Dikatakan ikan tongsan besar berskala 5kg dan keatas dianggarkan sebanyak 3 tan dan patin sebanyak 2tan. Terkejut juga semasa saya melihat video itu kerana memang sangat banyak ikan besar yang dilepaskan. Sampaikan pekerja yang memunggah ikan nampak sangat keletihan. Kalau anda perhatikan setiap masa kita dapat melihat ikan besar seperti patin dan tongsan bermain air ditengah kolam. Keadaan ini pasti akan lebih dramatik pada waktu pagi. Tak sangka juga kolam pancing orang melayu boleh meningkat naik sebegini. Jika kawalan dan disiplin pemancing tinggi pastinya kolam ini akan menjadi kolam yang paling best.....selamat mencuba.

Oh ya... tauke kolam ada memberitahu kebanyakkan ikan dikolam ini memakan roti. ada pemancing yang mendapat lebih dari 4 ekor tongsan mengatakan beliau menggunakan roti burger hancur sebagai asas. Pallet rendam yang biasanya digunakan agak kurang memberikan hasil jika dibandingkan dengan roti potong kecil yang di cangkukkan pada matakail.
Kepada sesiapa yang belum pernah bertandang ke kolam ini sila layari
www.facebook.com/kolampancingseksyen24
sekian dan selamat mencuba

14 Mei 2010

Berita dari 24

Beberapa hari yang lalu saya dapat berita yang mengejutkan. Ada seorang pemancing yang berjaya menaikkan rohu seberat 9kg di kolam seksyen 24 shah alam. Besar betul! Sepanjang pengalaman saya tak pernah jumpa rohu 9kg. Saya dapat berita dari kawan kawan kaki cari makan di kolam. Dikolam ni memang banyak rohu besar. Tapi kalau dapat 3kg keatas ikan tak boleh bawak balik. Sebab tu la ikan besar banyak. Tak dapat bawa balik tapi pihak kolam bermurah hati memberikan wang saguhati. Katanya rohu 9kg dapat rm 200 dan rohu 5-6kg akan mendapat rm 50. Bila lagi nak mencuba nasib di kolam ni?
Sediakan umpan untuk ikan besar-besar.
Sekian

09 Mei 2010

Trip melawat pulau melaka


Trip melawat pulau melaka. Pada 9 mei 2010. Panorama indah pulau melaka.

03 Mei 2010

Permulaan yang baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam saya turun memancing. Dah lama gile tak merasa tarikan ikan. Lebih kurang pukul 4 saya mula memancing. Umpan pun tak seberapa, maklum je la. Palet yang selalu saya gunakan dulu pun dah berkulat. Tapi saya gunakan jugak sebab tu je yang ada.
Labuhan umpan pertama pada perambut spring terus disambut tak sampai 15minit, rohu kecik dulu yang menyapa. Semangat saya mula berkobar. Ikan pertama sejak setahun berenti memancing.
Lepastu ikan terus diam tak menjamah. Ada juga beberapa tarikan tapi tak lekat. Matakail pun dah naik berkarat agaknya. Teringat jugak saya dulu saya sangat pentingkan ketajaman matakail dan umpan tapi harini semua tu saya ketepikan. Menyesal juga rasanya.
Minit-minit terakhir selepas 2jam ikan menyapa lagi, tapi kalini lagi kecil dan matakail saiz 6 terlekat kukuh dalam mulut ikan bukan macam ikan pertama yang terlekat kat dagu. Dapat jugala 2ekor permulaan yang agak baik kerana semalam ikan kurang galak. Dah 2hari kena gasak oleh pemancing lain.
Semalam juga terjumpa jugak kawan kawan lama yang menjadi penunggu tetap kolam rabok bay. Lama tak jumpa ramai juga yang gemuk dah jadi kurus. Kesian jugak tengok Wak Din yang susut badannya kerana penyakit kencing manis.
Oh ya lupa pulak nak bagitau yang saya gunakan umpan powerbait+dedak bomb sahaja. Umpan yang paling mudah. Umpan ni boleh dianggap universal kerana hampir semua spesis pernah tewas dengannya. Palet masih saya gunakan lagi walaupun baunya dah tak berapa sedap

28 April 2010

24 mengganas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semalam saya ada call kaki pancing cari makan. Dah lama juga tak dengar berita dari diaorang ni.
Mereka sekarang dah gemar memancing di kolam warga emas seksyen 24. Terkejut juga saya masa mula-mula dengar. Tauke kolam dah bertukar. Kolam pun dah dijaga dengan baik. Ikan pengacau seperti talapia dan bandaraya dah sangat kurang. Malah tauke dah dah masukkan bertan tan ikan patin dan rohu. Ikan rohu pulak dimasukkan mengikut jadual. Boleh dikatakan stok rohu tak pernah putus. Baru baru ni tauke ada memasukkan 4tan patin dan 2tan rohu. Tapi tak tau la dah kena gasak ke tak.
Pemancing tegar yang selalu memancing dikolam batu bata pun dah bertapa di kolam ni. Pihak kolam juga ada mengadakan pertandingan jackpot setiap khamis malam jumaat dengan bayaran masuk rm35.
Ikan patin 11kg ada juga dimasukkan. Selamat mencuba
Oh ya jika anda tak tahu lokasi kolam ni gunakan gogle maps dan search warga emas seksyen 24 shah alam.

17 April 2010

Alat bantuan pancingan malam.

Pernah tak anda terbaca artikel di majalah majalah memancing tentang memancing diwaktu malam. Jika diteliti memancing diwaktu selalunya memerlukan umpan yang berwarna florocent atau terang. Tujuannya untuk menarik minat ikan. Tapi bagaimana pula dengan pemancing siakap waktu malam yang selalu menggunakan umpan berwarna hitam? Malam kan gelap tapi kenapa perlu warna hitam? Malam tadi pun beberapa orang rakan memancing di kolam siakap. Saya telah mencadangkan agar mereka menggunakan manik limonus pada perambut tapi tak diendahkan. Hanya seorang kawan sahaja yang mendengar. Dan berkat kesabarannya beliau berjaya menaikkan beberapa ekor siakap dan rakan yang lain hanya mampu melihat sahaja.
Dari pemerhatian saya dikolam air masin lebih menggukan visual berbanding ikan air tawar yang lebih mementingkan bau umpan yang sedap.

25 Mac 2010

dengar-dengar

assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengar dengar kolam pancing warga emas seksyen 24 shah alam dah ada tauke baru sekarang. Tapi dah tak dibenarkan menggunakan pelampung. Katanya ikan pengacau seperti talapia dan bandaraya dah pun berkurangan. Silalah mencuba.

dengar-dengar

assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengar dengar kolam pancing warga emas seksyen 24 shah alam dah ada tauke baru sekarang. Tapi dah tak dibenarkan menggunakan pelampung. Katanya ikan pengacau seperti talapia dan bandaraya dah pun berkurangan. Silalah mencuba.

22 Mac 2010

peralatan yang sesuai

asslamualaikum dan salam sejahtera. semalam saya dapat ajakan rakan untuk memancing di kolam air masin sea lion pelabuhan kelang. pada awalnya saya mahu sahaja mengikut tetapi masalah peralatan perang saya tidak mencukupi. dengan joran 10-20paun dan tali tangsi 20 paun saya tak berapa yakin nak memancing disana. kebanyakkan pemancing disana akan menggunakan peralatan yang agak berat. tali sekurangnya power pro 60 paun yang akan dipadankan dengan perambut 70-150 paun bergantung kepada kolam nombor berapa yang nak kita pergi. akhirnya saya tolak ajakan rakan saya tu. bukannya takut tapi sayangkan peralatan air tawar yang dah lama tu dan tak mungkin akan dapat beli lagi.kolam sea lion tu banyak ikan seperti jenahak dan kaci yang memang diketahui kekuatannya. bayangkan kalau set air tawar kena jenahak 3 kg pasti ada yang akan tertanggal nanti. ramai juga yang mengatakan joran mereka patah direntap ikan. ini pernah berlaku kepada rakan saya yang cuba memancing disini dengan set air tawar. kata orang kalau kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga.

14 Mac 2010

keinginan

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. maafkan saya kerana dah lama tak tulis blog ni dan dah lama juga saya tak turun memancing. ntah la macammana saya nak katakan pun tak tau. malam tadi ada la saya ke kedai pancing membeli beberapa keperluan untuk memancing. matakail, kili dan kili klip. dah lama tak memancing banyak gak barangan yang mana ntah perginya. kalau ikutkan hati memang sekarang ni dah rasa teringin nak mamncing. malam tadi pun saya dapat siapkan beberapa set perambut baru. baru rasa macam nak memancing. biasanya kalau dah lama tak memancing dan turun ke kolam buat kali pertama, orang kata ikan dah tak berapa kenal dengan kita punya umpan dan akan jarang menjamah umpan. tak tau la saya nak katakan macammana. memancing memang sukar nak kita ramalkan. apa pun saya akan update kan dalam blog ni nanti.

09 Mac 2010

Umpan minyak umpan wangi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Lama juga saya tak update blog ni. Ok la. Pernah tak anda lihat ada pemancing yang mengggunakan minyak untuk menaikkan bau dedak. Mesti pernah kan. Minyak seperti minyak belangkas sangat popular di sebelah rawang bagi memancing rohu. Saya pun tak tahu macamana minyak tu di buat. Cuma saya nak kongsi cara bancuhan jika menggunakan minyak dan pewangi. Semua orang tahu minyak takkan bercampur dengan air. Jika menggunakan minyak anda perlu campurkan minyak dahulu didalam dedak barulah ditambah air. Jika menggunakan pewangi serbuk seperti power bait dan sebagainya, serbuk hendaklah di campurkan dengan air dahulu dan air ni lah yang akan dimasukkan pada dedak nanti. Kesilapan biasanya dilakukan oleh pemancing yang menggunakan minyak. Jika minyak dimasukkan akhir, bau umpan takkan melekat pada umpan. Jadi perlu menggunakan banyak minyak. Rugi tu. Kalau gaul dedak dulu bersama minyak bau dan hasilnya pasti lain. Selamat mencuba

06 Mac 2010

panasnya

assalamualaikum dan salam sejahtera. dah dekat sebulan kita dikejutan dengan fenomena kemarau yang melanda di kebanyakkan tempat dinegara kita. bagi kaki pancing impaknya juga terasa. banyak kolam-kolam yang airnya semakin surut. pada masa inilah selalunya ikan akan berkumpul di satu-satu kawasan. kita perlu mencari dimana kawasan persembunyian ikan ni. selalunya ikan akan bersembunyi di tempat yang jarang dipancing. pernah saya mendapat puluhan ekor ikan di kawasan yang jarang mendapat sambutan. pernah juga dibeberapa kolam ikannya akan makan pada waktu pagi, petang dan malam sahaja. kepanasan juga kadangkala membantutkan selera ikan.

oh ya, selalunya kalau musim panas macam ni ikan akan galak makan pada waktu nak hujan dan mendung. mungkin kerana perubahan cuaca agaknya.

28 Februari 2010

kemarau masa untuk memancing

assalamualaikum dan salam sejahtera. lamanya saya tak post apa-apa. sekarang ni dah agak kurang memancing memandangkan cuaca sekarang terlalu panas. air kolam pun nampa surut dengan banyak. dulu masa air kolam surut macamni la best memancing terutamanya memancing ikan rohu. ikan selalunya akan berkumpul disatu-satu tempat kerana air menjadi cetek. ada kemungkinan ikan akan berkumpul dikawasan dalam. pemancing yang selau bertandang ke kolam pastinya akan dapat merasakan perubahan ini. ada juga beberapa kolam yang ikannya akan bermain di permukaan sekiranya cuaca terlalu panas. jadi, penggunaan pelampung adalah lebih efektif. jika air kolam jernih anda pasti teruja dengan tompokan-tompokan hitam yang muncul dipermukaan. jika fenomena ini berlaku, gunakan pelampung yang pendek. saya selalu gunakan pelampung antara satu jengkal hingga satu kaki sahaja.



selalunya pada musim ni ikan akan makan pada satu-satu masa sahaja. ada juga di sesetengah kolam yang ikannya akan makan pada waktu malam sahaja. jadi kenala selalu bertanya. jangan malu bertanya nanti sesat jalan.

sekian.

14 Februari 2010

Dah cuba ke belum.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah cuba ke belum resepi patin yang saya berikan? Kalau dah cuba bagus la. Umpan tu biasa saya gunakan kalau memancing patin dan pacu. Cuba peram lama sikit. Umpan tu kalau dah bau hapak dah tak boleh guna. Cubalah praktikkan. Semoga dapat ikan besar. Kalau ada hasil boleh la email kepada saya. Nak juga saya tengok hasilnya. Mungkin ia berkesan di kawasan anda. Sekian.

06 Februari 2010

umpan patin


patin 13.8kg dengan umpan roti+kelapa tempe

assalamualaikum dan salam sejahtera. ramainya yang bertanya tentang umpan patin. ni saya bagi satu yang paling best dan selalu saya gunakan. khas bagi pembaca blog yang setia.
umpan patin ni dah lama saya gunakan. tak pernah menghampakan kecuali kalau dalam pertandingan.pernah dapat banyak kali jackpot dan dapat patin terbesar 13.8kg. pernah dapat 15 ekor patin 5kg keatas sehari memancing. paling banyak 21 ekor dalam masa 4jam. itu dulu....

ramuannya
1. sebiji kelapa tua. kalau boleh cari yang dah bercambah. bila dipecahkan isi kelapa seakan berminyak dan sedikt kehitaman. kengkadang saya gunakan kelapa cambah yang dah bercambah sekaki tinggi. lagi power!!!



2. tempe 2 biji. tempe tu cari yang baru. kalau dipegang rasa panas. kalau dah sejuk tak payah guna sebab bau umpan akan jadi busuk



3.perisa pisang cap ros. boleh gunakan jenama yang lain tapi tak sama powernya

cara pembuatannya
ambil santan dari kelapa tadi. masa perah kelapa campurkan secawan air . gunakan air yang takde klorin macam air R.O, air mineral ataupun air suling. air kolam dan air paip tidak digalakkan.


blender tempe dan santan kelapa tadi bersama-sama. bahan tadi akan menjadi pekat seakan krim. kalau cair selalunya tak jadi. masukkan bahan tadi dalam botol tahan tekanan seperti botol air gas (coke dll). isikan separuh botol atau tiga suku botol sahaja. jangan isi penuh. (paham-paham sudah)



biasanya saya akan biarkan selama 3 hari baru guna. kengkadang malam buat pagi guna pun mujarab terutamanya kalau ikan baru masuk.
umpan ni boleh dia adjust untuk main pacu dan patin besar. caranya ialah mencampurkan beberapa titik perisa pisang cap ros tadi dalam ramuan tu.
cara guna. main dengan gunakan roti dadu. macam biasa la.
ok selamat mencuba.

20 Januari 2010

Pop up test 2

Hari ahad yang lalu saya telah ke tanjung rabok bay untuk ujian lapangan siri pop up test. Eksperimen dijalankan selama 2jam. Hasilnya agak memberangsangkan. 2ekor rohu tumpas. Perambut tanpa pop up tidak menghasilkan apa-apa tangkapan. Saya dapati dengan menggunakan pop up ikan lebih cepat menjamah umpan. Ikan pertama didaratkan pada 10minit yang pertama. 5minit kemudian dengan menggunakan perambut pop up ikan menjamah lagi. Selepas 2ekor ikan berjaya di daratkan, saya beralih ke perambut spring tanpa pop up. Ternyata perambut pop up lebih efektif. Selepas 1jam 30minit tiada ikan yang sudi menjamah umpan.

16 Januari 2010

Pop up test

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Anda dah tengok semua video yang saya masukkan dalam blog ni? Kalau sudah bagus la, kalau belum bila lagi. Anda ada lihat tak dalam salah satu video tu pemancing kap liar ada menggunakan pop up bagi memudahkan ikan mengesan umpan. Pop up yang digunakan berwarna merah terang atau florocent. Saya dalam usaha nak mengadaptasikan teknik tu. Pernah dulu masa saya memancing rohu saya terjumpa perambut yang dibuat menggunakan tali berwarna electric blue iaitu biru terang. Perambut masih cantik lagi. Matakail pun masih berkilat lagi. Saya pun pasangkan umpan dedak. Saya satukan dengan perambut saya. Ini bermakna saya menggunakan 2set perambut sekali baling. Ikan rohu pertama hingga ke 5 menjamah umpan yang dipasang pada perambut biru tadi. Agak menghairankan. Bila saya tukar perambut lain, respon ikan kurang galak. Lama ikan baru menjamah umpan. Saya gunakan kembali perambut tu dan sekejap sahaja ikan menjamah lagi. Masa tu saya dapat 9ekor rohu dalam masa 1jam setengah. 7 daripadanya makan umpan yang diletakkan pada perambut yang berwarna biru. Kali ni saya akan gunakan pop up yang berupa manik berwarna merah terang. Saiz manik ni lebih kurang 1inci. Perambut saya dah buat tinggal ujian lapangan je yang belum lagi. Lain kali saya akan postkan keputusannya. Ok. Selamat mencuba.

10 Januari 2010

ikan makan roti


assalamualaikum dan salam sejahtera. semalam saya ke kolam seri cheeding. sampai kat kolam ada beberapa orang pemancing yang tengah setia menanti jamahan ikan. umpan saya labuhkan pada jam 9.45 pagi. pada awalnya saya gunakan dedak dan pallet. macam biasa.lepas balingan ketiga, ikan rohu mula menjamah umpan. gembira betul saya rasakan. alangkah nikmatnya melayan tarikan ikan, rezeki dari Allah.

selepas beberapa ketika saya dapati tali tak berhenti bergoyang menandakan yang beribu ekor anak talapia sedang asyik menjamah umpan. banyak juga anak talapia yang tersangkut pada matakail walaupun saya menggunakan matakail yang agak besar iaitu mustad no6. kebanyakkan anak talapia tersangkut pada bahagian badan bukan pada mulut. ini membuatkan saya berfikir sejenak, macammana nak memancing rohu kalau anak talapia mengganas macam ni.

saya teringat pesanan seorang rakan. jika nak memancing kat kolam ni gunakan umpan roti. roti kurang diganggu oleh anak talapia ni. saya gunakan perambut spring juga tapi saya hanya letakkan roti pada matakail sahaja. spring saya biarkan kosong. sebagai insuran saya sangkutkan sekali perambut 4 mata bersama spring. alhamdulillah segalanya berhasil. umpan tak lagi dijamah anak ikan talapia. selang beberapa minit rohu menjamah lagi, tapi kali ini saiznya lebih kecil tak sampai pun 1 kg.

sebelum saya terlupa saya gunakan roti gardenia potong dadu dan roti tu saya campurkan beberapa titik topmax power pandan. baunya memang menyelerakan.

saya pulang dengan 9 ekor ikan. alhamdulillah masalah semasa memancing kali ni dapat saya tangani dengan agak baik. anda pun perlu kreatif jika mahu menjadi pemancing yang berjaya. selamat mencuba...

02 Januari 2010

dah mula dah


asslamulaikum dan salam sejahtera. hari khamis lepas saya dah start memancing balik. dah 2 bulan lebih sejak saya berehat memancing. masa berehat tu bermacam-macam teknik dan bancuhan umpan yang saya dapat ilhamkan. cuma tinggal ujian dikolam sahaja. semuanya akan saya rekodkan untuk menghasilkan yang terbaik. saya akan updatekan dalam blog ni untuk tatapan bersama.

hari tu saya pun tak tahu nak memancing di kolam mana. maklumlah dah lama tak memancing. saya singgah kejap kat kolam tanjung rabok bay dan saya dapati kolam ni ada memasukkan ikan rohu pada 28.12.2009 sebanyak 585kg. ikan baru masuk biasanya memang tak nak makan umpan. jadi saya berpndah ke kolam pancing seri cheeding. sudah seminggu lebih pemancing bergasak di kolam ni. kali terakhr ikan dimasukkan ialah pada 22/12/2009 ikan rohu sebanyak 400kg.


umpan saya campurkan dari rumah tanpa memasukkan air, saya gunakan air kolam untuk membancuh umpan. sampai dikolam saya dapati ada berapa orang pemancing yang sedang memancing ikan patin menggunakan roti. beberapa orang balik tangan kosong. ada seorang pemancing sahaja yang berjaya menaikkan ikan patin. 2 kali perambut beliau putus.

teknik
saya masih menggunakan perambut spring. perambut baru saya keluarkan. kalini saya gunakan perambut flourocarbon 30paun dari seahawk. perambut ini agak keras tapi berbaloi kerana ia tidak akan kerinting





umpan yang saya gunakan. umpan ni peroi sahaja.






belingan pertama tak sampai 15 minit saya mendapat tarikan dari rohu. walaupun tak berapa besar tapi sudah cukup memuskan



hanya 2 ekor sahaja yang saya dapat. satu permulaan yang bagus sebab tangan dah lama tak hanyir

sedang saya memancing ada seorang pemancing yang katanya datang dari kapar klang sedanga bergasak dengan rohu dan pacu. umpan yang beliau gunakan hanyalah cacing yang di beli dari kedai pancing

pemancing misteri


saya pulang dengan gembira. walaupun hanya 2 ekor yang berjaya saya naikkan. semasa hendak pulang saya lihat ada seorang pemancing otai yang sedang melayan ikan. beliau memang kaki pancing rohu yang hebat kerana selalu berjaya menaikkan banyak rohu dalam satu-satu masa memancing. lepas ni boleh la berguru dengannya pula

selamat tahun baru 2010

asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. selamat tahun baru 2010. cuti tahun baru ni anda kemana? pergi bercuti atau memancing. semalam saya bersama keluarga bercuti di Portdickson. ramainya orang kat sana. sampaikan nak parking pun susah. kawasan perkelahan pun penuh. saya lihat ramai yang mengambl kesempatan untuk menjaja. bila lihat anak anak berlari dan bermain, kegembiraan dan kebahagiaan jelas terasa.

tapi ada beberapa perkara yang menduka citakan juga. surau dipantai ni tidak dibuka. sampaikan dah nak habis waktu solat pun surau tidak dibuka. ini mengakibatkan beberapa pengunjung bersembahyang diatas rumput beralaskan kain sahaja. bagi yang wanita memang agak sukar untuk solat diluar jika tidak membawa telekung sendiri.

bila saya lihat mereka ni saya pula yang terasa. kadangkala saya pergi memancing terlupa juga hendak solat sedangkan surau ada disediakan di kolam pancing. manusia memang mudah lupa. kelekaan membuatkan kita lupa. saya pun berstiqfar.

waktu zohor telah pun masuk, kedengaran suara azan memanggil umat islam untuk mengerjakan solat. semalam juga hari jumaat hari umat islam perlu mengerjakan solat fardhu jumaat. agak menyedihkan bila saya lihat masih ramai yang berada di laut. mereka masih berseronok bermandi manda sedangkan laungan azan jelas kedengaran. lokasi masjid hanya 300meter dari pantai. bagi saya tepuk dada tanya iman

semalam saya mendapat info kolam pancing seri cheeding ada melepaskan ikan rohu dari dalam sangkar ke kolam. katanya lebih kurang 40 ekor ikan rohu dilepaskan. kepada yang ingin memancing bolehlah bertandang kesana.

kolam pancing tanjung rabok bay pun ada memasukkan rohu pada 28/12/2009 sebanyak 585kg. harini dan esok bolehla turun memancing disana.

selamat menyambut tahun baru. harap semua pemancing akan lebih berjaya menaikkan ikan tahun ni.

oh ya..
ikan rohu kolam seri cheeding sekarang lebih suka makan cacing dan roti. buatlah umpan yang ada mencampurkan bahan bahan ni ya.


selamat memancing.
Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing