05 Julai 2009

pemancing moden umpan lama

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada para pembaca sekalian. kali ni saya nak berkongsikan pengalaman saya memancing baru-baru ini.
baru baru ni saya memancing kat salah satu kolam yang selalu saya pergi. macam biasala saya gunakan umpan biasa saya untuk memancing rohu. ikan makan tak berapa galak. maklumlah semalam hujan dan sekarang ni cuaca dah berubah. kadangkala panas yang melampau dan kadangkala hujan.

saya melabuhkan umpan dan bacaan selawat dan bismillah sebagai permulaan. kita dah berusaha dan bertawakkal. itu adalah salah satu tips yang dapat saya berikan. bagi yang bukan beradama islam boleh lah membaca doa mengikut kepercayaan masing-masing.

ikan mula makan bila cuaca beransur panas. dan bila terlalu panas, ikan mula mendiamkan diri dan kebanyakkannya hanya berlegar di permukaan. bila itu terjadi saya menukar teknik menggunakan pelampung pula. saya gunakan pelampung sepanjang 6 inci. memang ikan galak makan dengan menggunakan pelampung pendek.

tak lama kemudian ada seorang pemancing datang ke tempat saya. dapat ke? katanya dengan nada selamba. saya hanya tersenyum dan menyatakan adalah sikit. beliau mula memasang umpan dan terus cast. kami berborak pasal memancing ni. beliau mengatakan yang dulu memang ikan senang dapat tapi sekarang ni susah sikit nak dapat. tak tau la tauke ikan bagi makan apa.

sreet mesin katak berbunyi, ikan mula makan lagi dan ikan skala 1.5kg dapat saya naikkan. selang beberapa minit ikan menjamah lagi. kali ini ikan agak kecil sedikit. masa ni ikan sangat galak makan. saya cepat-cepat menggentel umpan. dan belum sempat habis satu set perambut, ikan makan lagi. pemancing tadi hanya melihat sahaja. beliau merungut kerrana ikan tak nak makan umpannya.

saya memberikannya umpan yang saya gunakan kepadanya, tapi beliau menolak. takpe la katanya. dulu umpan ni aku guna memang boleh cari makan. saya terdiam sahaja. saya tak nafikan mungkin itu dulu.... saya hanya pendamkan dalam hati sahaja takut-takut nanti lain pula jadinya.

mungkin ada pengajaran yang boleh anda ambil dari cerita saya ini. sebagai pemancing saya bukan kedekut nak kongsi umpan atau ilmu tapi saya tak dapat nak membantu jika anda sendiri tidak ingin membantu diri anda. jadikan ini sebagai pedoman

nabi pernah bersabda
hari ini lebih baik dari semalam.
tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad

sekian
-topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing