21 Ogos 2009

Umpan baru test n experiment no2

Eksperiment no 2. Boleh ke dipanggil eksperimen? Apa pandangan anda. Hari ni saya test umpan lagi. Target spesis ialah kap. Umpan sama saya gunakan macam masa eksperimen yang pertama. Bomb dan power bait serta pandan max power. Umpan dibancuh peroi. Sangat penting menggunakan umpan peroi untuk spesis kap terutamanya tongsan sisik halus. Mula memancing pada jam 3.30petang. Saya masih gunakan perambut yang sama. Perambut spring berpelampung. Di tengah kolam berdepan dengan kaunter saya dapat lihat riak air. Ikan bergerak perlahan menandakan tongsan tengah meronda di kawasan tersebut. Saya dapati ikan di kolam ni suka bermain di kawasan dalam. Walaupun ia tidak menyelam dalam tapi ia berlegar di kawasan tersebut. Mungkin ada yang menarik minatnya untuk meronda disitu. Ada lebih kurang 3 hingga 5ekor ikan yang meronda di kawasan itu. Sekali sekala dapat dilihat ia bergerak pantas dan adakalanya bersaing-saing. Sedang asyik saya memerhatikan sekeliling tiba-tiba pelampung tenggelam, menandakan ada ikan yang dah kena. Saya karau dengan perlahan. Beberapa kali ikan memecut untuk melepaskan diri tapi kekangan drag dari kekili abu garcia mematahkan usahanya. Joran melentur menyerap tekanan dari ikan. Setelah berberapa ketika rohu ikan pertama saya hari ni berjaya dinaikkan. Saiznya tak lah besar tapi kekuatannya agak luar biasa. Saya agak hairan kerana rohu pun sudi menjamah umpan ini. Ini bermakna dah 4spesis ikan yang berjaya saya tawan dengan umpan ini iaitu patin, tongsan, talapia dan yang terbaru rohu. Best jugak umpan ni. Boleh dijadikan umpan universal. Saya pun baru belajar memancing tongsan ni. Selama ni saya suka memancing rohu. Maklumlah sebab rohu ni banyak permintaan terutamanya daripada mamat-mamat bangla dan myanmar. Harga boleh sampai rm 5 sekilo kalau kat kolam. Pelik jugak saya tengok tongsan makan bila guna pelampung. Pelampung ditolak keatas pada awalnya dan kemudian tenggelam sedikit sahaja. Kadangkala tenggelam semua pelampung tu tapi masih boleh nampak di permukaan air. Lepas tu pelampung akan bergerak dan masa ni la saya angkat joran dan rembat sedikit. Perlawanan tak seberapa. Saya guna kaedah lembut untuk berlawan dengan ikan ni. Tak sampai 2minit ikan dah berjaya dinaikkan. Apa yang saya lakukan ialah tarik dengan perlahan-lahan. Ikan pasti akan mengikut sahaja tanpa tentangan. Ada juga 3ekor yang terlepas. Dari 4tarikan saya cuma berjaya menaikkan seekor. Yang lain semua rabut. Mungkin matakail terlalu kecil sebab saya gunakan perambut rohu berspring. Lepas rabut 3kali ikan dah tak menjamah umpan lagi. Dah sakit mulut agaknya. Saya puas dengan hasil hari ni. Walaupun cuma seekor tongsan 4kg. Bukan senang nak dapatkan tongsan di kolam yang sangat lama tak masukkan ikan tongsan ni. Tapi saya berjaya mendapatkan 4tarikan ikan. Umpan max power ciptaan saya berhasil mendapatkan tongsan. Saya akan lakukan eksperimen di kolam yang lain. Kalau ada cadangan kolam-kolam yang banyak spesis kap macam tongsan atau rohu sila la email pada saya. Promosi umpan max power pandan rm7.50 sahaja. Penghantaran percuma.

pertanyaan dan borak borak pancing