23 Julai 2009

blog hit counter

salam sejahtera kepada anda semua. harini saya baru je masukkan blog hit counter dalam blog saya ni. bila masuk je counter hit tu alangkah terkejutnya saya bila melihat counter itu!!! angka yang ditunjukkan tak munasabah bagi saya. sedangkan harini tak sampai beberapa jam saya masukkan hit counter tersebut angkanya sudah menjangkau puluhan ribu. saya memang kurang arif dengan internet ni. jadi saya perlukan bantuan rakan sekalian untuk saya lebih memahami tentang hit counter ni. apakah maksudnya dan bagaimana ia berfungsi.... harap dapat feedback dari anda semua. jangan lupa emaikan kepada saya kalau anda tidak mahu menghantar sebarang komen

Midnight pekej

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. dah lama juga saya tak dapat update blog saya ni sebab internet broadband yang saya gunakan ada masalah. ini baru ok..... bacalah blog terbaru saya...

Lama juga saya tak memancing midnight pekej. Dah lebih kurang 2tahun saya tak memancing pekej ni. Kalau dulu tu selalu la jugak. Dulu masa pertandingan cangkuk (bebas) selalu la saya memancing malam ni. Saja nak tambah skill la katanya. Kengkandang tu balik rumah terus kena urut tangan tu sebab semalaman merembat. Malam kelmarin saya cuba la mancing pekej malam ni. Hati pun rasa berkobar-kobar. Maklum saja la dah lama tak mancing malam. Dari petang persediaan dah di buat. Beberapa jenis umpan dibawa. Kalau tengok beg tu macam nak pergi camping la pulak. Kami bertiga sampai ke kolam lebih kurang jam 12.05 malam. Ingatkan kami je yang memancing malam tu tapi ada lebih kurang 20 orang pemancing di kolam tu. Memancing ramai macam ni memang best. Saya pun mula mencapai perambut untuk memasang umpan. Roti di cucuk pada matakail dan akhirnya kepalan lembut roti dilakukan. Kini umpan berbentuk seperti kepompong sebesar penumbuk kanak-kanak. Balingan pertama dilakukan ketengah kolam. Selang lebih kurang seminit saya mula memasang radar. Adalah penting untuk menunggu umpan jatuh seketika sebelum memasang radar bagi mengelakkan tertarik umpan roti lembut tadi yang akan menyebabkan roti terburai dari matakail. Setengah jam saya menanti. Tapi umpan tidak dijamah oleh ikan. Selang beberapa lama, saya mula menukar umpan. Kali ini saya gunakan umpan kelapa peram. Umpan ni biasanya dapat menjinakkan patin skala 2kg keatas. Tapi malam ini segalanya tak menjadi. Tiba-tiba ada tarikan dari sang ikan. Rakan saya membiarkan sahaja. Tarikan dari ikan perlahan dan menyentap. Sentapan ikan beberapa kali tapi tak dapat menarik drag dari kelili. Ikan menarik lagi. Dan masih sama ia tak dapat mengeluarkan tali dari kekili. Akhirnya joran diangkat tinggi. Lenturan joran menandakan ada mangsa terlekat di mata kail. Mangsa meronta ingin melepaskan diri tapi matakail berjaya mengunci kemas. Selang beberapa saat, saya terlihat riak air menandakan mangsa sudah hampir ketebing. Dan mangsa pertama kami adalah keli skala 1kg. Kami mula bersemangat kembali. Di penjuru kolam kedengaran ada pemancing sedang bertarung dengan ikan. Bunyi kelili plastik yang nyaring menyebabkan pemancing lain semakin gian. Perlawanan hampir 15minit itu akhirnya dimenangi oleh pemancing. Patin skala 4kg menjadi habuan. Memang geram bila tengok orang lain naikkan ikan besar. Kami semakin bersemangat bila dapat melihat patin sebesar itu. Umpan ditukar lagi... Malam tu ikan kurang galak makan. Memang slow. Satu kolam cuma beberapa ekor sahaja yang berjaya dinaikkan. Mungkin kerana hujan sepanjang hari. Hujan mulai turun pada jam 4pagi. Dan pada masa itulah ikan mula bangkit seleranya. Lebih kurang jam 4.10pagi pemancing sebelah saya mendapat tarikan. Kali ini ikan menarik dengan kuat sekali. Perangainya tak ubah seperti lembu. Tarikan tanpa henti dan beberapa benaman membuatkan kami semakin geram. Selang 20minit patin 6kg berjaya dinaikkan. Patutlah kuat lawannya. Selang beberapa ketika umpan dijamah lagi. Tapi kali ini patin kecil yang menjamah umpan. Tak sampai 1kg pun berat anggaran. Dari pukul 4pagi hingga 6 pagi lebih kurang 10ekor patin berjaya dinaikkan. Ada juga yang berjaya melepaskan diri dengan membelitkan tali pada tunggul kayu. Pada sesi memancing kali ini dapat saya simpulkan Perubahan cuaca memang akan mengubah selera dan perangai ikan. Cuaca sejuk mungkin menyebabkan ikan lebih suka mendiamkan diri di dalam lubuk. Perubahan cuaca mendadak mungkin boleh merubah selera ikan dari mogok lapar ke galak makan atau sebaliknya. Renungkanlah

pertanyaan dan borak borak pancing