21 Disember 2009

Mari belajar.

Assalamualaikum. Zaman moden ni kita banyak didedahkan dengan pelbagai medium pembelajaran. Dari cd, video, internet dan lain lain lagi. Kat blog ni pun saya ada masukkan video dari youtube. Walaupun video ni dari luar negara tapi banyak yang boleh dipelajari terutama dari segi teknik dan cara. Banyak juga teknik yang saya amalkan dan berjaya menghasilkan tangkapan yang baik. Contohnya teknik bancuhan umpan ada ditunjukkan dalam video tersebut. Cara mencambuh juga ada bermacam-macam. Dan ia selalunya bergantung kepada kedalaman air dan kederasan arus. Banyak yang boleh anda pelajari daripadanya. Teknik merasuah juga ada disertakan. Apa yang penting anda sendiri mahu belajar atau tidak. Terpulang kepada anda. Forum juga adalah salah satu cara bertukar pandangan dan idea antara pemancing. Forum seperti www.fishing.net.my/forum dan pancing.net sangat membantu. Apa yang anda perlukan hanyalah mendaftar sebagai ahli dan selepas itu boleh la bersembang dengan para otai-otai kat forum tu. Silap hari bulan boleh turun memancing sekali. Ada bermacam lagi cara seperti menonton video pancing, membaca majalah majalah pancing juga dapat meberikan ilmu yang bermanafaat. Yang penting diri kita sendiri sama ada mahu belajar atau hanya mahu berada di takuk lama. Sekian

16 Disember 2009

memancing kerana apa?

asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. memancing kerana apa? apa sebernarnya tujuan anda memancing ni? adakah kerana bagi mendapatkan ikan. atau adakah kerana hadiah atau kerana untuk mendapatkan sesuap nasi? bagi saya segala tu sangat penting. sama macam kita beerja. apa yang kita mahukan? wang? kebergantungan semua itu terletak pada niat anda.

contohnya kalau anda menyertai pertandingan memancing, semestinya hadiah yang lumayan yang anda kehendaki. jangan jadi pemancing yang hanya berniat untuk suka-suka sahaja. kalau anda hanya berniat untuk suka-suka, sukarlah untuk berjaya. jika anda perhatikan pemancing yang berjaya selalunya ada matlamat. 'aku nak dapatkan patin besar hari ni" jika berniat sebegitu pasti pemancing ni akan menggunakan segala ilmunya untuk mendapatkan ikan idamannya. dari umpan hinggalah peralatan pastinya akan disediakan dengan sebaik mungkin.

usaha tangga kejayaan. ada seorang rakan yang gila pertandingan memancing. kepakaran beliau dalam memancing pernah menghasilkan puluhan ribu ringgit. sungguh berbaloi. jika dilihat pada perkakasan dan peralatan yang beliau gunakan semuanya yang terbaik bagi beliau. katanya jika hendak berjaya mestilah gunakan yang terbaik. dan jangan kedekut ilmu. moga-moga murah rezeki.

renung-renungkan

14 Disember 2009

Kuih muih kenduri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Maaf la dah lama tak update. Maklum la sekarang ni cuti sekolah dan musim orang mengadakan kenduri kahwin dan berkhatan. Sibuk sikit. Masa sibuk dalam kenduri tu, kita boleh jumpa bermacam macam kuih muih tradisional termasuk la yang moden. Memang sedap. Ada bermacam-macam warna dan bau. Selalunya kita akan tertarik dengan warna dan kemudian bila makanan sudah hampir ke mulut hidung pula memainkan peranan. Peranan bau sangat penting, jika satu satu kuih tu nampak sangat sedap tapi baunya sangat busuk sudah pasti kita tak jadi nak memakannya. Saya adaptasikan semua ni dalam umpan yang saya gunakan semasa memancing. Warna dan bau digabungkan. Jika baunya sedap ikan sudah pasti datang menyiasat. Warna pula bagi memudahkan ikan mendapatkan umpan di dalam air atau di dasar kolam yang berlumpur. Cerita bab kuih dan ikan ni bagi saya memang ada kaitannya. Ada juga umpan yang saya gunakan, menggunakan beberapa bahan untuk membuat kuih. Perisa-perisa seperti pandan dan pisang sudah lama digunakan oleh pemancing air tawar. Mungkin buah badam, biji gajus dan lain lain boleh dijadikan umpan yang best. Oh ya. Saya pernah mendapat 25kg rohu dalam 4jam memancing menggunakan serbuk koko+dedak. Cubalah. Mana tau berhasil.

09 Disember 2009

e book

asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. saje je saya nak bagitau ni yang e book saya akan berada dalam pasaran januari tahun hadapan. dalam ebook tu saya akan muatkan teknik dan taktik kolam air tawar. jadi ianya sesuai untuk semua peminat kolam air tawar. saya juga akan sertakan senarai umpan yang saya gunakan dan cara-caranya. harga saya belum tetapkan lagi buat masa ni.

harap kepada semua yang berminat silalah email kepada saya.

08 Disember 2009

Cuti-cuti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Harap anda semua sihat. Maaf la masuk ni dah hampir seminggu saya tak update blog ni. Dah dekat 2bulan saya tak turun memancing. Bukan merajuk tapi banyak perkara yang hendak di selesaikan. Kadangkala terasa nak pergi jugak memancing tu tapi memandangkan ada perkara yang lebih penting saya tangguhkan dulu memancing ni. Kedai tempat saya menjual ikan tak tau la macam mana keadaannya sekarang ni. Pemancing cari makan yang selalu menelefon saya kalau ada ikan masuk pun dah tak dengar berita sekarang ni. Tak tahulah mana perginya diorang tu sekarang ni.
Harini saya dapat info dari kawan, ikan rohu di kolam pancing seri cheeding dah start makan. Ikan pun agak besar skala 1~1.5kg. Saya diberitahu yang ikan disana suka makan umpan berminyak. Ada seorang otai semalam yang menggasak lebih dari 20ekor rohu. Kalau ingin turun kesana sila la. Kalau anda dah pernah kesana pastinya anda tahu lubuk mana yang perlu anda pilih. Sama macam kolam lain dikolam ni ikan makan dalam satu-satu kawasan sahaja. Kolam yang besar begini dan keadaan air yang bersih pastinya umpan yang berbau sederhana akan lebih mendapat sambutan dari ikan. Mungkin esok saya akan mula memancing lagi. Dah gatal tangan dah lama tak merasa tarikan ikan.

pertanyaan dan borak borak pancing