12 November 2015

umpan pandan kelapa

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Lamanya saya tak update blog ni. Lama jugak sebenarnya saya tak memancing atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terbuka pula hati bulan November ni saya nak memancing. Memandangkan dah lama sangat tak memancing, banyak la peralatan yang dah entah kemana. Cari punya cari, joran dan reel keasayangan saya hilang la pulak. Abu Garcia complete set reel n rod(cari gambar dalam internet takde plak…) . Kenangan rod  dan reel tu saya naikkan ikan patin 13kg… ikan patin terbesar yang pernah saya daratkan masa saya mula-mula memancing dulu…
November… selalu orang kata bulan ni musim bulan tengkujuh… aair sejuk. Ikan main atas-atas jer. Apa lagi.. masa ni la nak test umpan musim tengkujuh. Biasanya pada musim macam ni, musim air sejuk ni, saya gunakan umpan yang tak berapa kuat baunya. Sedang sedang sahaja. Kalau dibandingkan antara pandan dan strawberi untuk memancing patin, saya lebih memilih kepada pandan… terutamanya jika umpan tu ada bauan macam kelapa-kelapa sikit. (hahahha….. dah bagi hint ni…)


bahan-bahan perlu dicampur dan diadunkan menjadi paste. campurkan mauripan dalam paste masa nak mancing. tabur sikit kat roti atau pallet.. selamat mencuba


pertanyaan dan borak borak pancing