28 September 2009

Jalan jalan cari ilmu di kolam air masin sea lion

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman saya semalam. Semalam saya try gi casting siakap kat port klang kat tanjung harapan. Dah lama betul saya tinggalkan casting gewang sampai nak cast guna reel multiplayer pun dah tak pandai. Akhirnya saya terpaksa gunakan reel spinning je. Casting di muara lebih bergantung kepada nasib. Kalau betul kena masa dan ketikanya parti ikan akan menyambar gewang. Tapi kali ini nasib tak menyebelahi saya dan adik saya. Tiada sambaran. Dan tak nampak langsung ikan menyambar anak-anak ikan. Dan lebih malang lagi tiada langsung anak ikan yang bermain air. Saya perhatikan ada tompokan minyak. Bau diesel agak kuat. Mungkin itulah yang menyebabkan ikan lari. Selepas beberapa jam tanpa sebarang sambaran, kami bergerak melawat kolam pancing air masin sea lion. Kolam ni terletak dekat je dengan tanjung harapan. Kami mulakan dengan kolam satu. Kolam yang paling murah. Rm53 masuk dan 12/jam. Ada lebih kurang 30 orang pemancing. Pemancing kolam air masin mempunyai teknik yang berbeza. Rata-rata menggunakan tali sulam berwarna merah sebagai tali utama. Mungkin dari jenama powerpro. Pemancing ada yang memancing dasar dan ada juga yang menggunakan pelampung. Yang memancing dasar biasanya akan gunakan perambut 1/2meter. Batu ladung diletakkan di tengah perambut dan matakail 1/0. Kalau yang guna pelampung pula, perambut lebih kurang sedepa. Pelbagai teknik digunakan. Ada yang menggunakan teknik tarikan perlahan dan ada yang parking sahaja. Saya perhatikan pemancing yang rajin lebih banyak mendapat tarikan. Mereka menggunakan teknik tarikan yang perlahan. Caranya. Lepas cast, bail arm masih terbuka, tarik perlahan-lahan tali menggunakan tangan. Lebih kurang 2inci tarikan tali sesaat. Sambil tangan merasakan jika ada getuan dari ikan. Bila kelihatan tali dah agak panjang ditarik gulung tali masuk kedalam spool. Ulangi langkah tadi. Saya dapati ada beberapa orang yang menggunakan teknik ni dan hasilnya boleh tahan. Ada yang mendapat 3 ekor jenahak. Pemancing yang menggunakan pelampung biasanya lagi rajin. Balingan tepat kearah sangkar ikan di tengah kolam. Pelampung akan digerakkan sekali sekala. Bila pelampung bergerak tanda ada getuan. Saya dapati ikan akan makan macam cara tongsan makan jika menggunakan pelampung. Pelampung akan ditarik kebawah dan selepas itu pelampung akan ditarik oleh ikan kearah kiri atau kanan depan atau belakang dan pada masa ini pemancing akan segera menegangkan tali sedikit. Lepas lebih kurang 5 hingga 7 saat baru sentapan dilakukan. Pemancing kolam air masin biasanya akan menggunakan cara keras lawan keras. Jadi perambut tali dan peralatan memancing mestilah yang tahan lasak. Apa yang menarik saya lihat pemancing disini sangat memahami pemancing yang lain. Bila seorang pemancing terkena ikan pemancing lain akan cepat cepat gulung pancing sehinggalah ikan di naikkan. Dan jika salah seorang pemancing mendapat ikan pemancing lain akan baling ke tempat pemancing yang dapat ikan tadi. Dan hasilnya kadangkala kita boleh lihat beberapa pemancing mendapat tarikan pada masa yang sama. Jika tali berbelit pun takde pun pemancing yang naik berang. Macamana kalau semua ni berlaku di kolam air tawar kita? Mungkin keharmonian ni boleh di guna pakai di kolam air tawar pula. Mesti best kan kalau macamtu.

pertanyaan dan borak borak pancing