30 November 2009

nak beli umpan

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. terkejut gak saya bila ada beberapa pemancing dan pembaca setia nak membeli produk dari saya. tapi tak tau macammana nak membeli.
senang aje caranya
layari http://topmaxpower.blogspot.com
hantar email ke izhar_umi@yahoo.com
sms ke 0132529741
nyatakan
nama
alamat lengkap
produk yang hendak dibeli dan jumlah
butir pembayaran seperti masa, tempat dan kod transaksi

pastikan anda menghantarkan alamat yang lengkap dan terkini
kalau tak susah nak hantar umpan-umpan tu
saya akan sertakan sekali cara bancuhan umpan tersebut.

26 November 2009

selamat menyambut hari raya aidiladha

asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. esok kita umat islam akan menyambut hari raya aidiladha. hari raya aidiladha adalah sempena memperingati pengorbanan nabi Ibrahim A.S yang sanggup berkorban kerana Allah.
dalam kisah nabi ibrahim, beliau merupakan yang paling penyabar dengan ujian Allah. dari kesakitan yang dialami hinggalah suruhan untuk membuat pengorbanan dengan anaknya nabi Ismail. beliau turutkan juga.

bacalah kisah nabi ibrahim disini
http://www.e-bacaan.com/sudut_pn06.htm

sebagai pemancing ada kalanya kita jiga harus berkorban. ada kalanya kita perlu korbankan masa tinggalkan keluarga demi mencari rezeki dan memancing. ada kalanya juga kita perlu berkorban dan mengetepikan kepentingan kita demi keluarga. banyak cara pengorbanan dan salah satunya adalah dengan bersedekah. tak salah kalau ikan yang dipancing disedekahkan kepada golongan yang lebih memerlukan. kadangkala kita tak mampu nak menyembelih lembu mahupun kambing. sedekahkan hasil tangkapan pun dah kira berkorban juga.

apa-apa pun saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. bagi yang ballik ke kampung halaman berhati-hati di jalan raya. anda mampu mengubahnya

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN

25 November 2009

Umpan gula-gula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca semua. Pernahkah anda terfikir yang gula-gula boleh dijadikan umpan untuk memancing. Ini resepi saya untuk anda. Pernah dapat patin dan tongsan. Caranya. Beli gula-gula fruit plus strawberry rm1. Masukkan dalam gelas berisi air. Bila dah cair campur kat roti potong dadu. Tambahkan power bait kuning sikit. Cubalah. Gunakan dua mata dan cucuk umpan pada matakail sebelum kepal besar. Saya selalu gunakan untuk memancing ikan patin dan tongsan

20 November 2009

petua

assalamualaikum dan selam sejahtera kepada semua. maaf la dah lama saya tak update blog ni. untuk pengetahuan saya agak kurang ke kolam sejak saya kehilangan nenek kesayangan saya batu-baru ni. rasanya macam tak lengkap je bila dia takde. maklumlah saya dibesarkan oleh beliau. al fatihah
disini saya nak kongsikan petua yang pernah diberikan oleh beliau kepada saya
1.membaca bismillah dan selawat keatas nabi sebelum baling umpan
2.jangan bising semasa memancing
3.jangan hebahkan kalau anda hendak pergi memancing, cukuplah sekadar memberitahu kepada rakan dan ahli keluarga
4.jangan membangga diri dengan hasil tangkapan tapi bersyukurlah
5.jika mendapat hasil yang sedikit atau ikan kecil bersyukurlah kerana itu rezeki yang diberikan kepada kita.
6.jangan lupa bersedekah dengan hasil yang kita dapat
7.hasil tangkapan yang didapat hendaklah dihormati sebagaimana mahluk bernyawa yang lain
8.jangan menzalimi haiwan
9.niat memancing kerana untuk mencari rezeki
10.jangan pergi memancing jika orang tua mahupun isteri tak merestui kerana restu sangat penting dalam memperolehi keberkatan.

jangan lupa mengamalkannya. semoga kita memperolehi keberkatan bersama

17 November 2009

Bila dah boring

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pernah tak anda boring semasa memancing? Saya pernah alaminya dan masa tu saya berhenti memancing selama setahun lebih. Anda pula bagaimana. Apa yang anda akan lakukan bila dah boring memancing.

06 November 2009

tongsan berpelampung







hasil memancing selama 3 jam dengan teknik berpelampung


tongsan 4.4kg bersama pelampung. kecil nampak pelampung tu. ikan besar.


tongsan 7.8kg dengan teknik pelampung

teknik memancing menggunakan pelampung sangat praktikal dilakukan di kolam bayar. asalkan ia tak menyalahi undang-undang kolam. saya biasanya menggunakan pelampung hidup sepanjang 1.5kaki hingga 4 kaki. bergantung kepada kedalaman kolam dan lokasi ikan.






umpan pada perambut spring, cangkuk pallet dan gunakan pelampung.

04 November 2009

Variasi umpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umpan umpan dan umpan. Umpan bergantung kepada tempat dan spesis yang ingin di pancing. Tapi pernahkah anda terfikir umpan yang telah lama anda gunakan tu perlukan perubahan. Seperti mana memancing di kolam kalau ingin mendapatkan spesis ikan seperti rohu dan tongsan pastinya kita akan menggunakan umpan dedak dan palet. Untuk spesis patin pula kita akan gunakan umpan roti. Tak boleh ke kalau kita gunakan roti untuk memburu rohu dan dedak untuk memburu patin. Bukan tak pernah ada pemancing yang mendapat patin dengan dedak dan rohu dengan roti. Kadangkala kita masih terikut dengan apa yang telah di setkan dalam minda kita. Sukar rasanya untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kita takut mencuba dan takut gagal. Pasti anda pernah tertanya kenapa orang lain boleh dapat tangkapan yang banyak sedangkan anda tidak. Mereka yang mendapat tangkapan yang banyak pun sama menggunakan umpan, matakail dan tali serta joran dan mesin. Tapi kenapa mereka yang selalu dapat banyak? Apa bezanya antara mereka dan kita. Selalunya variasi umpan perambut dan matakail yang membezakannya. Takkan orang yang berusaha lebih dari kita akan dapat hasil yang sama dengan kita. Pastinya usaha mereka lambat laun akan berhasil. Baru baru ni saya turun memancing dan ada seorang pemancing yang menggunakan tepung untuk memancing patin. Hasilnya beliau pernah mendapat jackpot bulanan rm2000+ dan pada hari tersebut beliau telah mendapat seekor patin 5kg. Fikirkanlah

03 November 2009

Apakah tandanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar para pemancing semua. Harap dalam keadaan sihat dan sejahtera. Apakah tandanya? Sabtu saya turun memancing. Segalanya menjadi. Saya mendapat 2ekor tongsan dan 4ekor rohu termasuk 1pacu hampir 3kilo. Tiap kali balingan pasti akan ada sambutan dari ikan. Tapi kerana dah mendapat pada hari sabtu, saya turun lagi pada hari ahad. Tapi segala yang dirancang tak menjadi. Tiada seekor pun ikan yang sudi menjamah umpan saya sedangkan ramai pemancing yang sedang menggasak. Saya cuba membancuh umpan lain pula tapi jawapannya tetap sama. Cukup masa 3jam saya pun pulang dengan tangan kosong. Tanpa ada sebarang jamahan dari ikan. Pelik betul rasanya. Bisikan hati asyik mengajak saya pulang. Saya pulang dengan hati yang tertanya-tanya. Apa yang tak kena. Sampai dirumah rupanya ada perkara besar yang tak dijangka berlaku. Ada kalanya allah memberikan kita peringatan tapi adakah kita mengendahkannya. Sama seperti kejadian alam yang saban hari semakin rakus melakukan kemusnahan hasil dari kerakusan manusia itu sendiri. Kejadian seperti gempa bumi dan tsunami adalah peringatan kepada kita. Adakah kita mengendahkannya. Tapi saya masih tertanya lagi. Apakah tandanya.

pertanyaan dan borak borak pancing