19 Februari 2011

menggantung patin jack.



patin kecil seberat 1-3 kg lebih dikenali sebagai pati jack (jek) kerana boleh dinaikkan tanpa menggunakan tangguk. jek jer. sebenarnya patin sebesar ini pun dapat memberikan keseronokan memancing jika kena caranya. harini saya berpeluang untuk memancing di kolam seksyen 24 yang baru memasukkan patin jek sebanyak 1 tan. banyak tu....

patin ni suka makan umpan yang berada dipermukaan atau dipertengahan air. oleh itu penggunaan teknik gantung adalah penting. oleh kerana dikolam ni tidak boleh menggunakan teknik apung. maka teknik gantung adalah yang terbaik. mata gantung selalunya sepanjang 1 depa hingga yang paling panjang 4depa. kalau 1-2 depa ok lagi nak baling, tapi kalau sampai 4 depa, susah tu. kalau tak kena gayanya boleh terlekat matakail kat telinga pemancing. huhu.........

yang paling penting bagi teknik ini adalah bahan apung untuk mengapungkan umpan. selalunya pemancing menggunakan mashmellow dan ada juga yang menggunakan gabus, selipar getah dan sebagainya. saya lebih menggemari mashmellow kerana sifatnya yang lembut dan terapung yang tidak akan mengganggu matakail untuk menacap kukuh.

patin pertama yang sudi menyapa.

saya menggunakan perambut gantung sepanjang 2 depa sahaja. dah kira panjang la tu. kalau kat kolam lain pastinya umpan hanya akan berada dipermukaan sahaja. nasib baiklah kolam ni dalam. saya sampai ke kolam pada jam 7.15 pagi. saya lihat pagi tu tiada pemancing yang ada dipondok tengah seberang kaunter. apa lagi. port baik tak ada orang. saya terus kesana. 

umpan yang saya gunakan adalah umpan strawbery dan saya menggunakan roti gardenia. kenapa saya gunakan roti gardenia? mesti ada yang bertanya. selama ni pemancing tidak menggunakan roti gardenia kerana ianya akan keras jika terkena air, tetapi kalau menggunakan teknik gantung, ia tidak akan keras kerana roti tidak akan dikepal, sebaliknya hanya akan dicucuk macam satey sahaja. jangan la kepal roti tu. cucuk sahaja mesti dah ok. ikan akan senang makan.

patin jek ni juga selalu makan sampai telan matakail terutamanya kalau matakail bersaiz agak kecil. kalau guna matakail besar nanti susah juga nak bagi umpan menggantung dan naik dalam air. saya selalu menggunakan daiichi 16 ataupun barkley chinu no 9 sebagai matakail untuk teknik gantung. dan selama ini ianya menjadi.

okla. saya nak kongsikan teknik gantung yang saya gunakan memancing patin jek tadi.
gambarajah lakaran perambut




perambut gantung sepanjang 2 depa



cangkukkan mashmellow pada matakail


turunkan mashmellow hingga melepasi matakail dan masuk ke tali perambut


saya selalu gunakan 3 ketul mashmellow



cucukkan sahaja roti potong dadu pada matakail. tak perlu kepal atau picit

apa lagi. cubalah teknik ni esok dikolam pancing. mana tau boleh menjadi.

                
hasil memancing menggunakan teknik mata gantung selama 3 jam. ada beberapa ekor yang tak masuk gambar

oh ya. patin jek ni selalunya saya dapat dengan umpan yang berbau kuat sikit. jangan kuat sangat lak. nanti ikan tak nak makan.
kalau menggunakan teknik gantung ni jarang sekali ikan akan tarik auto macam memancing rohu. sebaliknya tali akan tegang. pastikan tali agak tegang dan gunakanlah radar plastersin. selalu terjadi ikan akan langgar tali banyak kali. jika anda lihat tali berdenyut biarkan sahaja. tapi bila tali menegang agak lama dalam 3-5 saat, buatlah sedikit rembatan. ini agak penting dalam menggunakan teknik ini. pastinya anda boleh faham kerana perambut sepanjang 2 depa dan dengan berat batu gantung lagi. sebab tu la kena rembat sikit. ada juga yang merembat sampai ke belakang. terpulang kepada anda. jangan sampai kena cap main sembat dah la.

teknik ni sangat sesuai digunakan untuk kolam yang tidak membenarkan penggunaan pelampung dan teknik apung. tapi kalau kolam tu tidak membenarkan penggunaan bahan apung, susah la. apa pun ianya bergantung kepada tempat dimana anda memancing.
dengan teknik ni saya dapat menaikkan 12 ekor patin dan 2 ekor patin besar lucut dipertengahan jalan dalam masa 4 jam memancing. 

selamat mencuba
sekian
-topangler81-

13 Februari 2011

patin bukit merah laketown resort

panorama indah dihadapan tasik


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. macammana hujung minggu anda? ada tak yang pergi memancing. atau hanya melepak kat rumah jer. baru-baru ni saya pulang ke kampung isteri saya. saya pun tak terlepas peluang memancing di tasik bukit merah. bukit merah memang terkenal dengan taman temanya iaitu bukit merah laketown resort. terletak disusur keluar selama dari lebuhraya utara selatan. bayar sahaja tol terus belok ke kanan.

mesti ada yang bertanya dimana letaknya tempat memancing ni.saya juga tersesat beberapa kali kerana tak tahu dimanakah lokasinya. sebenarnya tempat memancing ini berada dalam taman tema itulah. masuk sahaja taman tema, naik bukit sampai jumpa bulatan, belok ke kekiri. parking dan masuk ke temapat permainan dan tempat memancing berada dihadapan anda. bayaran yang dikenankan adalah mengikut jam
1 jam =rm 10
2 jam =rm 18
3 jam rm 25
5 jam rm 40

deposit masuk adalah rm40 sahaja. anda boleh memancing beberapa jam yang anda suka. 1 jam pun boleh takde masalah kalau ikan tak makan. tauke kolam turut menyediakan pancing sewa jika anda tidak membawa pancing dengan bayaran yang berpatutan.

tasik ini sangat besar, pengusaha tempat memancing ini merentang jaring untuk mengelakkan ikan dari terlepas kedalam tasik. menurut tauke, ikan yang paling banyak dimasukkan adalah ikan rohu dan pacu. ada juga patin yang dimasukkan sebanyak 1 tan. tapi jarang pemancing yang mendapat patin. terdapat juga 5ekor patin mekong belasan kilo. memang syok layan kalau kena mekong kat sini.

masa memancing adalah dari jam 9 pagi hingga 10 malam. saya yang datang seawal jam 8.30 pagi sempat meninjau-ninjau kawasan sekitar kolam. saya masih gunakan istilah kolam walaupun ianya adalah sebuah tasik sebenarnya.... saya dapati ikan banyak bermain ditengah kolam dan kawasan yang berdekatan dengan jaring sempadan. memang nampak kelibat mekong bermain air disitu.
info dari penjaga kolam balingan ketengah sangat penting untuk memastikan ikan menjamah umpan.

saya menggunakan umpan roti dicampurkan dengan perisa strawbery, umpan yang sama kalau saya memancing dikolam. tapi kali ini saya tidak terlalu mengharap ikan menjamah umpan. sekadar nak test sahaja. pada awalnya saya menggunakan perambut sepanjang dua depa, matakail diletakkan 3 biji mashmellow. ya teknik gantung saya gunakan. beberapa belingan dilakukan tapi ikan tidak menjamah juga. rupanya umpan berada betul dipermukaan air kerana air tidak dalam. memandangkan ikan tak mahu menjamah umpan dipermukaan saya pendekkan perambut kepada sedepa sahaja.

saya yang menggunakan abu conolon 6.6kaki melontarkan umpan dengan sekuat hati tapi masih tak dapat mencapai ketengah tasik. macam satu senaman baling dan karau.


balingan kedua dengan perambut kedua ada jamahan dari ikan, tetapi ianya agak perlahan dan berhenjut-henjut bagaikan tali terkena tiupan angin. saya angkat joran dan sentap sedikit
ikan mula memberikan tentangan. beberapa tarikan yang agak kuat hinggakan mesin tica554 menjerit panjang. selang beberapa minit. ikan patin lebih kurang 3kg berjaya saya naikkan.
patin 3kg

selepas saya menaikkan patin ramai pula yang menjadi penonton. ada juga pekerja laketown yang mengatakan itu patin pertama yang berjaya dinaikkan disini. akhirnya patin yang berjaya saya naikkan menjadi model gambar pulak haritu. beberapa pengunjung berposing memegang ikan sambil mengambir gambar. gembira betul mereka. selepas itu saya mendapat lagi tarikan dari sang patin tapi kali ini agak kecil. lebih kurang 2kg sahaja

lihat ekor patin yang besar. patin tasik ni memang agak kuat melawan.

selepasa itu tiada lagi yang sudi menjamah umpan. saya ada juga mencuba menggunakan dedak tapi si lampam yang laju mengacau umpan. saya hanya memancing 2 jam disini dari jam 9.30-1130 pagi. sapaan dari penghuni tasik sangat memberangsangkan . kalau boleh memang saya memancing lama lagi disini. boleh juga membawa keluarga bersama kerana disini pemandangan dan kawasannya cukup menarik. pastinya saya akan kesini lagi.

09 Februari 2011

mekong mula makan


assalamualaikum dan salam sejahtera, lamanya saya tak update blog ni. sebenarnya baru-baru ini saya telah kehilangan handphone dan simkad celcom broadband saya. ruginya rasa... lama juga saya menanti nak kumpul duit untuk beli handphone dan dapatkan simkad yang baru. sebab tu la saya gagal nak updatekan blog ni. maaf ya.

ok la berbalik dengan tajuk kali ini. saya dapati yang patin mekong kolam seksyen 24 shah alam dah mula sudi nak menjamah umpan. tak kira la apa umpan pun kalau kena masa dia nak makan dia belasah jer. ramai juga pemancing rohu yang menggunakan dedak dan pemancing patin yang menggunakan roti berjaya menaikkan patin mekong hingga belasan kilo. saya juga tak terlepas peluang merasakan kekuatannya yang sungguh luar biasa.

tanggal 1 februari 2011 menjadi tarikh keramat kerana pada hari itu saya berjaya mendaratkan patin mekong pertama saya seberat 12.25kg. saya menggunakan umpan roti potong dadu dan pes  masam. (berbau masam). jam 7.15 pagi saya sampai di kolam berseorangan. niat hari ni saya nak memancing patin sahaja. saya menggunakan roti jenama daily fresh. saya menggunakan perambut 2 mata yang hanya menggunakan tali champion 18 paun dan matakail mustad no 8.

roti dikepal sebesar penumbuk budak 5 tahun dan saya melontar umpan ketengah kolam. tolakan dari angin menyebabkan umpan jatuh kesebelah kiri sedikit. selang 15 minit saya mendapat tarikan yang agak kasar dari ikan. patin 6kg berjaya saya naikkan selang beberapa minit perlawanan. umpan dikepal kembali dan kali ini saya kepal umpan pada satu mata sahaja dan matakail yang lagi satu saya cucuk roti seperti satey dan biarkan ia terdedah tanpa dikepal. sebelum melontar umpan saya lekatkan matakail berumpan roti cucuk tapi pada kepalan roti matakail yang satu lagi. ini bagi mengelakkan tali perambut daripada berbelit dengan kili dan tali utama.

lontaran dilakukan dan ianya masih senget kekiri kerana tolakan angin. saya biarkan bail arm tica 554 terbuka dan letakkan joran abu garcia conolon 6,6kaki pada pancang joran. plastersin saya gunakan sebagai radar dan saya tutup bailarm dan karau beberapa kali untuk menegangkan tali. beberapa kali tali tegang kendur kerana ada ikan yang melanggar tali tapi saya biarkan sahaja. saya duduk dikerusi yang beberapa kaki sahaja jaraknya dari joran. sedang saya memerhatikan keadaan sekeliling saya tersentak kerana radar mula bergerak dengan kuat naik dan turun. saya mendekati joran dan bersedia untuk strike. ikan menghenjut lagi dan kali ini saya lihat radar naik dengan sangat laju bagaikan patin melibas dan matakail terkena ekornya. saya strike secara sederhana sahaja. kemudian saya dapati ikan mula melawan. tarikan pertamanya memang laju dan bertenaga. beberapa saat sahaja ikan melompat dan saya dapati ia telah berada dibucu kanan kolam. laju dan kuat sungguh ikan ini. tangan saja mula menggigil sebaik sahaja saya mengetatkan drag hampir ketahap maksimum.

mesin tica 554 mula mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan selang 10 minit perlawanan. saya masih lagi bertahan dan beberapa kali saya berjaya membawa ikan ketengah kolam. dan tiap kali saya berjaya menarik ikan ketengah kolam ia akan naik kepermukaan dan melibas ekor kemudianna akan kembali membenam kedasar kolam dengan sangat laju bagaikan tiada tekanan langsung yang saya berikan pada hal drag telah diketakan dengan kuat dan tangan saya sedang menggigil menahan asakan ikan. lenturan abu garcia conolon hampir ketahap maksimum. memang kuat ikan ni. saya pernah menaikkan patin seberat 13.8kg tatapi  kekuatan patin mekong lebih kuat beberapa kali ganda berbanding patin biasa atau patin lombong. entah berapa kali saya berjanya mengepam ikan ketepi dan kemudiannya ia pecut kembali hingga keseberang kolam. tangan saya juga mulai sakit. selepas 30 minit perlawanan saya dapat rasakan ikan semakin lemah dan saya pun semakin lemah juga. tapi saya gagahkan juga. bukan senang nak dapat melayan patin mekong di kolam ini.

40 minit perlawanan saya telah berjaya membawa ikan hampir ka tebing. dan beberapa kali jua ia hendak kembali ketengah kolam tetapi ia semakin lemah dan tidak berdaya lagi untuk melawan. akhirnya saya dibantu oleh beberapa orang pemancing lain untuk mendaratkan ikan. ikan berjaya dinaikkan selepas 45 minit perlawanan dan saya berasa sangat puas. sengsara juga saya hendak memabawa ikan untuk ditimbag di kaunter macam membawa tong gas dalam tangguk rasanya. bila ditimbang ianya seberat 12.25kg. tidaklah terlalu besar berbanding dengan saya juang yang ditunjukkannya. patutlah ianya diberi jolokan ikan terkuat didunia.


bila pula anda hendak merasakan daya juangnya. tak perlu lagi ke thailand.

pertanyaan dan borak borak pancing