29 April 2011

hujan yang membawa rahmat.

hujan..... ada yang sukakannya dan ada yang bencikannya, ada pula yang tak kisah dengannya. kalau bab memancing ni hujan sangat memainkan peranan. waktu sebegini la adakalanya ikan akan kuat makan dan gile makan. ada juga masa hujan ni ikan mendiamkan diri, mengamati irama hujan yang memecah kesunyian kolam agaknya. bagi saya, kalau hujan itu memandakan masa untuk memancing patin. patin memang spesis yang sukakan perubahan cuaca. kalau memancing malam pun anda boleh perhatikan yang ikan patin akan galak makan bila air kolam menjadi sejuk. biasanya kalau kolam dalam dalam pukul 3-4 pagi ikan akan mula galak makan.



ibu fatin yan memakan umpan pada waktu petang

kalau anda rasakan sukar nak memancing patin ni terutamanya dikolam pancing, cubalah turun disebelah pagi. awal-awal pagi. kalau kolam tu buka 24 jam turun la memancing selepas subuh, paling lewat pada jam 7 pagi anda dah sampai ke kolam. masa memancing pulak hingga jam 11 pagi. kalau petang turun la pada jam 5 petang.

kalau ikutkan pengalaman saya, memancing pagi paling baik untuk patin. kadangkala pacu pun sudi menjamah umpan, tapi si rohu masih lena dibuai mimpi. umpan pada waktu pagi selalunya saya gunakan umpan yang tak berapa kuat baunya, tapi kuat sedikit dari umpan yang digunakan pada sebelah malam. ikan patin ni akan menggunakan sepenuh deria baunya pada waktu malam, pada siang hari pula kepanasan akan membuatkan molekul air menjadi lebih kembang. oleh itu si patin tak perlu la menggunakan sepenuh derianya pada waktu siang kerana pada waktu siang bau akan lebih mudah meresap dalam air

pernah tak anda membancuh gula? mesti pernah kan. tak kirala masa nak buat air minuman dan sebagainya. kenapa orang suka menggunakan air panas untuk melarutkan gula. kenapa pula tak menggunakan air sejuk? anda pasti tahu jawapannya kan. begitulah juga dengan keadaan umpan dalam kolam. sebab tu la ada otai-otai memancing patin ni mengatakan yang patin ni memerlukan umpan yang berbeza pada waktu malam dan siang. maknanya umpan malam dan siang ni tak sama. apa yang saya boleh berikan adalah pada waktu malam umpan perlu berbau lembut sahaja. jangan ada bau mencucuk atau keras. siang pula gunakan bau yang agak kuat tapi jangan la terlalu kuat. kalau anda selalu memancing pada waktu malam gunakan la umpan malam tu untuk malam sahaja dan buatlah umpan lain ketika siang menjelma. 

walaupun memancing ni memang memerlukan nasib, tapi adakah anda pernah terfikir, adakah para otai patin tu sentiasa bernasib baik? ataupun usaha mereka yang membezakan antara para elit kolam dengan pemancing biasa. pernah juga selalu dengar yang otai itu dan ini selalu menang pertandingan. kenapa agaknya ya. hanya yang berfikir yang akan mendapat jawapannya. pernah juga saya mendengar pemancing dari luar negara berkata "hanya 10% pemancing yang mendapat 90% ikan" rasa-rasanya anda berada dimana?

sekian
-topangler81-

26 April 2011

tips menyimpan joran pancing



Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Joran, antara peralata yang terpenting dalam dunia memancing. Ada juga pelbagai jenis  mengikut kesesuaian penggunaan samaada untuk kegunaan air tawar atau air masin, tugas ringan atau tugas berat. Semuanya adasatu tugas utama iaitu untuk membantu pemancing melawan ikan dan menyerap tekanan. Harganya pula dari belasan ringgit hinggalah belasan ribu!!!...... tapi bagaimana pula cara menjaganya? Kali ini saya nak kongsikan sedikit tips menyimpan  joran.
      
1.   Sebelum disimpan joran hendaklah dibersihkan. Selalunya perkara inilah yang pemancing ambil tak endah. Kalau anda selalu memancing dikawasan air masin, perkara ini adalah sangat penting untuk menjamin ketahanan joran

2.       Keringkan joran dengan kain bersih. Biarkan joran kering sepenuhnya sebelum disimpan

3.       Sapukan sedikit minyak pada cincin. Lapkan lebihan minyak tadi.

4.       Simpan joran didalam bekas atau tempat simpanan khas. Anda juga boleh beli beg simpanan joran yang dijual dikedai-kedai pancing.

5.       Pastikan joran disimpan ditempat yang bersih dan kering. Jauhkan dari terkena panas matahari atau menyimpan didalam kereta. Kepanasan boleh merosakkan joran terutamya joran grafit


Itulah antara tips-tips yang saya amalkan untuk memastikan joran saya tahan lama. Joran kegemaran saya untuk memancing air tawar telah berusia 7 tahun. Walaupun tak mahal tapi ia tidak pernah gagal melakukan tugasnya. Hm... sudah berapa kali anda beli joran

24 April 2011

pemancing dan solat atas bot



assalamualaikum..... dah solat ke belum? teringat lagi saya. pertanyaan itulah yang selalu atuk dan nenek saya selalu tanyakan........ anda mesti ingat pada zaman remaja atau kanak-kanak, mak bapak kita sangat pentingkan hal solat ni. sampaikan kalau bermain pada waktu maghrib pastinya akan mendapat 'habuan' masa balik rumah nanti....... sebenarnya agak susah saya nak masukkan enrti ni sebenarnya dan bukan bertujuan untuk menyinggung sesiapa. cuma sekadar berkongsi pengalaman dan ilmu kepada pembaca semua.

pastinya ada yang akan bertanya macammana nak solat kalau berada dilautan luas. terutamanya diatas bot yang agak kecil. tapi ada caranya. bukan susah pun tapi cuma kemahuan yang akan membezakan antara kita mahu pun tidak tepuk dada tanya iman. sila rujuk pada blog link bawah  ini ye....

20 April 2011

minyak lucky star dan dedak bomb AA

assalamualaikum dan salam satu malaysia. umpan memancing ikan air tawar ni ada bermacam-macam. ada pemancing yang menggunakan roti hinggalah menggunakan pallet. pelbagai resepi umpan yang dicipta pemancing yang mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu untuk mendapatkan ikan. resepi umpan adalah berbeza diantara kolam. jarang ada umpan universal atau umpan yang pasti makan kalau memancing dimana-mana. boleh kita katakan kolam ini bagaikan satu wilayah atau negara yang mempunyai budaya atau adat yang berbeza. bagi pemancing yang suka mencari pengalaman untuk menjelajah dan mencari ikan, pastinya keadaan ini akan berlaku. kalau anda selalu memancing di sesebuah kolam sahaja ia takkan menjadi masalah dan mungkin anda adalah golongan elit atau otai di kolam tu..................



memancing rohu memerlukan umpan yang spesifik kerana ikan ini sangat memilih umpan. kalau umpan tak sedap memang boleh bangau walalupun ikan banyak. dulu selalu saya menggunakan minyak lucky star. minyak ini agak mudah didapati disekitar selangor. kalau kat tempat lain tak tau la ada ke tidak.


minyak ikan lucky star





minyak udang lucky star

kalau anda bertanya kepada saya yang mana yang paling best untuk memancing rohu. pilihan saya adalah minyak yang berlebel hijau tu. iaitu minyak ikan. tapi tak tau pula bagaimana penangan minyak udang lucky star ni. tak pernah saya cuba pula. 

ini pula dedak bomb yang biasa saya gunakan untuk memancing rohu...


dedak bomb AA adalah yang sebelah kiri . kanan pula dedak udang. campuran dua dedak ni kalau dicampurkan dengan minyak lucky star pun kadang-kadang  menggasak juga. terutamanya untuk memburu rohu. 

nisbah campuran 
2 bahagian dedak bom AA + 1 bahagian dedak + 1 penutup minyak lucky star. buat peroi dan gunakan perambut spring. pallet rendam atau potongan roti kecil letakkan pada matakail.

selamat mencuba.

13 April 2011

panggilan mekong seksyen 24

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..... lamanya saya tak memancing, gatal betul tangan ni nak merasa tarikan ikan. memang best kan masa tarik ikan tertamanya ikan yang kita tarik tu besar dan kuat. ikan air tawar yang diketogorikan ikan yang paling kuat didunia tidak lain dan tidak bukan adalah patin mekong. hanya pemancing yang pernah berlawan dengan ikan ini saja yang tahu bagaimana rasanya melawan ikan ini dengan set air tawar. memang penat.... kita dah penat tapi ikan tak penat-penat.......................



dulu kalau pemancing nak merasakan ikan ni perlulah bertandang ke thailand, sekarang ni tak perlu lagi kerana banyak kolam pancing yang dah memasukkan ikan ini ke kolam mereka. kolam yang paling hampir  adalah kolam pancing seksyen 24 shah alam. didalam kolam ini ada 279 ekor patin mekong dan yang lainnya adalah ikan patin biasa dan lain-lain spesis air tawar. masalah yang sering berlaku adalah pemancing tak tahu bagaimana teknik dan umpan yang perlu digunakan untuk mendapatkan patin mekong ini. kalau anda bertanya kepada saya, saya pun tak tahu apa umpan khas untuk mekong ni. saya pernah mendapat patin mekong ini dengan menggunakan umpan yang berbau masam. umpan masam macam roti masam, umpan yang menggunakan tapai dan sebagainya pernah dikatakan digemari oleh patin mekong ni. yang penting kena terus mencuba resepi-resepi baru. RnD pemancing ni ada kalanya memerlukan belanja yang besar. pernah juga saya terbaca dalam forum yang pemancing pernah digasak patin mekong sampaikan tali utama 30 paun putus, umpan yang digunakan pula adalah umpan peraman masam yang terdiri daripada tapai dan kelapa. bahan-bahan lain yang dicampurkan tidak pula dinyatakan. 

besarnya patin mekong ni

dikatakan juga patin mekong ni cepat membesar jika terdapat banyak makanan, jika dalam kolam yang selalu ada pemancing memang akan ada banyak makanan. mungkin patin mekong dalam kolam pancing seksyen 24 ini akan mencecah puluhan kilo dalam beberapa tahun yang akan datang. kalau la patin mekong ni boleh membesar sampai begitu besar, mungkin akan ada pemancing yang membawa set jigging laut ke sana. hoho.... tak sabar rasanya nak turun memancing.
-topangler81-

12 April 2011

mari pujuk amoi tongsan

assalamualaikum dan salam sejahtara kepada semua. tengah mancing ke sekarang ni? lama gak la saya dah tak memancing ni kerana isteri tengah tunggu hari nak bersalin. haritu ingatkan dah nak bersalin dah tapi rupanya sakit perut pasal salah makan. lama betul tak update blog ni. susah gak nak update sebab dah tak pergi memancing. yang ada cuma gambar lama yang saya simpan. teringat pulak tadi ada beberapa orang pemancing yang bertanyakan tentang umpan tongsan...........

ikan tongsan ni boleh diketogorikan sebagai ikan yang agak senang untuk dipancing. walau bagaimana pun ianya bergantung juga kepada bilangannya didalam kolam dan makanan yang selalu diberikan. makanan yang diberikan? maksudnya umpan yang digunakan oleh pemancing. kalau kat kolam seksyen 24 tu orang mancing tongsan menggunakan roti berger hancur. kalau guna dedak boleh juga tapi tak la segalak menggunakan umpan roti. yang penting kena pada lubuknya. secara amnya tongsan ni gemar dikawasan berdekatan dengan pam air. selalu pemancing akan mencari kawasan ini untuk memancingnya.
saya turut gemar memancing tongsan kerana ikan ini agak senang dipancing. hanya perlukan rasuah setempat dan menggunakan teknik yang betul. dari segi teknik, memancing tongsan memerlukan perambut khas. ia terdiri dari matakail, spring dan bahan apung seperti gabus atau mashmellow. kalau memancing teknik dasar, bahan apung ni sangat penting dan perlu diletakkan pada matakail. jika menggunakan teknik pelampung tak perlu menggunakan bahan apung. malah matakail dibiarkan kosong sahaja tanpa umpan.

umpan... anda kena kaji sendiri, atau tanya otai-otai kolam kerana kolam yang berbeza memerlukan umpan yang berbeza. oh ya... yang paling penting dalam memancing tongsan ini adalah umpan yang peroi. jangan pula terlalu peroi sampai umpan tak melekat kat spring, dan jangan pulak umpan terlalu keras sampaikan umpan tak boleh pacah dalam air. yang paling cantik ialah umpan yang jatuh perlahan-lahan. anda boleh bayangkan seperti jam pasir. macam tu la.

maknanya ketulan umpan yang peroi tu akan pecah perlahan-lahan dan ianya akan membentuk timbunan makanan. kalau pancingan dasar pun lebih kurang sama la. umpan akan pecah perlahan. maka bahan apung tu akan menaikkan matakail keatas, matakail akan menjadi ringan dan bila ikan bermulut besar tu menyedut umpan keluar masuk maka matakail akan terlekat pada mulut ikan. rasanya macam review balik post saya yang lama-lama dulu. sila-sila la belek-belek post saya yang terdahulu ya....
sekian....

01 April 2011

tsunami jepun dan kolam

assalamualaikum dan salam sejahtera. dah lama saya tak menulis dalam blog ni. ada juga saya pergi memancing beberapa kali tapi hasilnya tak begitu memberangsangkan, jadi saya tak dapat nak masukkan dalam blog ni............


baru-baru ni kita masyarakat sedunia telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda jepun. negara yang maju kahadapan juga tidak dapat meramal dan memberikan amaran tentang kejadian itu. maka saya terfikir bertapa kecilnya kita berbanding dengan kekuasaan Yang Maha Esa.

pada 9 mac 2011 iaitu 2 hari sebelum kejadian gempa dan tsunami berlaku saya memancing dikolam pancing. nasa tu tak berapa ramai pemancing yang ada. lebih kurang dalam 10 pemancing sahaja. suasana yang saya rasakan agak lengang pada masa itu rupanya tidak begitu. saya dapat lihat beberapa orang pemancing menaikkan ikan pada masa yang sama. pelik tapi benar, mereka duduk berjauhan antara satu sama lain dan umpan yang digunakan pun tidak sama, ada yang menggunakan roti dan ada yang menggunakan dedak.

saya tidak dapat menahan perasaan lagi dan terus turun memancing, ingatkan nak jadi penonton sahaja hari ni. umpan pertama yang saya labuhkan, tak sampai 4 minit telah dijamah tongsan dengan gaya yang perlahan, saya tahu tongsan sebab masa tu memang saya hendak menguji umpan tongsan, resepi baru saya. selepas beberapa minit tongsan 8.78 dapat saya naikkan. selepas timbang dan lepaskan semula ikan saya bermula lagi. umpan saya labuhkan pada tempat yang sama dan mendapat lagi satu jamahan dari tongsan selang beberapa minit sahaja, dan selepas itu tongsan masih menjamah dan jamah. beberpa ekor turut rabut dan saya hanya berjaya menaikkan 2 ekor sahaja.adakah kegilaan ikan dan senyapnya ikan ada kaitan dengan gempa yang bakal melanda? Saya pun tak tahu.
Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing