31 Mei 2011

rahsia umpan power

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. maaflah lama saya tak berkongsi ilmu dengan anda semua. tapi saya bukan kedekut ilmu ye..... lama juga saya tak memancing. memandangkan anak ketiga saya masih lagi dalam pantang, jadi saya stop dulu memancing ni. mungkin juga dalam minggu ni saya akan turun memancing plabuk seksyen 24. lama dah tak kesana..... 

istilah umpan power memang kerap digunakan pemancing, tapi apa disebalik rahsia umpan power ni? kalau ikut pengalaman saya umpan power ni bagaikan sesuatu yang unik, hasil dari kajian pemancing itu sendiri. saya rasa anda pun ada umpan yang anda katakan power tu..... umpan power bermaksud umpan yang selalu mengena ikan sasaran. kalau dikolam air tawar, umpan yang baik sangat memainkan peranan. kalau tak kena umpannya memang ikan sukar atau tak mahu langsung menjamah umpan tu...... masalah yang biasanya berlaku ialah apabila ada pemancing lain yang mempunyai resepi umpan yang lebih baik dan pemancing itu akan menggasak ikan. ini selalu yang dicemburui pemancing lain.

bagi saya pemancing mestilah cepat belajar, tidak mengharapkan satu-satu resepi umpan sahaja. cuba dan terus mencuba. kadangkala umpan yang tak berapa masuk akal itulah yang power. memang saya tak nafikan.... saya pun ada beberapa jenis umpan yang dibuat daripada daun pokok dan pewangi.. .memang berkesan. namun selalunya saya gunakan dalam kes-kes emergency sahaja seperti masa ikan tak mahu makan langsung walaupun dah lama masuk kedalam kolam. pencetus nafsu makan ikan ni sangat penting sebenarnya. selalunya kalau ikan dah mula makan ianya akan makan dan terus makan......

biasanya umpan pada satu-satu kolam tak sama dengan umpan dikawasan kolam yang lain. ianya bergantung kepada umpan apa yang banyak digunakan disana. pernah saya memancing, ikan dikolam tersebut tidak mahu langsung menjamah umpan yang tidak dicampurkan dengan minyak ikan, berjam-jam juga saya menanti ikan menjamah umpan tapi langsung tak diusiknya. adalah seorang rakan pemancing yang baik hati memberitahu saya bahawa ikan dikolam ini hanya akan makan umpan yang dicampurkan dengan minyak ikan.  saya campurkan beberapa tiitk minyak ikan pada umpan yang saya gunakan tadi dan barulah ikan menjamah umpan. bukan setakat jamah je malah bergasak pulak lepas tu....


kalau anda fikirkan kenapa ada sahaja orang yang selalu menggasak ikan. tapi bukan tiap kali memancing orang tu akan menggasak ikan? padahal dia menggunakan umpan yang sama seperti hari yang dia bergasak tu. kenapa pula ikan tak nak makan umpan dia kali ini? 

sebenarnya bagi saya tiada istilah umpan power ni. semuanya bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh Ilahi. yang penting kita kena berusaha. usaha tanpa mengenal putus asa dan bertawakkal serta berdoa agar dimurahkan rezeki. memancing pun jalan mencari rezeki yang halal tapi bukan jackpot ye........ dan setelah kita dikurniakan rezeki yang murah jangan pula kita lupa untuk bersyukur......

sekian

28 Mei 2011

musim cuti sekolah

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..... musim cuti sekolah dah pun bermula. Masa nilah yang terbaik untuk memancing bersama keluarga. Kalau selama ini pemancing hanya mementingkan rakan-rakan dan ikan serta kepuasan sendiri maka musim cuti sekolah inilah masa terbaik untuk mengeratkan kembali ikatan sekeluarga. memancing bersama lagi seronok rasanya. tapi kenala pandai mengawal anak terutama anak yang masih kecil. pada masa ini juga sang isteri yang selalu terperuk dirumah menjaga anak boleh release tension.

19 Mei 2011

amalan murah rezeki

20 Amalan Murah Rezeki
PDF
Cetak
E-mail

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat 
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak 
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat 
Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. 

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. 


Salah satu nama Allah, 
al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) 

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal 
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) 
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Koleksi ANIS

14 Mei 2011

tips memancing di musim panas



assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. panasnya sekarang ni. mujurlah ada sedikit jerubu yang membantu mengurangkan terik sang mentari. musim panas ni memang ramai yang akan turun memancing. bagi pemancing kolam air tawar, masa ni la selalunya ikan akan kerap naik, ikan akan kerap makan terutamanya bagi spesis yang suka menjamah umpan pada waktu siang seperti rohu.... air kolam pun mula mengurang dan akan menyebabkan ikan akan berkumpul disesetengah lokasi lubuk. jangan pelik kalau musim panas ni ikan akan berpindah lubuk.

kalau ikutkan pengalaman saya pada musim panas ni ikan lebih sukakan umpan yang hampir dengan permukaan. jadi bubalah gunakan pelampung, mana tau akan berjaya. memancing dimusim panas ni memerlukan kita bersedia dari segi fizikal dan mental. berjam-jam ditengah panas boleh membawa keburukan kepada manusia.

hidrasi- lebih dikenali sebagai kekurangan air dalam badan. ini berlaku kerana badan kita akan berpeluh untuk menyejukkan badan. peluh yang banyak akan menyebabkan badan kekurangan air. ia boleh menyebabkan rasa lemah dan pitam. kemungkinan boleh membawa maut jika terlalu kekurangan air.

kanser kulit- sinaran matahari yang memancar mengeluarkan sinaran UV yang membahayakan dan dikatakan boleh menyebabkan kanser kulit

mata ikan- kepanasan boleh menyebabkan panas dalam badan. jika ini berlaku anda akan berasa sagnat tidak selesa dan boleh menyebabkan bibir pecah dan mata ikan. sakitnya bukan kepalang

tips memancing pada musim panas

minum air dengan banyak

bawalah bekalan air semasa anda memancing. air kosong atau air mineral sangat membantu. bawa saja dari rumah. kalau beli dikaunter pastikan tidak memilih air bergas. digalakkan meminum sekurangya 8 gelas sehari. tapi kalau pada musim panas macam ni minumllah lebih. kalau anda malas nak bawak air dari rumah dan kaunter kolam tidak pula menjual air, terpaksa la teguk air kolam nanti.

gunakan alat perlindungan- 




Alatan perlindungan seperti topi, jeket, long sleeve dan sebagainya sangat membantu. ada juga pemancing yang suka membuka baju semasa memancing pada waktu panas. sebenarnya itu adalah cara yang salah. membuka baju akan menyebabkan peluh cepat menyejat dan tidak dapat menyejukkan badan pada waktu yang lama. seeloknya pakai baju yang boleh menyerap peluh. peluh yang diserap akan menyejat perlahan dan ini dapat menyejukkan badan anda.

krim pelindung matahari





gunakan krim perlindungan matahari atau sun block. ianya akan membantu melindungi dari sinaran merbahaya yang boleh menyebabkan kanser kulit dan kemerahan pada kulit atau sun burn yang menyakitkan. tapi ada pemancing yang berkata kalau menggunakan sun block ni ikan akan lari.... tak tahulah...

berteduh didalam pondok



berteduh lah didalam pondok semasa anda memancing. 

ini adalah sebahagian dari tips-tips yang mungkin anda boleh amalkan. semoga pemancing semua sihat selalu

sekian

05 Mei 2011

tips menjaga perambut air tawar

perambut, merupakan salah satu elemen terpenting dalam memancing. tanpa perambut rasanya tak lengkap la satu-satu perkakasan memancing tu. perambut pula ada bermacam-macam. bagi pancingan air tawar perambut adalah mengikut spesis yang hendak dipancing. misalannya kalau hendak memancing rohu, gunakanlah perambut rohu seperti perambut spring dan sebagainya. perambut juga bergantung kepada lokasi tempat memancing dan keadaan semasa memancing samaada memancing pada hari biasa atau memancing dalam masa pertandingan.


perambut spring untuk memancing rohu

berikut adalah tips menjaga perambut yang saya amalkan selama ini

1. keringkan perambut selepas digunakan

2. sapukan sedikit minyak pada matakail terutamanya matakail yang senang karat seperti daiichi

3. periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat

4. periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru

 5.letakkan dalam bekas yang terdedah udara seperti tupware atau baldi memancing

 6. asingkan perambut anda. jangan campurkan banyak-banyak nanti jadi mee goreng susah nak guna

 7. simpankan ditempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan

8. sesudah kering, simpanlah dalam bekas simpanan anda. senang kalau nak memancing nanti. kalau lupa bawa perambut macammana nak memancing.

saya juga ada menyimpan beberapa contoh perambut lama yang pernah saya gunakan. tujuannya adalah untuk membuat kajian tentang perambut yang mana satu menjadi pilihan ikan di sesebuah kolam. kadangkala memancing ni perambut  tu aje yang ikan nak makan tapi perambut lain ikan tak nak makan pulak walaupun seakan sama sahaja. ikan pun pandai memilih. 
jagalah perambut anda.....
sekian
-topangler81-
Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing