21 Mei 2010

perubahan teknik air tawar



Teknik ni dikatakan yang terbaru, untuk menjerat patin. Batu ladung digunakan. Panjang perambut adalah mengikut kedalaman kolam. Biasanya adalah antara 1depa hingga 3depa.
Sebelum matakail akan diletakkan polisterin segiempat sebesar setengah inci. selalunya saya menggunakan mashmellow sebagai bahan apung. Matakail akan dicucuk umpan tanpa kepal. gunakan roti yang kental seperti gardenia.   Selamat mencuba

19 Mei 2010

percubaan pertama kolam pancing seksyen 24 shah alam

Asslamualaikum dan salam satu malaysia. Semalam saya ada bertandang kekolam seksyen 24 shah alam. Kolam yang berdekatan dengan kompleks muhibbah ni merupakan kolam peninggalan sungai kelang. Saya bersama dengan seorang rakan hendak mencuba nasib dikolam ini. Dah lama sangat saya tak bertandang kesini. Selalu hanya mendengar berita sahaja. Rupanya kolam ini sekarang dah bertukar tauke. En arif, kawan saya semasa saya belajar memancing dulu yang menjadi tauke besar. Tahniah kepada usahawan melayu ni. Dulu seorang pemancing tegar seperti saya dan sekarang dah menjadi tauke kolam yang berjaya. Dari pemancing menjadi tauke.
Sampai sahaja dikolam lebih kurang jam 11.30 pagi. Ramai dikalangan pemancing sedang menggasak ikan. Rohu sedang kuat menjamah umpan. Kawasan permainan rohu memang ramai yang menanti. Sampai dikolam sahaja saya lihat jaring mereka ni dah setengah penuh. Ikan pula tak la besar sangat antara 0.7 kg hingga 3 kg.
Tak sabar sebab dapat melihat orang lain sedang menggasak ikan, saya pun mula membancuh umpan. Saya gunakan dedak udang+dedek bom+dedak ayam+minyak ikan. Dah lama tinggalkan kolam ni dah tak tau dah macammana umpan yang diminati ikan. Saya hanya bertawakkal mengharapkan rezeki dari Ilahi. Saya masih menggunakan perambut spring dan matakail saya cangkukkan dengan pallet dan roti gardenia.
Berikut adalah kadar yuran dan jackpot dan undang-undang kolam
Yuran masuk RM30/4jam termasuk jackpot rm6
Hanya 5 matakail perambut lembut dibenarkan
Semua spesis ikan 4kg dan keatas tidak boleh dibawa balik. Pihak kolam membeli dengan harga rm2/kg

Saya bertanyakan kepada tauke kolam mengapa ikan berskala 4kg dan keatas tidak boleh dibawa pulang. Beliau mengatakan yang amat sukar bagi mendapatkan ikan berskala besar. Kenyataan ini memang benar karana banyak kolam kini mengadakan syarat yang mengatakan ikan yang melebihi berat tidak boleh dibawa pulang. Kebanyakkan pemancing mementingkan kepuasan menarik ikan semasa memancing, ikan berskala besar biasanya akan memberikan kepuasan yang lebih. Jadi ada baiknya juga jika ada syarat begini agar semua orang boleh merasakan tarikan ikan besar. Tidak boleh la hanya mementingkan keuntungan sahaja.
Saya sempat melihat video yang dirakamkan oleh pihak kolam yang menunjukkan didalam kolam ini memang terdaoat banyak ikan besar terutamanya dari spesis patin dan tongsan. Dikatakan ikan tongsan besar berskala 5kg dan keatas dianggarkan sebanyak 3 tan dan patin sebanyak 2tan. Terkejut juga semasa saya melihat video itu kerana memang sangat banyak ikan besar yang dilepaskan. Sampaikan pekerja yang memunggah ikan nampak sangat keletihan. Kalau anda perhatikan setiap masa kita dapat melihat ikan besar seperti patin dan tongsan bermain air ditengah kolam. Keadaan ini pasti akan lebih dramatik pada waktu pagi. Tak sangka juga kolam pancing orang melayu boleh meningkat naik sebegini. Jika kawalan dan disiplin pemancing tinggi pastinya kolam ini akan menjadi kolam yang paling best.....selamat mencuba.

Oh ya... tauke kolam ada memberitahu kebanyakkan ikan dikolam ini memakan roti. ada pemancing yang mendapat lebih dari 4 ekor tongsan mengatakan beliau menggunakan roti burger hancur sebagai asas. Pallet rendam yang biasanya digunakan agak kurang memberikan hasil jika dibandingkan dengan roti potong kecil yang di cangkukkan pada matakail.
Kepada sesiapa yang belum pernah bertandang ke kolam ini sila layari
www.facebook.com/kolampancingseksyen24
sekian dan selamat mencuba

14 Mei 2010

Berita dari 24

Beberapa hari yang lalu saya dapat berita yang mengejutkan. Ada seorang pemancing yang berjaya menaikkan rohu seberat 9kg di kolam seksyen 24 shah alam. Besar betul! Sepanjang pengalaman saya tak pernah jumpa rohu 9kg. Saya dapat berita dari kawan kawan kaki cari makan di kolam. Dikolam ni memang banyak rohu besar. Tapi kalau dapat 3kg keatas ikan tak boleh bawak balik. Sebab tu la ikan besar banyak. Tak dapat bawa balik tapi pihak kolam bermurah hati memberikan wang saguhati. Katanya rohu 9kg dapat rm 200 dan rohu 5-6kg akan mendapat rm 50. Bila lagi nak mencuba nasib di kolam ni?
Sediakan umpan untuk ikan besar-besar.
Sekian

09 Mei 2010

Trip melawat pulau melaka


Trip melawat pulau melaka. Pada 9 mei 2010. Panorama indah pulau melaka.

03 Mei 2010

Permulaan yang baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam saya turun memancing. Dah lama gile tak merasa tarikan ikan. Lebih kurang pukul 4 saya mula memancing. Umpan pun tak seberapa, maklum je la. Palet yang selalu saya gunakan dulu pun dah berkulat. Tapi saya gunakan jugak sebab tu je yang ada.
Labuhan umpan pertama pada perambut spring terus disambut tak sampai 15minit, rohu kecik dulu yang menyapa. Semangat saya mula berkobar. Ikan pertama sejak setahun berenti memancing.
Lepastu ikan terus diam tak menjamah. Ada juga beberapa tarikan tapi tak lekat. Matakail pun dah naik berkarat agaknya. Teringat jugak saya dulu saya sangat pentingkan ketajaman matakail dan umpan tapi harini semua tu saya ketepikan. Menyesal juga rasanya.
Minit-minit terakhir selepas 2jam ikan menyapa lagi, tapi kalini lagi kecil dan matakail saiz 6 terlekat kukuh dalam mulut ikan bukan macam ikan pertama yang terlekat kat dagu. Dapat jugala 2ekor permulaan yang agak baik kerana semalam ikan kurang galak. Dah 2hari kena gasak oleh pemancing lain.
Semalam juga terjumpa jugak kawan kawan lama yang menjadi penunggu tetap kolam rabok bay. Lama tak jumpa ramai juga yang gemuk dah jadi kurus. Kesian jugak tengok Wak Din yang susut badannya kerana penyakit kencing manis.
Oh ya lupa pulak nak bagitau yang saya gunakan umpan powerbait+dedak bomb sahaja. Umpan yang paling mudah. Umpan ni boleh dianggap universal kerana hampir semua spesis pernah tewas dengannya. Palet masih saya gunakan lagi walaupun baunya dah tak berapa sedap

pertanyaan dan borak borak pancing