02 November 2013

umpan power di forum

hahaha.... salam semua
lamanya aku tak update blog ni kan? dari musim panas sampaikan ke musim hujan.hahaha....
bukan apa, lama jugak saya dah tak memancing. manjang bizi je sekarang ni. Pernah tak korang pergi ke forum-forum pancing? kalau ada yang tak pernah masuk keforum  tu. sila-silakanlah.banyak info yang boleh kita dapat dari situ. ramai otai-otai yang bertapak kat forum tu. tanyalah apa pun yang berkaitan pasti mereka tidak keberatan.
forum-forum macam pancing.net memang sangat terkenal.

 tapi biasanya susah kalau nak dapatkan umpan power dari otai-otai pancing ni. kena lah belanja makan ke rokok sekatun ke  baru la boleh dapat menimba ilmu. tapi ni yang selalu para "pelajar" ni lupa. iaitu nak berterima kasih atau kongsi manis-manis dengan otai yang mereka belajar tu. ada jugak yang terus tarik muka sebab dah dapat manis-manisan besar. paham-paham la ye...

harini saya nak kongsikan satu umpan patin yang dikatakan paling power. sampai ada yang menjual.... yeke?



Bahan-bahan:
1. Tempe 2 bungkus

2. 4 biji telur

 
3. 2 biji ragi (
JANGAN GUNA MAURIPAN )
4. Santan kelapa (1 biji kelapa)

5. 75gm susu tepung nespray 123
6. Serbuk buah perah (sampingan...kalau ada)

caranya
campurkan blend dan jemur tengah panas 3 hari.

jangan lupa kongsi manis-manis tu

cuba-cubalah ye

 -topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing