19 September 2009

Mancing dan raya.

Siang tadi saya ada pergi memancing. Hari terakhir puasa pun boleh memancing. Semalam pun ikan kuat makan. Sangat kuat makan. Tiap kali cast mesti ada sambaran. Sampaikan saya tak sempat nak pasang umpan. Saya hanya gunakan palet sebagai umpan cangkuk kat matakail dan umpan dedak saya kepal pada cili klip sahaja. Bila ikan makan kuat cara ni paling senang nak dapat tangkapan yang banyak pada masa yang singkat. Dalam masa 2jam sahaja saya berjaya menaikkan 15ekor rohu. Itu tak termasuk 5kali ikan lepas dan 2kali perambut putus. Macam tak percaya je. Saya gunakan pelampung berperambut 2jengkal sebab saya lihat ikan bermain dipermukaan air. Permainan pelampung juga memerlukan ketepatan balingan. Perlu juga meneliti permukaan air. Penggunaan palet sangat membantu. Sewaktu ikan makan umpan, rohu akan menarik pelampung kebawah. Kerana kepantasan dan tekanan palet akan terlepas dari matakail. Palet ini lah yang akan timbul di permukaan. Anak-anak ikan dan udang akan memakan palet tadi. Anda akan dapat lihat palet di kerumuni oleh anak ikan. Ini adalah penanda yang tepat. Lagi satu saya perhatikan rohu akan sama sama berkumpul dengan anak ikan yang memakan palet. Ini akan menyebabkan anak ikan dan udang bertempiaran lari bila di langgar oleh rohu. Kalau air kolam jernih fenomena ini sangat mengujakan. Itu juga boleh dijadikan tanda bahawa ikan ada disitu. Pemerhatian sangat penting bagi pemancing. Semoga para pembaca sekalian mendapat rahmat dan rezeki yang lebih. Sekian -topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing