04 Oktober 2009

kolam pancing jugra sport fishing

assalamualaikm dan salam sejahtera kepada para pembaca dan peminat blog ini. semalam atas ajakan rakan-rakan saya pun bertandang di kolam pancing air masin ni. saya baru nak belajar memancing di kolam air masin. langsng takde pengalaman. yang saya tahu pemancing air masin lebih mementingkan ternik. tak kirala sama ada dari perambut hinggalah cara mendaratkan ikan. dah beberapa hari saya buat persiapan untuk memancing. biasala. tak pernah mancing air masin tapi kali ni pergi jugak. saya gunakan kekili banax zest dipadankan dengan joran daiwa megaforce. tali utama tali sulam fireline 14paun dan perambut seahawk florocarbon 30lb. saya gunakan umpan udang pasar yang saya gulung dengan kertas surat khabar bagi meluruskan umpan. ada seorang otai pancing mengatakan, udang hendaklah lurus semasa dikarau barulah siakap akan menjamah umpan. saya sebagai orang baru banyak melakkan pemerhatian sahaja. tak berani nak tanya banyak-banyak dengan otai-otai kat sana. saya perhatikan betul-betul perambut dan teknik yang mereka gunakan. otai kat sini menggunakan umpan udang pasar sahaja yang dibuang kulit. bukan semua kulit dibuang, mereka akan meninggalkan kulit pada bahagian sayap ekor dan pangkal kepala. saya rasa tujuannya adalah mengelakkan umpan dari mudah tercabut. pada bahagian inilah mereka akan cangkukkan matakail. tapi yang membuat saya muyskil bagaimana mereka ni boleh membuat udang kopek tu berenang lurus dan cantik semasa dikarau. memang benar, gaya persembahan umpan sangat penting. otai yang memancing betul-betul disebelah saya mendapat 6 strike dalam masa 2jam dan dapat menaikkan 5 ekor siakap. tapi umpan saya langsung tak dijamah. kecewa betul saya. 4strike yang pertama terjadi tak sampai 1 jam pun!!! mungkin belum rezeki saya. selepas lebih 3 jam casting udang kopek tanpa ada yang menjamah saya bertukar pula kepada pancingan dasar. saya sangkutkan beberapa ekor udang kopek baling kearah tiang. tapi apa boleh buat takde juga yang nak menjamah. 4 orang rakan yang datang memancing bersama saya mendapat sorang seekor ikan. 2 ekor siakap,1 kaci dan 1 kerapu. siakap yang 2 ekor tu mereka dapat dekat dengan kincir air. balingan tak sampai 5 kaki dari tebing dan kerapu dapat diantara tiang-tiang pvc. saya perhatikan pemancing yang casting akan lebih tertumpu kesangkar ditengah kolam. yang memancing dasar pula akan lebih tertarik kepada kawasan yang berstruktur. lebih kurang lagi 15 minit sebelum tamat masa, ada seorang pemancing otai yang duduk disebelah saya mendapat satu tarikan kuat dari ikan. ikan menekan tanpa henti dan beliau dengan yakin mengetatkkan drag lagi bagi mengekang larian ikan. lepas 10 mminit berhempas pulas macam menarik anak lembu, ikan mula kelihatan. saya anggarkan ia adalah siakap 5kg++ ada seorang pemancing lain yang ingin membantu menarik perambut dengan tangan, dan akhirnya tali perambut terputus kerana tak berhati-hati. kan lebih baik jika menggunakan playar atau tangguk. terlepas ikan jackpot penjaga kaunter akan bertanya tentang jumlah ikan dan jenis ikan yang anda dapat. yang menariknya jumlah ikan mengikut jenis akan ditambah mengikut jumlah ikan yang berjaya dinaikkan. maknanya stock ikan didalam kolam takkan berkurangan. patut la ramai yang suka memancing disini. syabas saya ucapkan kepada tauke kolam pancing jugra sport fishing, dan dah pasti saya akan bertandang lagi ke sini. -topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing