12 April 2012

ikatan FG @ FG knot

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. kali ni saya nak bincangkan mengenai ikatan FG yang sangat popular dikalangan kaki jigging dan popping. saya juga ada menggunakan ikatan jenis ini untuk memancing dikolam air masin. teknik ikatan ini adalah yang paling efektif untuk menyambungkan perambut tangsi dan tali sulam


apa yang paling penting dalam ikatan FG ni adalah semasa anda membakar hujung tangsi, pastikan ianya bulat dan sedikit timbul. tugas utamaya bagaikan stopper kalau sulaman kita tak ketat dan kuat. apa yang peting anda perlulah banyak berlatih kalau hendak menghasilkan ikatan yang kuat. ikatan FG yang saya buat telah menaikkan banyak jenahak dan siakap merah tanpa sebarang masalah. 

buangkan segala perkataan susah, payah, leceh dari dalam kepala anda dan belajarlah perkara baru..... lagi satu. ikatan ni hanya sesuai untuk tali perambut tangsi atau florocarbn yang keras sahaja, agak sukar jika anda menggunakan perambut halus dan lembut. kalau menggunakan florocarbon, perambut 40 paun pun boleh dibuat ikatan FG ni, tapi kalau perambut tangsi mungkin memerlukan perambut sekasar 80 paun dan keatas

sekian 
selamat mencuba

pertanyaan dan borak borak pancing