22 Mac 2010

peralatan yang sesuai

asslamualaikum dan salam sejahtera. semalam saya dapat ajakan rakan untuk memancing di kolam air masin sea lion pelabuhan kelang. pada awalnya saya mahu sahaja mengikut tetapi masalah peralatan perang saya tidak mencukupi. dengan joran 10-20paun dan tali tangsi 20 paun saya tak berapa yakin nak memancing disana. kebanyakkan pemancing disana akan menggunakan peralatan yang agak berat. tali sekurangnya power pro 60 paun yang akan dipadankan dengan perambut 70-150 paun bergantung kepada kolam nombor berapa yang nak kita pergi. akhirnya saya tolak ajakan rakan saya tu. bukannya takut tapi sayangkan peralatan air tawar yang dah lama tu dan tak mungkin akan dapat beli lagi.kolam sea lion tu banyak ikan seperti jenahak dan kaci yang memang diketahui kekuatannya. bayangkan kalau set air tawar kena jenahak 3 kg pasti ada yang akan tertanggal nanti. ramai juga yang mengatakan joran mereka patah direntap ikan. ini pernah berlaku kepada rakan saya yang cuba memancing disini dengan set air tawar. kata orang kalau kail panjang sejengkal jangan lautan nak diduga.

1 ulasan:

noname berkata...

Sealion tali 20lb digandingkan dengan rod 8-20lb ler paling Afdhal.. ramai orang guna tali 20lb disana sebagai setup standard.

Ikan 3 kg takde masalah dengan rod nie..

Kalau setakat ikan 1kg pun dah dikira overkill.

pertanyaan dan borak borak pancing