19 Mei 2010

percubaan pertama kolam pancing seksyen 24 shah alam

Asslamualaikum dan salam satu malaysia. Semalam saya ada bertandang kekolam seksyen 24 shah alam. Kolam yang berdekatan dengan kompleks muhibbah ni merupakan kolam peninggalan sungai kelang. Saya bersama dengan seorang rakan hendak mencuba nasib dikolam ini. Dah lama sangat saya tak bertandang kesini. Selalu hanya mendengar berita sahaja. Rupanya kolam ini sekarang dah bertukar tauke. En arif, kawan saya semasa saya belajar memancing dulu yang menjadi tauke besar. Tahniah kepada usahawan melayu ni. Dulu seorang pemancing tegar seperti saya dan sekarang dah menjadi tauke kolam yang berjaya. Dari pemancing menjadi tauke.
Sampai sahaja dikolam lebih kurang jam 11.30 pagi. Ramai dikalangan pemancing sedang menggasak ikan. Rohu sedang kuat menjamah umpan. Kawasan permainan rohu memang ramai yang menanti. Sampai dikolam sahaja saya lihat jaring mereka ni dah setengah penuh. Ikan pula tak la besar sangat antara 0.7 kg hingga 3 kg.
Tak sabar sebab dapat melihat orang lain sedang menggasak ikan, saya pun mula membancuh umpan. Saya gunakan dedak udang+dedek bom+dedak ayam+minyak ikan. Dah lama tinggalkan kolam ni dah tak tau dah macammana umpan yang diminati ikan. Saya hanya bertawakkal mengharapkan rezeki dari Ilahi. Saya masih menggunakan perambut spring dan matakail saya cangkukkan dengan pallet dan roti gardenia.
Berikut adalah kadar yuran dan jackpot dan undang-undang kolam
Yuran masuk RM30/4jam termasuk jackpot rm6
Hanya 5 matakail perambut lembut dibenarkan
Semua spesis ikan 4kg dan keatas tidak boleh dibawa balik. Pihak kolam membeli dengan harga rm2/kg

Saya bertanyakan kepada tauke kolam mengapa ikan berskala 4kg dan keatas tidak boleh dibawa pulang. Beliau mengatakan yang amat sukar bagi mendapatkan ikan berskala besar. Kenyataan ini memang benar karana banyak kolam kini mengadakan syarat yang mengatakan ikan yang melebihi berat tidak boleh dibawa pulang. Kebanyakkan pemancing mementingkan kepuasan menarik ikan semasa memancing, ikan berskala besar biasanya akan memberikan kepuasan yang lebih. Jadi ada baiknya juga jika ada syarat begini agar semua orang boleh merasakan tarikan ikan besar. Tidak boleh la hanya mementingkan keuntungan sahaja.
Saya sempat melihat video yang dirakamkan oleh pihak kolam yang menunjukkan didalam kolam ini memang terdaoat banyak ikan besar terutamanya dari spesis patin dan tongsan. Dikatakan ikan tongsan besar berskala 5kg dan keatas dianggarkan sebanyak 3 tan dan patin sebanyak 2tan. Terkejut juga semasa saya melihat video itu kerana memang sangat banyak ikan besar yang dilepaskan. Sampaikan pekerja yang memunggah ikan nampak sangat keletihan. Kalau anda perhatikan setiap masa kita dapat melihat ikan besar seperti patin dan tongsan bermain air ditengah kolam. Keadaan ini pasti akan lebih dramatik pada waktu pagi. Tak sangka juga kolam pancing orang melayu boleh meningkat naik sebegini. Jika kawalan dan disiplin pemancing tinggi pastinya kolam ini akan menjadi kolam yang paling best.....selamat mencuba.

Oh ya... tauke kolam ada memberitahu kebanyakkan ikan dikolam ini memakan roti. ada pemancing yang mendapat lebih dari 4 ekor tongsan mengatakan beliau menggunakan roti burger hancur sebagai asas. Pallet rendam yang biasanya digunakan agak kurang memberikan hasil jika dibandingkan dengan roti potong kecil yang di cangkukkan pada matakail.
Kepada sesiapa yang belum pernah bertandang ke kolam ini sila layari
www.facebook.com/kolampancingseksyen24
sekian dan selamat mencuba

Tiada ulasan:

Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing

FOLLOWER