26 November 2013

test field umpan -topangler81- di kolam pancing seksyen 24

salam semua.... harini hari pertama test field saya di kolam seksyen 24 menggunakan umpan -topangler81-. umpan apa pulak ni? umpan ni adalah resepi umpan kolam air tawar yang selalu saya gunakan. Bukan la kata power, cuma sekadar nak berkongsi umpan ni dengan pemancing yang sudi membeli. Umpan ni adalah 100% halal. Tiada masalah jika terkena pada pakaian dan sah untuk solat.

kolam pancing seksyen 24

Test field ni sebenarnya bukan saya rancang pun, cuma rasa nak test umpan ni kat kolam seksyen 24 dan saya terus pergi. Saya bertolak pada jam 7.45 pagi dan sampai dikolam pada jam 8.15pagi (jalan jem kat hihgway kesas). Sampai dikolam saya lihat suasana kolam agak lengang memandangkan harini adalah hari bekerja. Cuma ada lebih kurang 10 pemancing pada masa tu. Saya adalah pemancing pertama pagi tu, yang lain semua pemancing midnight. Tunggu masa je nak balik. Hahaha... peluang baik ni memandangkan saya hanya menggunakan set pancing ringan eupro  10-20 paun dan tali florocarbon logoil berkekuatan 20 paun sahaja. Set memancing patin saiz sederhana sahaja.
TICA 554. mesin lama nih!!

Sampai dikolam saya lihat ada beberapa orang pemancing yang sedang menaikkan ikan. Pagi-pagi macam ni memang ikan biasanya akan galak makan. tak kira la apa spesis pun. Tapi saya lihat harini banyak pacu yang berjaya dinaikkan. Kegalakkan ikan yang macam ni biasanya akan membuatkan semua pemacing teruja. Kejap-kejap naik ikan.

Saya hanya menggunakan roti gardenia yang dipotong dadu sebagai umpan. Umpan versi lama la katakan. Rata-rata saya lihat pemancing menggunakan pallet sebagai umpan. Ada juga yang menegur " ikan dah tak makan roti dah sekarang, semua makan pallet".Saya cuma senyum sahaja... tak kisah la kan. Rezeki kita siapa yang tahu kan.

roti gardenia original classic, selalu saya gunakan, ia lebih lembut dan kurang hangus pada bahagian tepi


"Jika menggunakan roti gardenia sebagai umpan , saya selalu akan potong roti kepada bentuk dadu pada malam sebelum memancing, ini bagi memastikan roti tidak terlalu pejal dan memudahkan roti untuk menyerap umpan sos dan juga bagi memastikan umpan mempunyai bau yang sekata."

saya memilih spot di belakang kolam, iaitu berdekatan dengan kawasan pembinaan kerana pada masa itu hanya ada seorang pemancing yang memancing disitu. tapi kena berhati-hati kerana dekat sangat dengan kawasan pembinaan.

saya mulakan dengan bismillah. umpan dilontar ketengah kolam tepat jam 8.30pagi... tu pun dah kira lambat sebab saya selalu memancing bermula pada pukul 7 pagi. Saya masih menggunakan plastersin sebagai sensor, pemancing lain dah tak menggunakan sensor dah. kebanyakkannya menggunakan pancang tegak macam pancing pantai. Saya perhatikan ikan banyak bermain ditengah kolam. Rata-rata patin mekong dan patin biasa bermain ditengah kolam. Saya menggunakan teknik bottom pada test field kali ini. perambut  V sepanjang sejengkal 2 matakail dan dipasangkan dengan batu kecil sebagai pemberat. umpan pula satu matakail saya cangkukkan roti dadu dan satu lagi matakail saya kepal umpan sebesar separuh penumbuk dewasa. Style lama lagi ni....

5minit je menunggu, pacu lebih kurang 5 kg menjadi hasil tangkapan yang pertama. larian padu pacu ni membuatkan saya tersalah anggap patin yang makan
pacu 5 kg

semasa menaikkan ikan ini saya lihat ada beberapa pemancing lain yang sedang menaikkan pacu juga. memang tengah rancak ikan makan. selepas mengambil gambar saya terus melabuhkan umpan yang seterusnya.... selepas beberapa minit ikan terus menerjah umpan. saya rasa umpan belum mencecah dasar lagi dan sang pacu 7.00kg pulak menyambar. Teruja tengok tali yang tengah timbul tiba-tiba direntap ganas sang pacu....
pacu 7kg, dapat lah rm100 duit poket. masyuk!!!

umpan saya labuhkan lagi, kalini tarikan ikan lain macam pulak. slow jer dan tali hanya tegang sahaja. tali langsung tak keluar. sang tongsan pulak  rupanya yang sudi menjamah


anggaran berat tongsan sisik halus ni adalah 6kg

ikan yang berikutnya berjaya melepaskan diri kerana matakail terlucut, tak tahulah ikan apa. tapi saya rasakan dari cara ikan melawan ia adalah sang pacu juga.

suasana kolam semakin meriah selepas tongsan ni dinaikkan, selang 10 minit lagi seekor pacu saya berjaya naikkan, tapi tak sempat saya nak mengambil gambar. 

selepas jam 10 pagi ikan telah mula kurang galak, hanya 2 ekor tongsan kecil dan seekor pacu lebih kurang 5kg berjaya saya naikkan lagi..... feeding frenzy is over.....

hm,, macammana nak tarik ikan supaya makan pancing ni? kata hati saya dan saya lihat kedalam baldi umpan, roti masih ada separu baldi lagi. umpan 2 mata kini saya besarkan sedikit saiznya menjadi lebih kurang 3/4 penumbuk orang dewasa. Oleh kerana umpan yang besar lebih berat, saya dapat melontar jauh ke tengah kolam dengan mudah. kawasan permainan patin mekong menjadi sasaran saya. Saya tak berapa mengharap kerana ramai  pemancing yang menggunakan pelampung pada masa itu. Pelampung selalunya lebih efektif untuk memancing patin mekong ni.

cerita pasal patin mekong ni teringat saya dengan patin mekong pertama saya seberat 12,25kg yang saya naikkan dikolam ini beberapa tahun lalu. masa tu guna set ringan je sebab nak layan patin jek, tapi mekong yang makan. Terpaksa melayan sampai 45 minit masa tu batu ikan berjaya dinaikkan.... lenguh seluruh badan masa tu. 
1st mekong 12.25kg 

tengah saya berangan tentang masa saya naikkan ikan tu, tiiba-tiba bunyi mesin katak tica 554 yang macam dah tak nak bunyi tu membuatkan saya terkejut. kreek.... slow je ikan tarik mungkin kerana drag yang saya setkan pada mesin tica ni agak minimum. Saya angkat joran bagi mengukuhkan tacapan matakail dan ikan semakin lari ketengah kolam. Set ringan yang saya gunakan bukan tentangan bagi ikan ni kerana drag maksimum pada tica saya setkan. saya cuba mengepam ikan supaya naik kepermukaan. Nampak sirip dan ekor ikan nik ke permukaan dan tiba-tiba ia menunjukkan tred marknya. Mulut besar MEKONG!!!!. Adoi set ringan terkena mekong lagi.....

Perlawanan bertambah sengit selepas 3 minit pertama kerana sang mekong semakin ganas menekan ke dasar kolam setelah naik ke permukaan. Mungkin ia baru terasa ia terkena pancing....tekanan demi tekanan dan saya rasakan yang tangan saya sudah mula lenguh. Beberapa pemancing yang memancing berdekatan memberikan semangat kepada saya. Jangan sampai telepas!!... 

Selepas 15minit, ikan telah mula lemah, saya pun terasa semakin lenguh tapi semangat menaikkan ikan semakin membara.... nak tak nak kena naikkan juga. saya berseloroh menaikkan semangat sendiri... Saya berjaya membawa ikan berdekatan ke tebing, dan sekali lagi sang mekong menunjukkan kegagahannya denga menekan dan menarik tali kembali ketengah kolam. tapi kali ini la ia semakin lemah.... selepas 5 minit saya berjaya mendaratkan ikan patin mekong tersebut.... Anggaran berat ikan adalah 15kg tapi sayang kerana matakail yang berada pada mulut ikan telah terlucut, dan terlekat pada pipi ikan, Bahagian dalam mulut ikan berdarah menandakan matakail telah terlucut. Tak boll tak kira.....
patin mekong... 
patin mekong 15kg nampak kecil bila ambil gambar dari depan. tak muat tangguk

oh.. patin mekong ni nampak kecil la. sebab ambil gambar dari belakang. kalau dari sisi baru nampak gemuk sikit

selepas itu saiya berjaya menaikkan seekor pacu lagi

selepas pacu ini dinaikkan hanya ada seekor tongsan kecil yang berjaya saya naikkan. tu pun tongsan yang berjaya memutuskan tali pemancing. ada lagi matakail dan spring dalam mulut ikan.

kesimpulannya saya rasakan test field kali ini sangat berjaya. saya berjaya menaikkan 5ekor pacu 3 tongsan dan 1 patin mekong. 2 kali matakail terlucut tak tahulah ikan apa. dengan hanya menggunakan roti sebagai umpan dan bermain dasar bottom. walaupun bayaran rm30 adalah untuk 10 jam namun saya hanya memancing selama 5jam setengah sahaja, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. 

nantikan test field umpan -topangler81- yang akan datang menggunakan pallet dan pelampung pula kot.

sekian
-topangler81-




17 ulasan:

Unknown berkata...

Salam tuan,ingat nak try jgk esok lusa ni..tp bila dgr ikan besor2 yg naik,ngilu jgk rasanya,sy ni dah la newbie lg,adoii

Unknown berkata...

Salam tuan,ingat nak try jgk kolam ni esok lusa,tp bila kenangkan ikan yg naik pun besor2,ngilu jugak rasanya,rekod peribadi pun kecik2 anak je,hhhaaha

Unknown berkata...

di sarankan kalau nak memancing di kolam ni gunakan joran 20-30lb tali 25paun keatas. Mesin 3000-4000. Set sederhana berat bagi melawan patin mekong. Patin mekong 6kg keatas pun dah boleh memberikan perlawanan sengit. Mana tahu terkena patin mekong 15 kg keatas. Jangan lupakan perambut 30-40lb dan matakail saiz 3/0 keatas berdiameter kasar

Unknown berkata...

Mekong xdpt naik,merasa patin je 6kg kt 24..nak trcabut tangan,skang ni nak tido pun x lena,esok lusa kena p lagi la nampaknya

Tanpa Nama berkata...

Mntk no hp bro.. nk beli umpan sos yg tuan buat tu. Hp: 0122824382

Best Hearing Aid Centre Sdn Bhd berkata...

Impressive! thank you for sharing your pancing tips!

Tanpa Nama berkata...

umpan sos tu boleh dapat kat mane ye ?? pls reply me. . .

Unknown berkata...

sos tu saya ada buat
whatapps 0182621253

Brohantu berkata...

terbaik tuan

Blog anda ada disini Myrodreel

Tanpa Nama berkata...

salam... ade jual lg tak sos tu?

Tanpa Nama berkata...

salam.. ade jual lg tak sos tu?

Unknown berkata...

Dulu asyik memcari umpan perah...
Sukar didapati dan mahal...
Kini mampu tersenyum lebar bila ada otai kolam yg sudi turunkn ilmu umpan perah...
Sekarang x jadi masalah bila nak turun pacak kerana umpan perah buatan sendiri...
Yahooooo...
Gumbiranya rasa hati...

Unknown berkata...

Dulu kalo nk mancing kolam jenuh pusing sana sini mencari umpan perah...
Kini tidak lagi begitu kerana ada otai kolam sudi turunkan ilmu umpan perah...
Sekarang mampu tersenyum lebar bila nak pacak kolam kerana umpan perah buatan sendiri...
Tiada lagi peninh kepala kesana kemari...
Salam pacak untuk semua...

topangler81 berkata...

Tahniah!!.. resepi umpan adalah ikhtiar. Rezeki semuanya datang dari Ilahi... Usaha, ikhtiar dan tawakkal. Berkongsi ilmu seadanya...

Tanpa Nama berkata...

As'salam..tuan,blh share umpan perah..

Unknown berkata...

As salam tuan, boleh share umpan skit..

Unknown berkata...

As salam, share umpan skit tuan..

pertanyaan dan borak borak pancing