31 Mac 2013

notalgia umpan lama......

salam, apa khabar semua... lama dah tak update blog ni. sampaikan password saya pun dah lupa. nasib baik boleh ingat balik.

apa topik harini? masa releks-releks kat rumah tadi teringat pulak kisah-kisah masa mula-mula memancing patin dulu.... macam-macam resepi umpan yang saya cipta. masa tu pun selalu mancing 'lone ranger' jer. kira dah berabis ribu-ribu mancing ikan air tawar ni. kalau nak katakan RnD umpan tu sampaikan ada buku resepi umpan setebal 50 mukasurat....hahaha..... rezeki tetap ketentuan Ilahi, dah lama RnD umpan akhirnya dapat umpan yang mujarab untuk patin. hm.. saya pernah pos umpan ni kat blog ni kan? ada......ok la kalau ada yang terlupa atau tak pernah masuk blog ni ni linknya http://topangler81.blogspot.com/2010/02/umpan-patin.html

harini tercetus plak idea nak buat menambah baik umpan ni. hai la... RnD lagi.... tak pe la asalkan happy....
nampak sama je kaler dengan umpan yang asal tapi ada beberapa bahan tambahan selain dari kelapa dan tempe sebagai bahan utama.

nampak gayaya kena keluar balik la mesin TICA 554 aku tu yang dah lama tersadai lepas ni.......
ada sape-sape yang nak tempah ke Hahahaha...............

-topangler81-


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hasil mcm ne bro? Terbaik dok?

topangler81 berkata...

masih nak mencari tune terbaik untuk umpan ni... masih dalam rnd lagi...

Tanpa Nama berkata...

salam bro..leh upload gmbr yang lebih jelas x untuk perambut pada spring tu..xtau nak jalin camne pada bahagian cakar ayam..xtau nak mula dari mana n cara nak matikan ikatan supaya jalinan kita kemas dan tidak berganjak..Thanks bro semoga bro dimurahkan rezeki...salam

topangler81 berkata...

nak bagi ikatan tak berganjak biasa saya gunakan super glue. Gam gajah...

Tanpa Nama berkata...

salam bro...bahan utama apa yang bro masukkan dalam umpan lama tu?? beri penjelasan sikit....

Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing