22 Jun 2009

Yang remeh dan yang temeh


Memancing. Sinonim dengan kaedah dan teknik yang berbeza-beza. Ia juga tak lari dari perkara yang remeh temeh terutamanya bagi para pemancing air tawar, khususnya pemancing kolam air tawar. Ikan kolam ni biasanya lebih sensitif dengan perubahan persekitarannya. Ia juga sangat sensitif dengan bau. Oleh itu bagi para pemancing air tawar bau umpan yang memikat sangat penting. Kadangkala faktor umpan ini menjadi titik tolak yang menentukan hasil pancingan selain dari nasib dan teknik. Oleh itu para pemancing air tawar harus berhati-hati dengan bau-bauan yang boleh menghalau ikan. Tips 1. Bau sabun- dikatakan sangat dibenci ikan air tawar. Oleh itu membasuh tangan atau perkakasan membancuh umpan dengan sabun sangat tidak digalakkan. Jika tangan kotor atau berbau, gunakan tanah sebagai sabun. Lebih baik jika menggunakan tanah yang terdapat di kolam. Perkakasan boleh lah dibilas dengan air sahaja. Tak perlu gunakan sabun. Tips 2. Minyak. Bau minyak terutamanya petrol atau minyak hitam kenderaan didapati juga boleh menghalau ikan. Oleh itu ia perlu dibasuh sebelum memegang umpan. Gunakan tanah sebagai sabun. Tips 3. Sun block. Memang ada pemancing yang mementingkan kecantikan. Mereka gunakan sun block bagi melindungi kulit dari menjadi gelap kerana seharian memancing. Sun block ni terdiri daripada beberapa bahan kimia. Dan ada yang boleh menghalau ikan. Pernah terjadi pada seorang rakan dia ni selalu pakai sun block ni tapi selalu je bangau. Jadi satu hari tu dia tak pakai sebab dah habis. Hari tu dia dapat menggasak puluhan kilo rohu. Sampai sekarang ni beliau tak pakai lagi sun block tu. Tips 4 racun serangga. Racun serangga turut boleh menghalau ikan selain nyamuk dan agas. Bau yang dihasilkan boleh mengganggu bau umpan. Apatah lagi jika kita memegangnya tanpa membasuh tangan dan terus memegang umpan ataupun tali pancing. Tentu ikan akan lari jika terdapat bau racun serangga pada umpan. Tips 5. Bau umpan lain. Kadangkala umpan lain turut boleh mengganggu bau umpan. Jika umpan disimpan bersama dalam satu bekas biasanya ada bau yang akan kalah dan menang. Jadi adalah lebih baik menyimpan umpan dengan mengasingkannya mengikut jenisnya. Tips 6. Lain-lain. Bau badan dan bau peluh juga turut boleh membantutkan selera ikan. Jadi pastikan tiada bau badan jika mahu memancing. Tips 7. Air. Ikan sangat sensitif dengan kandungan umpan dan air yang digunakan untuk membancuh umpan. Jangan gunakan air paip kerana air ini mengandungi klorin. Klorin sangat dibenci ikan kerana boleh meracuni ikan dan juga boleh meracuni kita. Jadi gunakan air kolam ataupun air masak. Boleh juga gunakan air R-O yang boleh didapati di mesin. Yang paling penting jangan gunakan air paip. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sahaja. Rezeki datang dari Yang Maha Esa. Semoga ini dapat membantu. Lain padang lain belalang. -topangler81-

Tiada ulasan:

pertanyaan dan borak borak pancing