22 Jun 2009

tips memancing leekoh

ikan leekoh antara ikan kolam air tawar yang paling mudah untuk dipancing. biasanya kalau saya memancing di kolam danau tooba seri cheeding pasti ikan ini dapat dinaikkan. ikan ini kalau diluar negara dikenali sebagai carp. Biasanya dikolam ikan ini akan makan tanpa mengira waktu. Baru 10minit dimasukkan kedalam kolam pun dah makan pancing.
antara tips untuk mendapatkan ikan ini

1. gunakan umpan yang berbau agak kuat terutamanya berbau wangi
2. gunakan teknik merasuah setempat sahaja
3. gunakan umpan yang banyak untuk memancing. ikan ini bersikap agak tamak dan gelojoh dengan makanan. jadi gunakan kelemahannya untuk menangkapnya.
4. Ikan ini akan makan umpan dengan cara perlahan. Bila tali perlahan bergerak naik angkat joran.
5. ada juga para rakan pemancing yang mengatakan yang ikan ni pandai merasa makanan terutamanya jika makanan dirasakan berat ia akan meludahkan kembali makanan yang dirasa.
jadi penggunaan matakail yang ringan dan cili tampa batu ladung adalah lebih sesuai.
saya biasanya menggunakan 4 mata dan cili kecil.
6. Ikan ini bermulut sangat nipis dan lembut. Gunakan drag yang ringan dan lawan dengan perlahan. Jangan memaksa kerana mulut ikan sangat lembut dan boleh koyak jika berlawan dengan cara yang kasar anda akan berputih mata

antara umpan yang pernah saya gunakan
1. bomb + power bait 001
2. dedak taiwan+minyak ikan lucky star
3 .bomb coklat+sky jagung

lain padang lain belalang.

-topangler81-

Tiada ulasan:

pertanyaan dan borak borak pancing