22 Jun 2009

patin mekong aka plabuk

Pla buk. Ikan ini berasal dari sungai mekong dan dikatakan antara ikan air tawar paling kuat di dunia. Mungkin ada yang pernah dengar namanya dan ada yang tak pernah. Ikan ini berbentuk seakan ikan patin tapi mulutnya berada pada atas garisan mata. Warnanya juga agak coklat. Ikan ini boleh membesar sehingga ratusan kilo seekor. Sekarang ni banyak kolam yang masukkan ikan ni. Daya juang ikan ni memang kuat. Saya belum pernah kena lagi tapi ada kawan yang mengatakan ikan ini sungguh kuat. Umpan pla buk ni lebih kurang dengan umpan patin kita juga. Gunakan roti. Ada banyak resepi yang saya lihat dari internet dan kesemuanya menggunakan dedak dan roti sebagai bahan utama. Ada yang mengatakan ikan ni sukakan umpan yang berbau hanyir ada pula yang mengatakan ikan ini lebih gemarkan umpan wangi. Cubalah sendiri. Kalau di thailand mereka menggunakan perambut spring mata tunggal tapi kalau di malaysia orang kita masih mengamalkan perambut 2mata. Di kolam pancing bungsmaran thailand mereka gunakan perambut spring mata tunggal. Umpan sebesar penumbuk dan gunakan pelampung. Lain padang lain belalang. Belum cuba belum tahu. Umpan pla buk 1. roti+santan kelapa+dedak. 2. Roti+biskut kelapa. 3. Roti+sardin cap ayam Umpan ni saya belum cuba lagi. Saya dapat dari internet.. Marilah cuba. Mana tau naik jackpot. Jangan lupa kawan kawan -topangler81-

3 ulasan:

Putera Mujahid Islam berkata...

Assalamualaikum sifu.

Maaflah, saya ni baru dalam memancing. Ilmu pun masih sikit. Dah mcm2 umpan saya guna tak juga berhasil. Nak give up pun ada. Ada tips x? Insha-Allah, terima kasih

topangler81 berkata...

waalalikumsalam,
nak mancing ni perlukan kesabaran. tu yang paling penting. lagi satu jangan give up. dan selalu update umpan menggunakan umpan terkini. biasakan mancing kat satu2 kolam dulu, bila dah mahir baru la berhijrah ke kolam lain. lain kolam lain umpan dan tekniknya

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....nk merasa tarikan patin mekong boleh cube d kolam ahcong tronoh perak....angaran patin mekong d dalam kolam itu lebih kurang 1000 ekor dalam satu kolam...umpan yg d gunakan pailet tambah ramuan tersendiri..boleh la cuba datang ke cini...

Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing

FOLLOWER