22 Jun 2009

teknik tongsan berpelampung


harini dapat saya memperaktikkan teknik memancing tongsan. memancing tongsan ni sangat asing bagi saya. dulu selalu saya memancing patin dan rohu sahaja. sekarang ni cuba nak mancing spesis dari china ini.

saya gunakan teknik berpelampung. saya menggunakan perambut sepanjang 1 1/2 jengkal sahaja. umpan peroi saya gunakan. pada mulanya saya gunakan umpan yang sangat peroi tapi lepas beberapa balingan yang miss saya kentalkan sedikit umpan tapi tak terlalu kental dan tak terlalu peroi. hasilnya umpan dapat bertahan selama 15 minit setiap balingan. boleh jimat umpan sikit. spring dan perambut benang 40lb saya gunakan.

umpan saya kepal sebesar penumbuk setiap balingan. bila jatuh air semua memandang. tapi setelah beberapa kali balingan semua buat tak kisah sahaja, dan para pemancing memang tau kalau memancing tongsan memang memerlukan umpan yang banyak.

ikan ni makan dengan gayanya iaitu makan dengan sangat perlahan. pelampung tenggelam timbul bila ikan ni makan. saya tunggu sampai pelampung betul-betul tenggelam dan lepas tu baru angkat joran. cara ni mungkin tak berapa tepat. maklumlah saya baru belajar.

ikan ni lebih galak makan pada waktu pagi dan petang. wak asim yang memancing dari pagi mendapat 8 ekor ikan tongsan. otai kolam ni memang tak miss kalau memancing tongsan. beliau turut menggunakan pelampung lebih kurang 1 1/2 kaki iaitu 2 kali ganda panjang perambut saya. tak tau pula apa resepi yang digunakan. saya mula memancing pada jam 3.30 petang. jam yang pertama tiada jamahan dari ikan.

ada seorang rakan yang juga memancing tongsan mengatakkan tadi semasa angin kurang bertiup ikan galak makan sampai ada beberapa kali terlepas. bila angin mula kuat satu kolam senyap. mungkin ada kebenarannya. saya juga pernah mengalmi situasi ini semasa saya memancing rohu dahulu. mungkin ikan agak takut dengan kocakan air bila angin kuaat bertiup.

jam yang kedua setengah jam selepas umpan dilabuhkan saya dapat satu tarikan dari sang tongsan. ia makan dengan sangat perlahan. kadangkala pelampung tenggelam sedikit dan kadangkala tenggelam sesaat dan kemudian timbul dan kemudian tenggelam terus. saya sentap joran dan hasilnya matakail sahaja yang tinggal. ikan berjaya melepaskan diri.....

saya mula memikirkan yang apa silapnya. rupanya saya terlupa yang saya gunakan mata sabit agak kecil. mulut tongsan pula besar jadi susah matakail nak lekat.... selang beberapa ketika ikan menjamah lagi. dan kali ini ia agak agresif. pelampung tenggelam perlahan dan terus tenggelam dan kali ini saya hanya menagangkat joran tinggi dan ikan mengena. nampak pada permukaan air ada seekor lagi tongsan yang lari bila ikan ni terkena mata pancing. ia seakan makan secara berkumpulan. selang beberapa minit perlawanan ikan tongsan 4kg dinaikkan. lagi 1kg nak dapat jackpot rm100.......

selepas ikan ni dinaikkan ada beebrapa getuan lagi dari sang tongsan yang lapar tapi tak mengena. akhirnya saya mengalah kerana umpan dah habis... dalam 1 jam dekat 1kg umpan habis. maklumlah sekali baling sebesar penumbuk. penggunaan umpan murah lebih menjimatkan berbanding umpan yang mahal. saya menggunakan pallet 6083 yang di blender dan dicampurkan sedikit dengan dedak bom kuning 286. walaupun resepi ni tak la seberapa, ia berjaya juga memanggil sang tongsan untuk menjamah umpan. spesis ni macam tak kisah sangat dengan resepi umpan, ada yang mengatakan yang ikan ini akan makan umpan yang banyak dan peroi. saya rasakan ada kebenarannya.

kalau di teluk bunut mereka menggunakan dedak hong+bom+strawberry bagi menjerat tongsan ini. tapi di rabok bay ni umpannya lagi mudah. ada yang menggunakan dedak bom sahaja bagi menjeratnya. tapi kalau gunakan dedak bom semata-mata kosnya memang tinggi. apa yang penting umpan mestilah peroi dan banyak. ikan ni makan dengan cara sedut dan filter jadi umpan yang peroi lebih mudah terlerai dan dimakan oleh tongsan. kalau gunakan pelampung, ikan ni makan umpan dengan mendongak kot....

saya akan memancing ikan ini lagi. sekarang ni baru dapat merasakan feel memancing ikan ni. memang syok tengok pelampung tenggelam timbul. mungkin si pemancing tongsan sahaja mengetahui keseronokan memancing si lemah gemalai ini. kalau dah kena 10kg keatas, boleh berasap gak drag tu.....

saya berpuas hati dengan hasil harini. walaupun memancing selama 2 jam sahaja dan hanya seekor tongsan banyak ilmu yang saya dapati. terima kasih semua yang membantu berkongsi ilmu......

-topangler81-

Tiada ulasan:

pertanyaan dan borak borak pancing