22 Jun 2009

pancingan malam

musim panas dah tiba. memang panas cuaca sekarang ni. kebanyakan pemancing sekarang lebih gemar memancing pada waktu malam. didapati juga sekarang ni pada waktu malam ikan baru galak menjamah umpan.

pengalaman beberapa orang rakan mengatakan yang ikan sekarang lebih gemar makan malam. malam semalam seorang rakan pemancing memberitahu saya yang beliau dapat menaikkan ikan patin bagak-bagak pada waktu malam. sampaikan 3 kali putus dan 2 kali sangkut sebab tak dapat mengarau kekili. memang pelik ikan sekarang ni.

kolam yang selalu saya memancing pun sekarang ni amat jarang dapat lihat pemancing pada waktu siang hari. kebanyakkannya akan mula turun pada jam 8 malam dan ada juga yang mengambil pekej malam. ada kelebihan gak kalau memancing malam ni. tak la berasa bahang panas dan kalau malam selalunya anak ikan akan kurang kacau umpan. kebanyakkan ikan terutamanya patin dan tongsan suka makan malam. jadi ada peluang la nak merasakan tarikan ikan bagak-bagak ni.

lama juga saya tak memancing midnight. Update. Beberapa hari lalu beberapa orang rakan dapat menaikkan rohu sebanyak 80kg di tanjung rabok bay pada sebelah malam. Berbaloi tu..

-topangler81-

Tiada ulasan:

Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing