dalam blog ni saya akan kongsikan pengalaman saya tentang teknik, cara dan rahsia-rahsia memancing kolam berbayar. semoga semua beroleh keberkatan dan rahmat daripada-Nya
15 September 2009
Batu dan bata
Assalamualaikum. Sabtu lepas saya ada pergi memancing kat kolam batu bata kemuning. Dah lama sangat saya tak mancing kat kolam ni. Sekarang ni tauke kolam pun dah tukar. Alhamdulillah sekarang tauke kolam melayu yang mengambil alih. Kadar bayaran masuk pun dah murah. Rm25/3jam. Termasuk jackpot rm5. Bangunan kantin dan kaunter pun dah berubah. Terkejut juga saya bila kaunter bayaran dah menghadap ke pemancing. Nampak kemas sikit sekarang. Saya memancing lebih kurang bermula pada jam 12tengah hari. Masuk-masuk kolam je tengok ada member yang tengah menggasak kat pondok depan. Dia sorang je yang dapat ikan banyak. Mungkin rezeki dia agaknya. Saya gunakan resepi baru. Tak tau la nak bagi nama apa resepi ni. Tapi ia terdiri dari dedak bomb, power bait, dan palet. Pada jam pertama saya dapat 3tarikan dari sang rohu, tapi dari 3tarikan cuma 2ekor sahaja yang berjaya dinaikkan. Seekor berjaya meloloskan diri dengan memutuskan tali. Tak sangka tali sufix extra strong boleh putus sekali rentap sahaja. Ini pertama kali berlaku. Mungkin matakail tersangkut pada tali utama dan menyebabkan tali terputus. Saya memancing bersama dengan geng cari makan dan ternyata umpan yang mereka gunakan sangat berkesan. Tiap kali balingan pasti ada yang menjamah. Apa yang saya dapat tahu mereka gunakan kerisik sebagai umpan. Yang lain tak tau la apa yang dicampurkan. Boleh dikatakan tiap 3ekor yang mereka dapat saya baru dapat seekor. Syok juga tengok ikan galak makan. Ikan-ikan di kolam ni memang terkenal dengan kekuatannya. Jika nak dibandingkan dengan rabok bay ikan disini seakan 3x lebih kuat. Bayangkan ikan 3.4kg memerlukan 13minit untuk dinaikkan menggunakan set 10-20lb dan tali 12lb. Jika di rabok sudah tentu ikan akan mengikut sahaja kalau drag diketatkan. Tapi disini tidak. Lagi ketat lagi kuat ikan melawan. Perlawanan menyebabkan saya terpaksa bergerak ke kiri kolam sejauh 25meter dari tempat saya memancing. Terpaksalah mengganggu pemancing lain. Tapi mereka semua sporting. Malah ada yang tolong menaikkan ikan menggunakan playar. Dah lama tak main ikan besar lenguh juga tangan dibuatnya. Saya puas melayan rohu besar. Tarikan pertama yang mendebarkan menghabiskan lebihkurang 50meter tali dalam masa seminit. Lepas tu barulah ikan berhenti. Petang. Ikan lagi kuat makan. Hinggakan tak sempat nak pasang umpan pada matakail. Selang beberapa minit ikan makan selepas umpan di baling. Seronok betul. Melihatkan geng cari makan yang tak cukup tangan saya cukup cemburu. Perbezaan ketara pada umpan dan perambut menyebabkan saya kalah. Tapi memang susah nak korek rahsia mereka ni. Kalau betul-betul kawan baru mereka bagitau. Itupun kadangkala tak cukup syarat. Kalau campuran umpan tu 5bahan mungkin mereka akan beritahu 4sahaja. Tapi tak semua yang begitu. Ada juga yang tak lokek ilmu. Saya pulang dengan 7ekor rohu. Paling berat 3.4kg seekor. Bila ditimbang jumlah berat ikan adalah 13.5kg. Tapi geng cari makan tu dapat 48kg. Perbezaan yang sangat ketara. Cukuplah untuk dapatkan balik modal dan duit umpan. Alhamdulillah. -topangler81-
08 September 2009
ekstravaganza siakap 11.2kg
salam sejahtera semua. pernahkah anda dengar tentang siakap air tawar? mungkin ada yang pernah dan ada yang tidak. siakapa air tawar ni macam siakap air masin juga tapi ia hidup di kawasan air tawar. sabtu lepas saya pergi memancing lagi di kolam yang sama. kali ni saya gunakan pelampung pula. masa saya meninjau kawasan kolam ni saya dapat lihat banyak ikan yang bermain di permukaan kolam. jadi saya hanya gunakan pelampung sepanjang 1 kaki sahaja. kat kolam ni kalau pelampung terlalu dalam ikan agak kurang menjamah. kadangkala lagi pendek pelampung yang saya gunakan. saya masuk memancing dah agak petang. lebih kurang pukul 3.30 petang. macam biasala persiapan di buat sebelum bayar. nak jimatkan masa. umpan pertama saya labuhkan. dan umpan kedua. umpan yang ketiga barulah ikan nak menjamah. terkejut juga saya bila ikan ni melompat selepas terkena pancing. guna pelampung selau tak lompat tapi kali ini ia melompat pulak. bunyi percikan air yang agak kuat dan ikan lebih kurang 2.5 kg berjaya dinaikkan. bila masa saya naikkan ikan tu ada seorang pakcik yang dah lama saya kenal kat kolam parking kat sebelah saya. katanya dia nampak ikan melompat dan terus ketempat saya. saya pun tak kisah. ada la kawan nak berborak. kami gunakan pelampung nak dipendekkan cerita, masa tu memang banyak ikan yang bermain di permukaan sampaikan pelampung pun dilanggarnya. rohu ke dua dan seterusnya melomppat lepas terkena pancing. memang best. macam mancing siakap kata pakcik tu. lepas beberapa minit ikan keempat saya, pelampung pakcik tadi bergerak macam kena tarik pemancing lain. pelampung tak tenggelam tapi bergerak je. lepastu apa lagi, angkat joran dan sentap. kami tekejut besar. saya agak tongsan yang makan tapi siakap!!!! saiznya memang sangat besar. ikan lemah gemalai bila di tarik ketebing. matakail ada yang tersangkut pada perut ikan menyebabkan ia berenang terbalik dan inilah faktor yang melemahkan ikan. saya capai playar panjang dan kepit pada sayap bawah perut ikan. beratnya bukan main. bola di timbang ia seberat 11.2kg!!!! lepastu ikan dah tak menjamah umpan. masa nak berbuka pun dah hampir. akhirnya saya pulang dengan 4 ekor rohu dan seekor tongsan sisik halus. masa perjalanan pulang hati saya berdetik "bila agaknya saya nak dapat siakap sebesar tu" sekian
-topangler81-
Langgan:
Catatan (Atom)
