06 Ogos 2009

rabok bay 4/8/09

hari ni saya memancing lagi di rabok ni. walaupun hati agak keberatan nak memancing harini saya gagahkan juga. apatah lagi bila beberapa orang rakan menelefon saya hendak memancing bersama. lagipun dah lama saya tak berjumpa dengan diorang ni. saya masih menggunakan umpan yang sama saya gunakan semalam. semalam galak harini belum tentu lagi. saya sampai di kolam anggaran jam 12 tengah hari. sampai sahaja dikolam saya dapat lihat seorang rakan sedang melayan tarikan ikan. rohu 2 kg berjaya dinaikkan. umpan dilabuhkan setengah jam kemudian. harini nampaknya kurang ikan yang bermain air. lagi kurang dari semalam.

susah jugak memancing dengan gng cari makan ni. umpan dan perambut yang diorang gunakan tak sama macam yang kita gunakan. saya dapati umpan dan perambut yang mereka gunakan adalah lebih efektif. ikan lebih gemar menjamah umpan mereka. saya yang semalam menggasak ikan harini kurang mendapat tarikan. hanya 2 ekor rohu saja yang sudi menyapa umpan saya, kawan kawan cari makan ni ada yang menaikkan 13 ekor ikan seorang. tapi saya agak berpuas harti kerana berjaya menaikkan rohu 3 kg lebih. memang syok layan ikan rohu yang bersar-besar. daya taikannya memang kuat.

info terbaru yang saya dapat dari geng cari makan ni mereka sekarang menggunakan resepi baru. tapi saya tak tanya pula apa resepi yang mereka gunakan. memang ada bezanya dengan saya yang menggunakan umpan resepi lama. moralnya disini kita kena la kreatif dan berusaha untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lebih. kalau takde sikap yang macamni macammana geng cari makan ni nak hidup sedangkan mereka hanya mengharapkan hasil jualan dari tangkapan mereka.

selepas 2 jam memancing saya berangkat pulang. maklumlah dari malam tadi kerja sampai jam 3 petang belum tidur lagi. malam ni nak kerja lagi.

-topangler81-

04 Ogos 2009

Rabok bay 3/8/09


Lama betul tak mancing kat rabok bay ni. Hari ni rasa nak mancing pula. Minggu lepas pun tengok jadual masuk ikan rabok bay ada masuk rohu 1270kg. Banyak tu. Persiapan dibuat. Umpan saya bancuh di rumah. Resepi umpan biasa yang saya gunakan. Bancuhan lembut peroi. Sehari sebelumya saya bertungkus lumus menyiapkan perambut spring. Nak siapkan 4set rasanya lama betul. Maklumlah dah lama tak buat perambut spring ni. Sekarang ni perambut ni saya belajar dari seorang rakan. Memang berkesan perambut ni lagi-lagi kalau dipadankan dengan matakail yang sesuai. Saya sampai dikolam kira-kira jam 12 tengah hari. Masa tu ada beberapa orang pemancing yang sedang memancing. Terkejut juga saya bila saya lihat air kolam agak surut dengan banyak. Masa air kurang begini selalunya ikan akan duduk di tempat dalam. Saya mula mencari tempat-tempat yang dirasakan berpotensi. Labuhan umpan pertama dijamah talapia kecil. Saya mula rasakan seperti tak berbaloi memancing harini. Saya mula melabuhkan umpan kedua. 5minit selepas itu ada satu tarikan kuat dari ikan. Rohu skala 2.6kg dinaikkan. Selepas itu ikan makan dengan galak sekali. Tiap kali melabuhkan umpan pasti ada tarikan dari rohu. Tarikan demi tarikan. Hinggakan tak sempat nak memasang umpan pada matakail. Ada 2 kali saya terkejut besar bila jatuh saja umpan diair terus disambar oleh ikan. Nasib baik joran tidak terlepas. Kalau tidak dah tentu jadi tukun dalam kolam. Selepas 2jam ikan sudah kurang galak. Tu pun gara-gara 2kali ikan terlucut. Sekali perambut putus dan sekali rabut. Memancing rohu kalau rabut ikan pun cabut. Jam yang ke3 ikan mula makan lagi. Tapi kali ini saiznya lebih kecil. Kalau tadi saiz 2kg lebih, sekarang hanya lebih kurang 1kg sahaja. Akhirnya saya mengalah selepas 3jam kerana kehadiran anak talapia yang terlalu rakus menjamah umpan. 3ekor rohu masuk ranking jackpot. 20ekor saya berjaya naikkan dalam masa 3jam memancing. Memang berbaloi rasanya. Esok saya akan bertandang lagi ke sini. Manalah tahu ada rezeki... -topangler81-

pertanyaan dan borak borak pancing