24 Mac 2012

flourocarbon lines....

assalamualaikum dan salam sejahtera. macam dah pernah je keluarkan tajuk ni. tali florocarbon ataupun ada yang menyebutnya tali hantu..... bagi saya ianya adalah 2 benda yang berlainan. tali hantu adalah tali tangsi yang warnanya agak jernih dan lembut. manakala tali florocarbon pulak jenis tali yang betul-betul jernih dan agak keras. kalau dah biasa menggunakannya anda pegang tali tu pun dah tahu tali ini 100% florocarbon atau tidak.

dari segi harga tali florocarbon jauh lebih mahal berbanding dengan tali hantu....kadangkala kalau florocabon tu dari jenis yang berjenama harganya 10x lebih mahal berbanding tali hantu,
dari segi kualiti saya lebih percayakan tali florocarbon. malah tali florocarbon sehalus 18 paun pernah saya gunakan untuk memencing dikolam siakap dan sealion kolam3 tanpa sebarang masalah. tapi nak kena sediakan tangguk la kalau ikan yang dinaikkan agak besar.

apa pun tepuk dada tanya selera. ada pemancing yang mengutakamakan kualiti untuk menambah kuantiti dan ada juga yang hanya mengejar kuantiti.... fikir-fikirkanlah

Tiada ulasan:

pertanyaan dan borak borak pancing