29 April 2011

hujan yang membawa rahmat.

hujan..... ada yang sukakannya dan ada yang bencikannya, ada pula yang tak kisah dengannya. kalau bab memancing ni hujan sangat memainkan peranan. waktu sebegini la adakalanya ikan akan kuat makan dan gile makan. ada juga masa hujan ni ikan mendiamkan diri, mengamati irama hujan yang memecah kesunyian kolam agaknya. bagi saya, kalau hujan itu memandakan masa untuk memancing patin. patin memang spesis yang sukakan perubahan cuaca. kalau memancing malam pun anda boleh perhatikan yang ikan patin akan galak makan bila air kolam menjadi sejuk. biasanya kalau kolam dalam dalam pukul 3-4 pagi ikan akan mula galak makan.



ibu fatin yan memakan umpan pada waktu petang

kalau anda rasakan sukar nak memancing patin ni terutamanya dikolam pancing, cubalah turun disebelah pagi. awal-awal pagi. kalau kolam tu buka 24 jam turun la memancing selepas subuh, paling lewat pada jam 7 pagi anda dah sampai ke kolam. masa memancing pulak hingga jam 11 pagi. kalau petang turun la pada jam 5 petang.

kalau ikutkan pengalaman saya, memancing pagi paling baik untuk patin. kadangkala pacu pun sudi menjamah umpan, tapi si rohu masih lena dibuai mimpi. umpan pada waktu pagi selalunya saya gunakan umpan yang tak berapa kuat baunya, tapi kuat sedikit dari umpan yang digunakan pada sebelah malam. ikan patin ni akan menggunakan sepenuh deria baunya pada waktu malam, pada siang hari pula kepanasan akan membuatkan molekul air menjadi lebih kembang. oleh itu si patin tak perlu la menggunakan sepenuh derianya pada waktu siang kerana pada waktu siang bau akan lebih mudah meresap dalam air

pernah tak anda membancuh gula? mesti pernah kan. tak kirala masa nak buat air minuman dan sebagainya. kenapa orang suka menggunakan air panas untuk melarutkan gula. kenapa pula tak menggunakan air sejuk? anda pasti tahu jawapannya kan. begitulah juga dengan keadaan umpan dalam kolam. sebab tu la ada otai-otai memancing patin ni mengatakan yang patin ni memerlukan umpan yang berbeza pada waktu malam dan siang. maknanya umpan malam dan siang ni tak sama. apa yang saya boleh berikan adalah pada waktu malam umpan perlu berbau lembut sahaja. jangan ada bau mencucuk atau keras. siang pula gunakan bau yang agak kuat tapi jangan la terlalu kuat. kalau anda selalu memancing pada waktu malam gunakan la umpan malam tu untuk malam sahaja dan buatlah umpan lain ketika siang menjelma. 

walaupun memancing ni memang memerlukan nasib, tapi adakah anda pernah terfikir, adakah para otai patin tu sentiasa bernasib baik? ataupun usaha mereka yang membezakan antara para elit kolam dengan pemancing biasa. pernah juga selalu dengar yang otai itu dan ini selalu menang pertandingan. kenapa agaknya ya. hanya yang berfikir yang akan mendapat jawapannya. pernah juga saya mendengar pemancing dari luar negara berkata "hanya 10% pemancing yang mendapat 90% ikan" rasa-rasanya anda berada dimana?

sekian
-topangler81-

Tiada ulasan:

pertanyaan dan borak borak pancing