13 Februari 2011

patin bukit merah laketown resort

panorama indah dihadapan tasik


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. macammana hujung minggu anda? ada tak yang pergi memancing. atau hanya melepak kat rumah jer. baru-baru ni saya pulang ke kampung isteri saya. saya pun tak terlepas peluang memancing di tasik bukit merah. bukit merah memang terkenal dengan taman temanya iaitu bukit merah laketown resort. terletak disusur keluar selama dari lebuhraya utara selatan. bayar sahaja tol terus belok ke kanan.

mesti ada yang bertanya dimana letaknya tempat memancing ni.saya juga tersesat beberapa kali kerana tak tahu dimanakah lokasinya. sebenarnya tempat memancing ini berada dalam taman tema itulah. masuk sahaja taman tema, naik bukit sampai jumpa bulatan, belok ke kekiri. parking dan masuk ke temapat permainan dan tempat memancing berada dihadapan anda. bayaran yang dikenankan adalah mengikut jam
1 jam =rm 10
2 jam =rm 18
3 jam rm 25
5 jam rm 40

deposit masuk adalah rm40 sahaja. anda boleh memancing beberapa jam yang anda suka. 1 jam pun boleh takde masalah kalau ikan tak makan. tauke kolam turut menyediakan pancing sewa jika anda tidak membawa pancing dengan bayaran yang berpatutan.

tasik ini sangat besar, pengusaha tempat memancing ini merentang jaring untuk mengelakkan ikan dari terlepas kedalam tasik. menurut tauke, ikan yang paling banyak dimasukkan adalah ikan rohu dan pacu. ada juga patin yang dimasukkan sebanyak 1 tan. tapi jarang pemancing yang mendapat patin. terdapat juga 5ekor patin mekong belasan kilo. memang syok layan kalau kena mekong kat sini.

masa memancing adalah dari jam 9 pagi hingga 10 malam. saya yang datang seawal jam 8.30 pagi sempat meninjau-ninjau kawasan sekitar kolam. saya masih gunakan istilah kolam walaupun ianya adalah sebuah tasik sebenarnya.... saya dapati ikan banyak bermain ditengah kolam dan kawasan yang berdekatan dengan jaring sempadan. memang nampak kelibat mekong bermain air disitu.
info dari penjaga kolam balingan ketengah sangat penting untuk memastikan ikan menjamah umpan.

saya menggunakan umpan roti dicampurkan dengan perisa strawbery, umpan yang sama kalau saya memancing dikolam. tapi kali ini saya tidak terlalu mengharap ikan menjamah umpan. sekadar nak test sahaja. pada awalnya saya menggunakan perambut sepanjang dua depa, matakail diletakkan 3 biji mashmellow. ya teknik gantung saya gunakan. beberapa belingan dilakukan tapi ikan tidak menjamah juga. rupanya umpan berada betul dipermukaan air kerana air tidak dalam. memandangkan ikan tak mahu menjamah umpan dipermukaan saya pendekkan perambut kepada sedepa sahaja.

saya yang menggunakan abu conolon 6.6kaki melontarkan umpan dengan sekuat hati tapi masih tak dapat mencapai ketengah tasik. macam satu senaman baling dan karau.


balingan kedua dengan perambut kedua ada jamahan dari ikan, tetapi ianya agak perlahan dan berhenjut-henjut bagaikan tali terkena tiupan angin. saya angkat joran dan sentap sedikit
ikan mula memberikan tentangan. beberapa tarikan yang agak kuat hinggakan mesin tica554 menjerit panjang. selang beberapa minit. ikan patin lebih kurang 3kg berjaya saya naikkan.
patin 3kg

selepas saya menaikkan patin ramai pula yang menjadi penonton. ada juga pekerja laketown yang mengatakan itu patin pertama yang berjaya dinaikkan disini. akhirnya patin yang berjaya saya naikkan menjadi model gambar pulak haritu. beberapa pengunjung berposing memegang ikan sambil mengambir gambar. gembira betul mereka. selepas itu saya mendapat lagi tarikan dari sang patin tapi kali ini agak kecil. lebih kurang 2kg sahaja

lihat ekor patin yang besar. patin tasik ni memang agak kuat melawan.

selepasa itu tiada lagi yang sudi menjamah umpan. saya ada juga mencuba menggunakan dedak tapi si lampam yang laju mengacau umpan. saya hanya memancing 2 jam disini dari jam 9.30-1130 pagi. sapaan dari penghuni tasik sangat memberangsangkan . kalau boleh memang saya memancing lama lagi disini. boleh juga membawa keluarga bersama kerana disini pemandangan dan kawasannya cukup menarik. pastinya saya akan kesini lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam & tahniah Sifoo..

mesti skrg patin kat situ rindu dgn sos strawberry sifoo..boleh repeat nih..

Dustin's Fly Box berkata...

that looks like so much fun!! Great blog, you got a new follower

Loading...

pertanyaan dan borak borak pancing