17 Mac 2011

2 dalam 1

assalamualaikum dan salam satu malaysia. lamanya saya tak update blog ni. sibuk sikit sekrang ni, memancing, kerja dan ada pula yang order perambut, umpan dan sebagainya. susah nak tunaikan permintaan semua dalam satu-satu masa. alhamdulillah celcom broadband yang bermasalah dari minggu lepas dah kembali pulih.

siang tadi saya memancing bersama dengan 3 orang rakan yang lain. target kami adalah untuk memancing patin. kolam mana lagi kalau bukan kolam seksyen 24. sebab satu-satunya kolam yang paling banyak patin dan jarak perjalanan pun tak sampat setengah jam dari rumah saya. saya berumpankan roti dadu berperisa strawberi dan menggunakan teknik gantung dengan perambut 1 3/4 depa. lebih kurang 11 kaki panjang. kami sampai agak awal iaitu pada jam 7.15 pagi. tanpa berlengah kami cepat-cepat menyiapkan umpan. keadaan cuaca yang agak suram dan sejuk pada awal pagi menyebabkan patin bertambah aktif. ada beberapa pemancing yang sedang melayan ikan pada masa yang sama. sehinggakan ada yang berlawan tarik menarik kerana ada ikan yang tersangkut pada pancing pemancing lain....................


rakusnya ikan ni makan. dua perambut dari dua pemancing dimakannya sekaligus



baru sahaja saya menbuka beg untuk megeluarkan kelengkapan, kedengaran pancing pemancing yang berada disebelah saya ditarik ganas oleh ikan. bunyi mesin katak yang nyaring menggamitkan lagi suasana. ikan cuba melawan tapi akhirnya tali pemancing tadi seperti terkena pada tali pancing saya. saya angkat joran dengan menyangka tali saya terkena. setelah beberapa karauan dibuat joran saya terus melentur. ingatkan terkena tali rupanya ada yang menjamah umpan strowberi saya. tentangan ikan yang agak kuat menandakan ikan besar berada dihujung tali. tapi ada kelainan jika dibandingkan dengan tarikan patin. ada seperti sentakan-sentakan dilakukan ikan. saya mula mencongak yang pacu memakan umpan saya. selang beberapa minit perlawanan ikan telahpun ketepi dan hampir menyerah kalah. memang sah pacu yang menyambar umpan. pacu balingan pertama saya ni seberat 7.68kg!! best layan pacu besar ni, tak sempat pulak nak bergambar dengan pacu ni. maaf ya.

dah lebih kurang setengah jam ikan tidak menjamah umpan, saya pun ingin berpindah ketempat yang lebih perpotensi untuk menjinakkan ikan. kalau ada patin kecil pun da ok. janji ikan ada makan. saya berpindah ke pondok setentang dengan kaunter. kawan saya lebih dulu kesana setelah diarahkan kira memang port ikan kat situ. pada mulanya saya masih setia untuk memancing patin.tetepi setelah sejam ikan tak makan saya pun menukar perambut dan umpan untuk memancing tongsan. saya lihat kelibat ikan tongsan yang bermain tidak jauh dari tebing.

saya memang dah bersedia dengan umpan tongsan terus pindah ke tempat tongsan bermain. gian betul nak layan tongsan ni walaupun tongsan ni tak kuat melawan. bagi saya tiap ikan dan permainan dengannya menrupakan seni yang berlainan antara satu spesis dan spesis yang lain. saya menggunakan perambut spring. matakail yang saya gunakan adalah matakail sabit owner saiz 1/0 dan saya menggunakan dua matakail pada setiap spring. sedang saya bersiap menyediakan perkakasan untuk memancing tongsan, rakan saya mendapat satu tarikan dari sang patin. tentangan yang cukup kuat dari sang ikan menandakan ianya adalah ikan besar. perlawanan yang agak lama akhirnya dimenangi oleh pemancing. tetapi yang tak bestnya matakail pada mulut ikan telah terlepas dan matakail yang satu lagi terlekat pada mata ikan. tak dapat la nak timbang sebab tak boll.

balingan pertama ke kawasan tongsan bermain terus dijamah ikan tak sampai pun 10 minit saya melabuhkan umpan tapi saya ikan berjaya leloloskan diri kerana sistem tegangan saya terlalu ketat. saya lupa nak longgarkan sistem tengangan semasa membaling umpan yang besar tadi. takpe cuba lagi. balingan kedua saya mendapat tarikan lagi dari sang ikan, kali ini saya hanya sempat menyentap sedikit dan tali perambut terus lucut. alamak semalam lupa nak letakkan super glue pada ikatan tali perambut.... terlepas lagi.....saya lebih bersedia pada balingan ketiga kerana tak mahu ikan terlepas lagi.... saya hanya menggunakan satu matakail sahaja pada spring. dah habis perambut tongsan ni. yang lain tu dalam eksperimen lagi. yang saya gunakan ni pun dalam eksperimen juga. akhirnya selepas 2 kali terlepas, saya mendapat isyarat pada radar yang sang tongsan sedang menjamah umpan. saya berjaya menaikkan tongsan 5.87kg. walaupun tak cukup besar tapi saya puas kerana kali ini ikan tidak lagi terlepas. selepas saya berjaya menaikkan tongsan ini 2 orang rakan saya menyelit untuk sama-sama memancing tongsan. silih berganti kami menaikkan tongsan.

masa memancing selama 6 jam itu kami berjaya menaikkan 7ekor patin, 5 ekor tongsan dan seekor pacu besar. kali ini memang ikan besar-besar yang makan, mungkin kerana patin kecil dan rohu telah kurang. tapi tiada pula patin mekong yang menjamah umpan sepanjang masa saya memancing ni. kalau kena patin mekong pada pancing rakan-rakan saya yang baru berjinak dengan dunia hanyir ini mesti huru-hara dibuatnya.
sekian
selamat memancing

1 ulasan:

mansons berkata...

wellcome back sifoo..lama tak update blog, ingat sifoo pegi german carik mesen DAM & Abu..ehehehehe, cabut..

pertanyaan dan borak borak pancing